Ngeeee.....terharu..tergumbira...dan tercayang...




Hah...!!! apakah....Bukan menayang okeyyy....Tapi saya memang tak sangka en asben nak belikan....patut la 2,3 hari asik dok tanya...nak ke tidak....saya kata memang saya nak sangat tapi rasanya tak penting...sebab bulan Januari depan kami dah plan nak ke KK...So kena la jimat duit kan...Tapi terkezut lipas la jugak tadi pagi bila en.asben ajak pergi bandar..Katanya nak tengok-tengok je la...kononnnn....Tau-tau terus amik sejibik....hahahaha...time kaceehhhh abang...tapi benda alah ni bukan untuk saya sorang..sebab tujuan utama memang nak belikan untuk anak-anak...apa tidak...asik berebut iphone nak main angrybird..haduiiiii....akhirnya berkorban jugak untuk anak-anak tersayang...
Takpelah...duit boleh dicari..tapi kebahagiaan dan senyuman anak-anak bukan ada jual kat pasar ikan...yer dak...?

Jadinya...satu hari ni anak,ayah dan mommy jadi jakun dengan benda alah ni...tadi nak test power la konon..nak berbloging guna benda alah ni.. saya tak reti nak uplod gambar kat entry nih....sudahnya saya pakai notebook jer update entry nih...Tu la kalau dah jakun memang camtu kan..pastu malas nak belajar....sampai saya nak buat entry pasal rumah ipar saya pun tak dapat sebab gambar-gambar yang saya ambik tadi masuk dalam memory benda alah ni...Kesian la pulak kan kena gelar BENDA ALAH...elok-elok nama cantik SAMSUNG GALAXY TAB 7.0..

Sebelum mengakhiri entry nih...saya nak ucap syukur pada Allah S.W.T kerana memberi rezeki kepada kami...Rasanya tahun ni rezeki kami sangat murah...selepas satu...satu lagi diberiNya...amin Ya Allah...
Pastu terima kasih jugak pada en asben..yang selama ni bekerja keras siang malam..semata-mata untuk membahagiakan dan memberi kesenangan pada isterinya yang cute ini..serta anak-anak yang menjadi perangsang untuk terus memajukan diri...luv u so much abang...B hargai sangat2 pengorbanan abang...


Inilah yang kami harapkan.....






Inilah yang kami mahukan sebagai rakyat Labuan...Bukan sebab nak berbangga jika ia menjadi jambatan terpanjang di Malaysia..Tapi ia adalah satu keperluan dan kesenangan untuk warga Labuan dan Sabah.

Tak perlu lagi kami nak bersusah payah berbaris panjang nak beli tiket feri..Tak perlu lagi ambulans yang bawa pesakit tunggu hingga feri penuh baru nak jalan...

Andaikata ini hanya akan menguntungkan pemaju kecil,itu rasanya tidak benar...Banyak faktor yang dapat dilihat jika jambatan ini dilaksanakan....Bertahun-tahun kami menunggu jawapan.. Dah berapa kali Datuk Seri  Raja Nong Chik datang ke Labuan...Perdana Menteri pun dah datang...Baru-baru ni Timbalan Perdana Menteri pun datang..Boleh tengok sendiri keadaan Labuan ni macam mana...Apakata Datuk Seri melawat setiap rumah di Labuan ni dan tanya.."nak jambatan..?' hampir semua rakyat di Labuan ni nak sangat jambatan tu...Tapi saya kecewa dengan kata-kata Timbalan Perdana Menteri kita yang datang berkunjung ke Labuan baru-baru ni...

DENGAN PENUH KETAWA SAMPAI BERAIR MATA DIA 

KATA MASA PERASMIAN HALAL HUB DI KIAMSAM ,"

 ORANG LABUAN ! JANGAN MIMPI MAU DAPAT

 JAMBATAN KE MENUMBOK SABAH " 

Kalau yer pun tak boleh dapat jambatan tu,jangan la cakap macam tu..kami ni rakyat Labuan sangat berharap..dan selama ni pun kami menyokong kerajaan...kalau dah kena cakap macam tu...tunggu je la PRU 13 nanti...

Harap-harap dengan adanya jambatan ni,Pulau Labuan yang ku kasihi ni akan terus maju...

EL...Jaga Yana..


