Kek Coklat Lembap

Bahan-bahannya:-

2 biji Telur
1 cawan Minyak masak
1 cawan Gula pasir
1 cawan Gula perang
1 sudu teh Esen Vanila
1 ½ cwn Susu Segar perisa coklat
½ cawan Air yg dicampur 2 sudu kecil Nescafe
2 sudu teh Sodium Bikarbonat
1 sudu teh Baking powder
½ cawan Serbuk Koko
2 cawan Tepung gandum

Topping:-

½ cawan Koko
½ cawan Susu pekat manis
1 sudu besar Minyak masak


Caranya:-

1. Pukul telur hingga kembang.Masukkan gula dan pukul lagi.
2. Masukkan minyak masak
3. Ayakkan semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit selang seli dengan bahan A.Gaul sebati.
4. bakar pada suhu 170’c selama 1 jam.
5. Untuk topping,masukkan semua bahan masak secara double boil atau masakkan seperti biasa dengan api yang kecil.

10.10.10

Salam...

10.10.10...apa yang istimewa pada tarikh ni...? kalau bagi bangsa cina kemungkinan ia satu tarikh yang bertuah bagai mereka..Pada tarikh ni ramai jugak la yg melangsungkan hari2 istimewa mereka spt perkahwinan gemilang Datuk Dr Sheikh Muzaffar..Tahniah utk beliau..dan utk Aqasha...Tahniah untuk mereka semua semoga gembira dan bahagia..


10.10.10 juga menjadi berita gembira kepada beberapa ibu diseluruh dunia yang melahirkan anak pada 10.10.10..dan lebih menakjubkan apabila seorang ibu telah bayi perempuan yg dinamakan Niamh Bond..Bayinya dilahirkan pada 10.10.10 pada pukul 10 pagi,10 minit,10saat..Dia amat terkejut namun bersyukur dengan kelahiran bayinya..Dan di beberapa buah hospital juga mencatatkan sejarah apabila seramai 10 bayi dilahirkan pada tarikh 10.10.10..Sungguh istimewa..


Tapi dalam kegembiraan kita menyambut tarikh 10.10.10 terjadinya satu kemalangan ngeri ditanah air kita pada tarikh 10.10.10...Mungkin sesetengah dari kita menganggap tarikh ini membawa tuah tapi bagi mangsa kemalangan,tarikh ini membawa satu mala petaka yang tak disangka.Dalam kejadian yang melibatkan 2 bas,3 kereta dan 1 van mengakibatkan 12 maut dan selebihnya cedera...Bagi keluarga mangsa tarikh ini menjadi satu sejarah pahit dalam hidup mereka dan TRAGEDI OKTOBER ini akan sentiasa bermain dalam ingatan mereka..


Apapun yang berlaku pada tarikh ini samada suka,gembira,duka atau sedih..kita janganlah terlalu taksub dengan tarikh ini..anggap sajalah seperti hari2 biasa.Semoga apa yang kita lalui semalam,ia akan menjadi satu sejarah,hari ni satu permulaan dan esok satu kemungkinan..

Kek Cheese Lembut macam Span

Salam..
Dah lama tak update..rindu plak...tengok tajuk kat atas tu..sebenarnya minggu lepas aku buat kek..saja- saja la buang boring..kebetulan barang pun yang senang nak dapat..bahan-bahan pun tak banyak..Apalagi,bila tido je 2 anak daraku tu,aku pun mulakan la operasi...1st time buat rasa teruja,takut pun ada..takut tak jadi..tapi bila kek tu dah siap masak..hurmmm..licinnn..semua orang dalam rumah kata sedap..Mr.Hubby ku pun kata sedap..dia kata boleh la bisnes..Nak ke resipinya..?Resipi ni aku dapat kat blog orang..terima kasih kat dia..haa...salin la resipi ni..korang mesti cuba..cepat,ringkas dan sedap..sampai ipar aku pun minta ajar buat kek ni..sekali 2 biji dia buat..dalam masa 2 hari dah habis katanya...

