Bangga Hilang Dara


Assalamualaikum...


2 hari lepas dunia blog,facebook dan twitter dikejutkan denga berita
mengenai budak perempuan berumur 14 tahun membuat pengakuan berani...tapi banyak yang saya musykil dengan
cerita2 ni semua...adakah ia benar...? di bawah ni saya ambil ambil dari keratan akhbar tempatan...


KUALA LUMPUR: Pengakuan ‘berani mati’ seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang berbangga kehilangan dara di blog miliknya menyebabkan dia dikecam hebat pengguna Internet sejak beberapa hari lalu.
Remaja itu dipercayai memaparkan pengakuan beraninya di blog pada Disember 2010, namun baru-baru ini secara tiba-tiba popular apabila tulisannya diulas beberapa blog lain selain laman sosial facebook dan twitter. 
Menerusi tulisan blognya, remaja itu mendedahkan dia pernah melakukan hubungan seks dan pengakuannya itu adalah satu kejujuran. Malah, dia juga tidak kisah dengan tanggapan orang lain.

Malah akaun khusus facebook turut dibuka pihak tertentu untuk memberi maklum balas, sebahagian besar mengecamnya, namun ada juga memihak kepada remaja itu.


Pada mulanya, remaja Melayu yang mendakwa tinggal di Puchong berani membalas kecaman yang dilemparkan kepadanya dan bersikap tidak mempedulikan ratusan komen negatif pembaca. 
Bagaimanapun, dia akhirnya memadam pengakuan beraninya itu kelmarin, mungkin akibat tertekan. Harian Metro cuba menghubungi remaja itu menggunakan facebook dan twitter, tetapi gagal. 


Tapi ada yang kata blog itu hanya rekaan semata-mata....saya pun tak paham...
papehal korang boleh lawat kat SINI untuk  cerita selanjutnya...




Nak duit raya....churp churp sini