   

Hujan yang turun bagaikan mutiara....lalalalala....agak-agak kalau la betul mutiara yang gugur....berbesen-besen saya tadah...hahaha....

Hari ni saya cuti...EL sebab nak jaga Yana...Semalam Yana dijangkiti penyakit kaki,mulut dan tangan...
Terkejut la jugak...mula-mula ingatkan chickenpox...Bila dah bawa pegi klinik,doktor sahkan yana kena penyakit tu..Penyakit ni memang selalu terkena pada budak-budak yang berumur 10tahun kebawah....
 
Sedikit info tentang penyakit ni....

Pengenalan
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10
tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil
membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam
dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh
dalam masa 5-7 hari.
HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke
individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam
dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti,
tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.
HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia
merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau
tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak
ke kanak-kanak lain.
Tanda dan Gejala
Ciri-ciri klinikal termasuk:
• Demam
• Sakit Tekak
• Ulser pada tekak, mulut dan lidah
• Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 - 7 mm) pada tangan, kaki dan kawasan
diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara
ciri-ciri kemunculannya
• Sakit kepala
• Hilang selera makan
Komplikasi
• Biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan
sistem saraf dan jantung
Rawatan
Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya
lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat. Tiada rawatan
khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala. Rawatan
menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh
digunakan bagi merawat demam.
Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam
disebabkan virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam)
boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya
kerana tertelan air garam boleh menyakitkan.
Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga
Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak
mereka mendapat tanda-tanda HFMD. Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan
tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. Jika mereka tidak mahu
minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera
membawa anak mereka ke hospital. Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala
seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut
anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.
Pencegahan
Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan
supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan
supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.
• Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun
sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan
mencuci najis.
• Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
• Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta
mainan.
• Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum
menguruskan anak atau bayi mereka.
• Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
• Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah,
pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka
mempunyai tanda-tanda jangkitan.

Sumber dari : Google

Syukur alhamdulillah sebab yana tak demam dan tak meragam..Cuma bintik-bintik tu je masih ada...Saya mengharap jugak penyakit ni tak berjangkit pada adik Ira...setakat hari ni adik Ira takde pulak tanda-tanda tu..Semoga Yana cepat sembuh sebab risau jugak kalau merebak kat orang lain...

Bayangkan kalau....




Bagaimana jika, ANDA telah dimasukkan ke hospital malam tadi, apa yang akan berlaku kepada keluarga andaApa yang akan berlaku kepada merekaApa yang telah ANDA  sediakan untuk mereka jika apa-apa jua yang berlaku kepada ANDAIzinkan saya mendapatkan ANDA perlindungan...

PERLINDUNGAN
AIA memahami betapa pentingnya ia  terhadap peristiwa-peristiwa malang dalam kehidupan seperti kemalangan, kecacatan, penyakit atau kematian, sekali gus memastikan keluarga dan orang tersayang dilindungi. Insurans hayat AIA   menawarkan perlindungan untuk anda dan keluarga anda terhadap peristiwa-peristiwa malang dan kemungkinan beban kewangan. Bagi individu yang ingin untuk melindungi kesihatan mereka, AIA mempunyai rangkaian komprehensif pelan insurans kesihatan yang terdiri daripada perubatan, hospital dan penjagaan jangka panjang untuk penyakit kritikal.

SIMPANAN

AIA memahami betapa pentingnya perancangan awal untuk majlis-majlis penting seperti menabung untuk pendidikan anak-anak anda, memulakan perniagaan atau menikmati memperoleh tahun keemasan dalam persaraan.Ia terkenal bahawa perancangan yang lebih awal kewangan dimulakan, kemungkinan yang lebih baik di sana untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi dari semasa ke semasa. AIA mempunyai pelbagai rancangan menyimpan  untuk mencapai matlamat kewangan dan mendapatkan gaya hidup yang anda inginkan. Jadi mula perancangan awal dan meraih ganjaran!