Bahan-bahan :-
6keping         Slice Cheese
300ml           Susu Segar (saya guna dutch lady fresh milk)
100gm          Butter
6biji              Telur (asingkan yang putih dgn kuning)
125gm          Gula
100gm          Tepung
1 sudu kecil   esen Vanila

Caranya :-

1.Siat slice cheese kecil2.Kemudian campurkan dengan susu segar..Masak atas api sederhana dan gaul sentiasa sampai cheese tu larut atau cair..Kemuian masukkan bautter dan kacau lagi hingga butter cair..pastu tutup api dan biarkan ditepi.Biar sejuk sendiri.
2.Dalam bekas lain,pukul putih telur dengan gula hingga kembang.Gunakan kelajuan yg maksimum supaya cepat kembang..pukul sampai jd creamy.(terbalikkan mangkuk adunan tu,kalau adunan tu tak jatuh maknanya dah kembang n jadi la tu.)
3.dalam bekas lain lagi,pukul telur kuning hingga kembang..(agak2 la yer)kemudian masukkan sebatian cheese tadi dalam kuning telur dan gaul sebati.
4.masukkan tepung sikit demi sikit.kaup balik.masukkan esen vanila.
5.akhir sekali masukkan putih telur yang dipukul tadi dan gaul rata.pastu masukkan dalam loyang.6.bakar dengan kaedah waterbath.(maksudnya letakkan air atas dulang,baru letakkan loyang dalam dulang tu).Tutup loyang dengan foil.bakar pada suhu 170c selama 20minit.Kemudian kurangkan suhu kepada 150c bakar lagi selama 40minit..


Tadaaa..ni la yang aku buat..sori..lupa amik gambar sebelum potong..dah potong baru teringat..sebab masa tu tak sabar nak rasa..hehehe..

Aidilfitri 2010

Salam semua...

First of all..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..hehehe baru nak update setelah lama tak jenguk..Hari ni hari kesepuluh kita semua menyambut hari raya..kebanyakkannya masih ramai lagi yang buat open house dan masih ada yang datang kerumah untuk beraya..Esok majoriti dah ramai yang masuk kerja dan sekolah..Apa-apa pun saya nak pesan sikit,mana yang nak balik ke tempat masing-masing setelah lama bercuti dari kampung,hati-hatilah dijalan raya..semoga selamat pergi dan selamat sampai..
Tahun ni kami beraya ala kadar..persiapan pun ala kadar..tapi yang penting tema baju tahun ni pilihan mr.hubby..dia nak kami anak beranak pakai warna kuning..
cantik tak..?
ok lah sampai sini dulu..dah tak tau nak taip apa lagk..hehehe
daa... selamat hari raya...

Motor Hilang

Salam semua...

Hari ni citer sedih..pagi semalam,hubby nak gi keje..Dengan semangatnye la nak pegi nih..Sampai je depan pintu aku dan hubby terhenti..dan hubby terus tanya "mana motor..?"..aku pun jawab la "ntah ..."apa lagi hubby punya frust...Motor dah kena curi..Terus dia teringat masa sahur pagi tu die ada terdengar bunyi kat luar rumah..masa tu die main game..dari malam sampai ke pagi dia main..aku makan sahur sambil tengok tv..ada gak aku terdengar tp aku ingatkan kucing..takde la aku nak intai..hubby pun tak intai..die kata selalunya walaupun bunyi sikit je mesti die intai..tapi entah nape kali ni die tak intai..pastu motor plak tak lock..mang senang la pencuri tu bawak lari..selalu die lock..kali ni die tak lock..semuanya dengan soalan kenapa..kenapa tak lock..? kenapa tak intai..?..nasib la badan...
Motor tu ada setahun lebih je lagik nak habis bayar..motor tu jugak la satu2nya kemudahan hubby nak pegi keje..cari rezeki...tapi bila motor tu dah hilang,umpama hubby aku dah patah kaki...bukan tak boleh naik kereta..tapi dengan keadaan ekonomi sekarang,kami nak save bajet..keta wira tu plak asyik nak meragam je..ni nak raya lagi..gaji pun bukan besar sangat...aku plak tak keje...sabar je la dengan dugaan Tuhan ni..moga kami ni terus tabah dan sabar..mungkin ada hikmah disebalik kejadian ni..mudah2an lepas ni kami dilimpahkan rezeki blipat ganda..amin...