Kemalangan & Kesihatan
1. Siapakah yang layak untuk membeli Kemalangan Diri?
  • Sesiapa yang berumur di antara 16 - 70 tahun boleh memohon dan boleh diperbaharui sehingga umur 75 tahun. Untuk merancang keluarga (s), kanak-kanakyang belum berkahwin bergantung (Ren) dari umur satu bulan - 18 tahun (boleh diperbaharui sehingga umur 23 tahun jika kanak-kanak masih seorang pelajar sepenuh masa)

2. Bagaimana saya boleh membayar premium saya?
  • Anda boleh membayar premium anda kepada American International Assurance Bhd (AIA) oleh wang tunai, cek, kad kredit atau melalui auto debit Maybank.

3. Bila perlindungan insurans akan bermula dan untuk berapa lama?
  • Perlindungan anda akan bermula pada tarikh isu dasar. Perlindungan anda adalah sah selagi anda terus membayar premium dan / atau apabila mencapai had umur maksimum.

4. Bagaimana saya boleh pasti bahawa saya mendaftar dengan syarikat yang betul?
  • Dasar jamin oleh American International Assurance Bhd. dengan lebih 60 tahun kehadiran pasaran tempatan, AIA Bhd kini telah menjadi salah satu penanggung insurans hayat yang terbesar di negara ini, dengan rangkaian 23 cawangan diseluruh negara dan lebih 1,000 pekerja dan 10,000 ejen. Tumpuan syarikat pada reka bentuk baru, produk inovatif bagi memenuhi keperluan pasaran yang berubah-ubah.

5. Adakah Kemalangan Diri membayar sebagai tambahan kepada mana-mana polisi insurans lain yang pernah ada?
  • Ya, anda akan menikmati manfaat ini sebagai tambahan kepada mana-mana polisi insurans lain yang anda mungkin telah kecuali untuk faedah bayaran balik perubatan yang bagi pampasan perbelanjaan rawatan perubatan sahaja.

6. Bagaimana saya membuat tuntutan?
  • Ejen kami yang mesra akan berada di sana untuk membantu anda atau kunjungimana-mana cawangan kami untuk mendapatkan bantuan. Di samping itu, andaboleh menghubungi talian bebas tol kami di 1300-88-1899.

Life

1. Kenapa saya perlu insurans hayat?
  • Insurans berfungsi sebagai jaringan keselamatan kewangan sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anda. Pampasan insurans akan membantu tanggungan anda untuk membantu perkara-perkara dalam satu-satu masa apabila dana yang rendah. Dari kaji selidik Perkara Life AIA, hampir setiap rakyat Malaysia SATU daripada lima berpeluang untuk menghadapi masalah kewangan yang serius dalam tempoh hanya 3 bulan jika dia terpaksa berhenti kerja kerana sakit atau kemalangan. Ini adalah di mana insurans memainkan peranan penting dalam menyediakan dana kecemasan.
2. Pelan yang tepat untuk saya?
  • Ia semua bergantung kepada objektif dan kemampuan kewangan seseorang. Sebagai contoh, satu pelan seumur hidup tradisional memberi penekanan kepada perlindungan manakala pelan endowmen tradisional menawarkan perlindungan yang dilengkapi dengan elemen simpanan. Oleh itu, premium bagi pelan endowmen adalah lebih tinggi daripada pelan hayat seumur hidup bagi amaun perlindungan yang sama. Selain daripada polisi hayat tradisional, ada juga pilihan untuk jenis pelaburan berkaitan polisi insurans yang membolehkan pemegang polisi untuk menentukan tahap penyertaan dalam pasaran ekuiti melalui pilihan dana yang berdasarkan selera risiko individu. Oleh itu, ia akan menjadi idea yang baik untuk berbincang dengan perancang kewangan anda pilihan yang berbeza.
3. Adakah saya boleh insurans?
  • Insurability anda bergantung kepada tiga faktor utama risiko:
i) faktor-faktor risiko Perubatan - dibina, peribadi rekod perubatan dan sejarah keluarga
ii) faktor-faktor risiko peribadi - pekerjaan, bahaya moral, avocations, hobi, kediaman antarabangsa dan sebagainya.
iii) faktor-faktor risiko Kewangan (perlindungan insurans yang dikenakan vs keperluan kewangan / pendapatanKeputusan akhir penerimaan terletak akhirnya dengan penaja jamin.

4. Berapa kos?
  • Ia bergantung kepada faktor-faktor seperti umur, jantina, status kesihatan, risikopekerjaan, jenis pelan dan jumlah wang yang diinsuranskan dibeli. Paling penting,anda perlu meyakinkan diri anda bahawa pelan yang dibeli terbaik dapat memenuhi keperluan anda dan premium yang perlu dibayar adalah jumlah yang anda mampu.
Jangan tunggu hingga esok...kerana kita takkan tahu apa yang bakal berlaku pada diri kita dan keluarga...Jika percayakan kami..bertindak sekarang...


Gain Weight!!!




Haaaa...ni la susu gain weight untuk en.asben...GNC Pro Perfomance...hehehe...tengok dalam gambar nampak kecik je botol tu tapi sebenarnya besar gedabak....pastu mesti habiskan dalam masa 5hari....
Sekali 3 botol en.asben tapau...ubat vitamin pun en.asben beli...amik kau....
Ni kalau berat badan tak naik jugak tak tau nak kata apa...

En.asben saya tu memang kurus...kesian saya tengok...silap-silap kalau angin taufan boleh terbang...hehehe
Takpe abang...b support abang...caiyyookk..caiyyookk...



Macam-Macam....




Lamanyaaaaa...tak merapu kat blog ni kan...? keyboard pc kat rumah ni pon dah berabuk...hahahaha...itu la..sejak-sejak dah kerja balik ni kan langsung takde can nak berblog..apa lagi nak melawat rumah kawan-kawan....maaf la yer...tak disengajakan...dulu dok umah jer jadi housewife...hari-hari dok ngadap pc...laa ni takde dah...balik kerja pun masa tu memang dah disetkan untuk anak-anak dan suami terchenta...Pastu En.Asben plak selalu bawa berukband pegi kerja,jadi tak dapek la nak berblog....kesiannnn...

Minggu ni kan saya teramat sibuk ditempat kerja..nak ke tandas pun tak sempat...sampai kawan kerja saya (lain agensi) pun tegur.." bz btul ko 2,3 ari ni..." Ni dah masuk bulan November...biasanya bulan ni la AIA akan buat closing...tu yang sibuk sesangat...(biasanya buat-buat sibuk)..Walaupun saya ada pembantu tapi...ermmm malas la nak cakap kan...budak baru..belum pernah ada pengalaman buat kerja-kerja opis nih...jadi paham-paham je la yer...saya dah speed 5 dia baru nak masuk gear 1...camno tuh...?

Bila dah sibuk,anak-anak tak pernah saya abaikan...itu tanggungjawab saya...itu sebabnya balik dari kerja masa yang ada adalah untuk bersama anak-anak...saya amat menghargai masa itu kerana saya tidak akan berpeluang lagi dengan masa-masa itu jika saya tak gunakannya...betul tak...? Anak-anak saya cepat sangat membesar..sehingga saya rasa nak putar balik masa itu..kerana ada masa-masa yang saya ketinggalan...
Anak saya yang sulung kini dah berusia 3tahun 5bulan..betapa cepat masa berlalu...Dia kini semakin gendut dan sihat..hehehe..dan sangat comel...boleh bercakap walaupun kadang-kadang saya tak paham bahasa apa yang digunakannya...Yang si kidalku chak pulak dan berusia 1tahun 9bulan..sangat la becok mulutnya...suka jerit-jerit macam tarzan...sangat penyayang dan saya sangat gerammmmm bila tengok dia...

Errrmmm...En.Asben pulak...macam biasa la...boleh kata hari-hari overtime....uppsss...OT betul-betul tau..bukan dia melencong ke mana-mana....saya percayakan suami saya...En.Asben memang seorang yang rajin...sampai badan pun dan susut..(dah la kurus...) Sampai saya suruh dia minum gain weight tu..biar dia berisi sikit...disaat saya menaip ni pun dia masih di tempat kerja..katanya OT sampai jam 10malam...Biasanya malam jumaat dia balik...errkkk...haaa..jangan dok pikir lain...hahahaha...katanya tempat kerjanya tu selalu terdengar perempuan menangis...tu yang dia rasa seram sikit kalau malam jumaat...maklum la kat tempat kerja tu tak jauh dari kubur cina...itu pasal maaaaa....