MULANYA DISINI....

 MULANYA DISINI

Tibanya di sini
Bagai terulang lagi
Kisah yang indah
Antara kita berdua
Sehingga di sini
Tiada berpaling lagi
Kita berteman
Seiring jalan dan sehaluan
Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai
Mulanya di sini
Ku kenali dirimu
Sehingga kini
Sehingga ke akhir waktu
Akhirnya di sini
Ku kenali hatimu
Sehingga kini
Kita akan terus berlagu
Di hadapan kita ada jalan
Menuju di kejauhan ada sinar menanti
Di penghujung perjalanan ini
Oh... sambil bernyanyi
Mendendang senandung yang syahdu
Riangnya hati dan indah duniaku

* happy Birthday To Me *


Tarikh hari ini sudah menunjukkan angka 09 untuk bulan Ogos ni. Tak sangka pulak ye, pejam celik pejam celik rupanya genaplah sudah 26 tahun aku hidup kat atas muka bumi ciptaan tuhan yang sungguh sempurna ini. Alhamdulillah. So, aku rasa sangat bersyukur kerana aku diberi peluang untuk menikmati segala ciptaannya even masih banyak lagi yang belum aku terokai bak kata iklan yang selalu keluar kat berita TV3 tu yang bunyinya lebih kurang begini “banyak tempat untuk dilawati, banyak lagi untuk diterokai. Pergilah bercuti.” Something lika that la. Hehe..
Tahun ini sama juga macam tahun-tahun yang sudah dimana tiada birthday party yang akan aku buat kerana semua itu bukanlah satu benda wajib buat aku. Cukuplah sekadar aku bersyukur kerana diberi peluang untuk hidup dan merasai kehidupan pada usia 26 tahun. 
Walaupun kini usia aku sudah menjangkau 26 tahun, tapi aku dapat rasakan tiada apa yang istimewa atau dalam bahasa orang putihnya ‘nothing special’ yang aku lakukan sepanjang aku melalui kehidupan 25 tahun lepas sehinggalah pada hari semalam. Langsung tiada yang menarik dan amazing yang boleh aku banggakan apatah lagi buat mereka yang ada di sekeliling aku especially family aku...Cuma 1 je..kini aku punya keluarga sendiri..aku punya suami yang terlalu baik dan yang aku cinta..aku punya 2 permata hati yg sentiasa menghiburkan hatiku yang aku sayang..
Arghh, apasal air mata aku tiba-tiba mengalir ni? Sepatutnya hari ini adalah hari yang patut aku lalui dengan penuh kegembiraan bukannya kesedihan. kan hari ini adalah hari ulangtahun aku. Maaf la semua, ter’emo sket. Apa pun, aku berjanji kat diri aku yang aku akan berusaha untuk membahagiakan insan2 yg aku sayang..dan berharap agar Allah S.W.T memberi kesempatan itu buat aku. Amin.
Kepada kawan-kawan pula, tak kisah la kawan yang memang dah kawan atau kawan yang cuma kenal kat alam maya ni, aku juga nak minta maaf kat korang kerana aku bukanlah manusia yang begitu sempurna untuk terlepas dari tidak melakukan kekhilafan samada ianya secara sengaja ataupun tidak sengaja. aku minta maaf banyak-banyak ok. Biarlah aku melalui usia ku yang ke-26 ini dengan langkah yang sifar dari dosa yang pernah aku lakukan kat kalian. Insya’Allah.
Last but not least, aku nak bagi tahu korang semua yang aku sayang kat korang. Oh ya, ada sesiapa nak bagi special present kat aku? I’m waiting here..

"Jadilah orang yang bernilai; bukan sekadar orang yang berjaya" - Albert Einstein

"Yang dekat itu hati; Yang jauh itu masa; Yang besar itu nafsu; Yang berat itu amanah; Yang indah itu solat; Yang tajam itu lidah" - Imam Al-Ghazali

"Apa sahaja yang anda lakukan tidak penting, tetapi yang sangat penting adalah anda melakukannya" - Mahatma Ghandi

"Apakah maknanya simpati dan kesedihan kita, jika nikmat yang dirasai di negara sendiri tidak kita hargai”. -Tun Dr. Mahathir Mohamad, 30 Ogos 1982, Kuala Lumpur
Perutusan Hari Kebangsaan Ke-25

Untuk tatapan kita bersama...

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian. 
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7.Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t

yea..yea..dapat oven..

salam all...
Hari ni dah 02.08.2010...lagi 7 hari...jeng..jeng..jeng...hehehe..apa yang lagi 7 hari tu...?pandai2 la pikir sendiri yek..semalam pegi bandar ngan hubby n yana...adik tak ikut suh Ipar jaga...kami g amik baju raya..dah siap dah...taun ni tema kami Kuning....Sebab hubby kata nak jadi raja..dia nak kami pakai kuning diraja...ermm apa2 la hubby...on da way nak g town tu hubby ada ajak.."nak tengok oven tak..?"..aku kata nanti la dulu..amik baju dulu takut kedai tutup...biasa la ari minggu setengah hari jek kedai bukak kat Labuan nih..so.pegi amik baju dulu..pastu jalan2 jap kat Uk...Pastu singgah kat Chan Furniture....kami tengok2 la oven yang ada kat situ...ok la jugak..harga pun tak mahal...nama pun nak tengok2 n servey jek...dah tengok kami balik la...
Bila dah sampai umah,hubby tanya.."nak ke oven tu..? kalo nak abang pegi sana balik..?.."..eh biar betul abang nih...aku tu nak tengok2 jek..aku pun tak paksa dia amik oven tu...kalo tak mampu tak payah la kan...Rupa2nya betul2 dia pi amik oven tu walaupun pakai @$%*#!...(paham2 sendiri la..)...tapi aku happy la jugak..bole la aku men masak2 ngan oven baru nih..sbb sejak2 aku benti keje ni,ada jek resipi yg aku nak cuba..terutama macaroni cheese baked...dah ada oven ni mungkin dalam masa terdekat aku nak cuba buat la...
ermm..bila dipikir2 balik, nape abang nak sangat amik oven tu ek...? sekali ingat2,ermmm hadiah befday aku ker...? ye la kot cuma die taknak bgtau...Kalo korang nak tau..hubby aku tu mang tak suka nak bagitau kalo die nak belikan apa2 untuk aku...dia tak bagitau sempena apa barang dia bagi tu...hehehe abang...B mintak Blackberry..tapi dapat Black Oven...takpe la..apa2 pun B sayanggggg sangat ngan Abang....
Korang nak tengok ker oven baru aku tu..takde la cantik sangat tapi ni pemberian ikhlas dari hubby n dia kata.."dah ada oven ni,rajin2 la masak yer..." hehehe...Boleh bah..asal abang belikan bahan2nya...

tada.... ni la oven baru aku..ELBA..

ok la sumer..sampai sini dulu yek enrty hari ni..jumpa lain hari..
tata..titi..tutu...

happy friendship day...1st august..

morning all...