Kat Labuan sekarang musim hujan..rasanya seluruh negara pun hujan..ye la dah musim kan...ermmm balik-balik cuci kereta..dah malas sangat biar je la kotor Avanza saya tu...hujung bulan ni pulak akan bertambah sibuk sebab adik ipar saya nak kahwin...ohhhh....banyak benda tak buat lagi...baju pun belum siap...adoiiii..akak taylor ni pun lambat la....kata hujung bulan 10 boleh siap...issskkkk...

wokehh la...tajuk kat atas pon MACAM-MACAM kan...tu yang macam-macam cerita entry kali ni..hahaha...jangan la korang sengal nak baca...ni entry sebulan sekali punya pasal ni...muahahaha...
nanti kita jumpa lagi ehh...




Renungan...



Assalamualaikum...

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz


Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya


Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!


Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?


Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.


Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.


Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah


Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah


Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !


Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)


Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon.

~Renung-renungkan dan selamat beramal~

Bila Allah memberi rezeki...

Assalamualaikum...

Apa kabar korang semua....dah lama tak bersiaran kan...Lupa bayar bil Astro...hahaha Astro jugak yang kena...tak pasal-pasal...
Wokeh..taknak melalut panjang...

Rezeki...memang rezeki tu Allah yang bagi...Cuma kita kena berusaha untuk mencari rezeki tu..Rezeki ada dimana-mana bak kata orang..Pernah suatu ketika ada seseorang mengatakan rezeki saya sempit..saya akan hidup susah sepanjang hidup..ada juga yang kata saya tak dapat hidup bahagia...ada juga yang kata saya takkan dapat hidup senang...

Maaf yer..saya nak tanya...siapakah mereka yang lantang sangat bersuara mengatakan semua itu kepada saya...siapakah mereka yang memandai nak tentukan nasib masa depan saya..? siapakah mereka yang tersangat pandai menilik tentang rezeki saya..?
Segala nasib saya,hidup saya,rezeki saya terletak ditangan Allah...Hanya Dia yang berhak menentukan kehidupan saya macam mana...Bukan kamu...kamu..kamu...atau kamu....bukan....
Apakah perasaan kamu bila saya sendiri yang berkata begitu pada kamu semua...?
Saya sedih dengan sikap orang yang begini...

Saya nak bagitau korang semua..sejak akhir-akhir ni,rezeki saya dan keluarga amat murah...syukur kepada Allah S.W.T..Bermula dari kelahiran anak kedua saya,saya rasa rezeki bertambah murah...Suami saya mendapat kerja baru..kemudian 2 bulan lepas saya pun dapat kerja baru jugak...Bulan lepas,rezeki suami saya ada lebih,dia belikan saya handphone baru walaupun tak secanggih mana...Dan bila en.asbeni ingin mengubah cara hidup dan nak beri keselesaan kepada keluarga kecil kami ni,akhirnya dapat juga kami berkereta baru..hasil titik peluh sendiri tanpa bantuan orang lain..Satu yang saya nak puji sikap en.asben ialah dia akan berusaha untuk mendapatkan apa yang dia nak...Dia sanggup kerja lebih masa semata-mata nak beri kesenangan dan keselesaan kepada anak dan isterinya...terpaksa mengorbankan masa untuk berhibur dengan anak-anak..(bukan mengabaikan yer...)Saya rasa en.asben mewaris dari sikap bapa mertua saya,kerana begitulah juga cara bapa mertua saya...Hingga sekarang bapa mertua saya bekerja sebagai pemandu teksi...Dengan usianya yang dah menjangkau 50-an masih kuat untuk bekerja hingga larut malam...

Saya maafkan mereka-mereka yang pernah mendoakan yang buruk-buruk pada saya..Saya hanya insan biasa,begitu jugak dengan orang yang menghina saya...Allah itu Maha Adil..Semoga Allah saja yang dapa menbalas segalanya..Saya doakan mereka itu sedar akan kesilapan mereka...

Peace No war...

Demam si " TARABAS " dah mula....

Assalamualaikum....

Agak-agak sape yang baca tajuk mesti ramai yang tau kan....?
Sapa-sapa yang dah tengok cerita ni memang rindu berabis la dengan mamat hensem
" Tarabas " atau "Ramualdo "...Tak pun si cute comey lotey " Fantaghiro "..
Sekarang cerita " Cave of the Golden Rose " dah kembali ditayangkan di TV9...
Setiap Ahad jam 10malam....
Saya tak tau sebenarnya...Tapi bila ada kawan saya share pautan di facebook saya teruja la...
Sanggup tunggu malam tadi walaupun mata dah mengantuk...hahaha...