Today is 1st august...today is very special day for me and all my frens...to Sarinah Sanusi,Tuty Dee,Mydear Siskha,Siti Normala,I luv u guys..
you came in my life and we build a friendship .. I hope our relationship will remain unchanged until the end of life ... no matter what happens in the future, we hope that will continue through thick and thin .. laughing and crying, happy and sad ... although we have our own family at that time .. I will always pray that our friendship is not interfered with the suggestions of the evil that can destroy our friendship has been built .. I love you ..

picnic w solar alert staff's n family

Hari minggu yang lepas (25.07.2010)..company tempat hubby keje (solar alert s.b) wat picnic ngan staff n family kat pancur hitam...Oleh kerana company yang belanje,so kami anak beranak cuma bawa perut jek la..janjinya pukul 10pagi...kami gerak dari rumah kul 10pagi..tu pun pegi bandar jap amik kawan hubby..pastu terus g pancur hitam...dah sampai kat sana,rupanya sorang pun belum ada yang sampai lagi..call dorang,kata kejap lagik..so,kami cari pot yang sesuai..dah jumpa tempat yang sesuai,kami tunggu la dorang sampai...ok la jugak pot yang kami pilih tu..ada meja,tempat bakar.teduh plak tu..hari tu plak memang cerah..cuaca baik la pagi tu....tunggu punya tunggu,dorang tak timbul2 lagi..perut dah munyik da ni..dah ku 12 lebih baru la timbul sorang2 punya batang hidung....aiyaaa..betul2 janji melayu ooo...kalau aku tau,aku bawak tapau dari rumah...nasib baik anak2 aku tak meragam...Bila semua dah ada,..haa.. baru terhegeh2 nak panggang ayam...tu jek la yang paling senang..perut semua dah rancak...sementara tunggu ayam masak,aku makan la apa2 yang dorang bawak...


ha..ni la chief import ntah dr mana...hangus je lebih tp x masak...


aku,ira,nadia,philis,kat blakang tu c tan...
hehe..ni kami ler..c yana tengah makan kat tpt lain..
yana,are tiey n her daughter...anak aku tu lau da jumpa kawan,kami ni die da tak ingat..
abis la korang..anak aku da mengamuk.
anak dara aku ni sebenarnya nak ikut dorang mandi..tp x boleh sebab masa ni da petang,angin kuat,berombak..lenkali je la ye yana...

Memang best sekali sekala picnic macam ni..harap2 pas ni ada lagi..mungkin konvoi g KK ke,hehehe..memandai jek aku..cam aku punya company...Ok Apa..bole merapatkan lagi hubungan silaturrahim..lupakan dulu masalah kat tempat keje tu...relax2 with frens n family...hari tu plak anak2 aku tak meragam..mungkin sebab kena bawa g pantai..angin plak best...kul 5ptg baru kami balik..sampai je umah bagi dorang mandi,buat susu,tak sampai 5 minit...zzzzzzzzzzzz...penat sangat..cian..
ok la..stakat ni jek la entry ari ni yek...jumpa dlain hari

ta..ta..

Mariah Carey - One Sweet Day (Official Video Version)



Sorry, I never told you, all I wanted to say.
Now it's too late to hold you. '
Cause you've flown away, so far away.
Never, Had I imagined, yeah, living without your smile.
Feelin' and knowing you hear me.
It keeps me alive. Alive!
And I know you're shining down on me from Heaven,
Like so many friends we've lost along the way,
And I know eventually we'll be together.
One sweet day
Picture a little scene from Heaven.
Darling, I never showed you.
Assumed you'd always be there.
I took your presence for granted.
But I always cared
And I miss the love we shared.
Although, the sun will never shine the same, I'll
always look to a brighter day.
Yeah, Lord, I know, when I lay me down to sleep,
You'll always listen, as I pray!
And I know you're shining down on me from Heaven,
Like so many friends we've lost along the way,
And I know eventually we'll be together.
One sweet day.

This song is the best .. I love this song and I really dedicate this song to my beloved hubby...

1st time...

hi all..dis is my 1st time and 1st day i have a blog...i recently learned the blogging while others had been using it..poor me ermm...ketinggalan zaman...i do have my blog just to fill the emptiness as well as find some inspiration and new friends..just a placeto express my feeling that can be shared with friends..
so,with my blog maybe we all will foster a closer relationship among ourselves and to share whatever we like..opinion,friends,experiences,memories or recipies...hehehe...
i hereby to invite you all to become my followers....WELCOME TO KEEPING UP WITH MYSELF...enjoy it..