Pertama kali saya tengok cerita ni mungkin dalam tahun 1998...saya pun tak ingat..tapi masa tu 
ditayangkan di TV Brunei...(Labuan jer yang dapat siaran dari Brunei nih)....
Masa tu pun tengok dah setengah jalan....huhuhu...
Bukan saya sorang yang suka dengan cerita ni...raaaammmmaaaiiiiiii...sangatttt....
Lepak sini kalau nak share pasal cerita ni...

ok takmo cerita panjang...layan gambar jek...



Fantaghiro

Tarabas

Ramualdo

Minggu depan jangan lupa tengok lagi...hehehe


Hotel Labuan terbakar....

Assalamualaikum

Petang tadi kira-kira jam 4 petang,terdengar siren bomba menuju ke arah Bandar Labuan...
Kebetulan kawasan saya bekerja di bandar...Cuaca pulak hujan renyai-renyai...
Mulanya sebuah jentera bomba saja yang saya ternampak...
Selepas itu semakin banyak...Ambulans pun ada jugak...
Dalam hati saya bertanya..."kat mana yang terbakar...? macam teruk jer..."..
Saya balik kerja naik bas...saya tengok-tengok jugak ke awan...
mana tau ada ternampak asap..tapi saya tak nampak kat mana yang terbakar...
Saya sampai rumah,saya buka Facebook...
saya masuk group We Love Labuan
sebab saya pasti mesti ada yang share tentang kebakaran tu...
Rupanya Hotel Labuan yang terbakar...Hotel tu tak jauh dari stesen bas...tapi kenapa saya tak nampak asapnya tadi...? errmmm...
Sebenanrnya hotel tu tak beroperasi lagi...dah lama saya dengar hotel tu nak dirobohkan...tapi mungkin sebab kedudukan hotel tu berdekatan dengan Dataran Labuan,Pos Malaysia,restoran dan Hotel Sara,maka ia menjadi risiko untuk dirobohkan...
menjadi tanda tanya macam mana hotel yang tak berpenghuni boleh terbakar...Melainkan ada yang menceroboh  masuk ke dalam hotel tersebut...Kalau tak takkan terbakar sendiri...nak kata kemarau tak pulak sebab satu hari ni cuaca mendung dan sekejap-sekejap hujan turun...
Jadi punca kebakaran masih dalam siasatan....



Layakkah di gelar "ANAK"...?

Assalamualaikum....


Ayah atau ibu...mereka tetap orang yang patut kita hormati...kita sayangi...Seburuk mana pun sikapnya...sejahat mana pun mereka,mereka tetap ayah dan ibu kita...jadi kenapa dilakukan sebegini...? Keratan berita dibawah ni,ingin saya kongsikan kepada semua...kerana kejadian ini memang benar-benar berlaku pada hari Selasa lepas...Sama-samalah kita mengambil iktibar...

Anak tinggalkan ayah di masjid

7th September, 2011
LABUAN: Seorang lelaki warga emas rakyat tempatan yang dipercayai ditinggalkan oleh anaknya ditemui di perkarangan Masjid Negeri An Nur Wilayah Persekutuan Labuan, petang Selasa.
Menurut mangsa Wahid Hussin, 71, beliau yang sebelum ini ditahan di Hospital Kuala Penyu kerana mengidap sakit lelah telah pergi ke Labuan dua hari lalu selepas doktor mengesahkan beliau sihat dan dibenarkan keluar dari wad.
Beliau yang tidak ditemani oleh sesiapa telah mengambil keputusan untuk terus pergi ke Labuan untuk menemui salah seorang anaknya, malangnya selepas beberapa jam berada di rumah anaknya, beliau telah diarah mengikuti salah sebuah kereta yang kemudiannya pemandu kereta berkenaan menurunkan mangsa di kawasan masjid An Nur.
“Kamu tunggu saja di sini… nanti ada orang akan ambil kamu,” kata pemandu kereta berkenaan sebelum meninggalkan pergi.
“Bagaimanapun selepas lama menunggu tiada seorang pun datang mengambil saya,” ceritanya sambil mengalirkan air mata kerana tidak dapat menahan sebak atas perbuatan anaknya yang sanggup melakukan beliau sedemikian rupa.
Dalam pada itu, beliau turut mendakwa anaknya itu bukan saja sanggup meninggalkan beliau, tetapi juga turut mengambil wang saku hasil sumbangan orang ramai semasa beliau berada di hospital Kuala Penyu.
Terdahulu sebelum itu, dua pekerja awam Masjid An Nur menemui mangsa dalam keadaan lemah di tepi kawasan pokok bunga berhampiran masjid berkenaan.
Melihat keadaan mangsa yang lemah kedua-dua pekerja itu membawa mangsa masuk ke dalam perkarangan masjid untuk diberi bantuan sebelum diserahkan kepada pihak pengurusan masjid untuk tindakan selanjutnya.
Dalam pada itu, pihak pengurusan Masjid An Nur menemui sekeping kertas yang bertulis tiga nama berserta nombor telefon masing-masing tercatit nama Nilam (anak), Sanip (anak) dan Alias (adik) yang disimpan dalam beg pakaian mangsa.
Berdasarkan kepada maklumat itu, pihak pengurusan telah menghubungi penama berkenaan dan berjaya menghubungi salah seorang daripada mereka yang bernama Alias. Manakala dua lagi yang dipercayai anak mangsa gagal dihubungi.
Semasa berada di masjid Ann Nur, Alias mengakui mangsa adalah abangnya tetapi berlainan ibu yang sering menjadi mangsa anak-anaknya.
Alias turut mendakwa abangnya yang mempunyai tujuh anak itu tidak pernah untuk mengambil berat mengenai masalah bapanya. Lebih menyedihkan lagi abangnya yang sering merindukan kasih sayang anaknya itu sudah tidak mempunyai isteri kerana meninggal dunia sejak 12 tahun lalu.
Ketika ditanya satu soalan, Alias menjelaskan beliau bersama seorang lagi kakaknya pernah menjaga abangnya itu (Wahid) tetapi dimarahi oleh anak-anak Wahid supaya tidak mencampuri urusan mereka.
Berikutan kejadian itu, Alias telah mengambil keputusan menyerahkan kes abangnya itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, selain membuat laporan polis berhubung tindakan anak-anak Wahid yang enggan menjaga bapanya.
Sementara itu, Pegawai Unit Warga Emas Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Labuan, Jamil Jemon yang turut berada di Masjid Jamik An-Nur pagi kelmarin berkata, pihaknya yang menerima laporan mengenai kejadian itu akan mendapatkan perintah mahkamah supaya kes Wahid dapat ditempatkan di rumah warga emas di Sri Kenangan Seremban Negeri Sembilan atau di Rumah Orang Tua Papar Sabah bagi mendapatkan kehidupan yang lebih sempurna mengikut Akta Orang Papa 1977.
Jamil berkata, buat sementara ini warga emas itu akan ditempatkan di rumah perlindungan sementara JKM Labuan.


Mulanya saya terbaca difacebook..dan saya ingin berkongsi pendapat ustaz Sharizal ini dengan semua....baca dan fahamkan...baru kita nilaikan...




  • Sharizal Saffian Dizaman saidina omar ..ada bapa mengadu pada Omar tentang derhakanya anaknya padanya..setelah diselidiki Omar memutuskan Bahawa ayah itulah yg "DERHAKA" pada anaknya..pelik Ada ibubapa yg derhaka pada anak2nya.... Kita sering menuding jari pada Anak..Pernah kah kita Tanya..mengapa Anak buat begitu pada ibubapanya..dan mengapa kisah yg berlaku pada zaman syaidina Omar tidak kita teliti....hanya sekadar perkongsian ilmu..utk kita lebih melihat hikmah,tidak hanya berhukum :-)
    19 jam yang lalu ·  ·  9 orang
  • Azhar Othman Ini lah ceritanya... http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/52027
    19 jam yang lalu · 
  • Sharizal Saffian Ibu bapa ang derhaka bukan sahaja hanya kepada mereka yang mendera anak2 mereka dengan puntung rokok (contohnya) di dunia, tetapi ialah ibu bapa yang membiarkan anak2 mereka di bakar oleh api neraka di akhirat kelak. Anak2 tidak dibekalkan dengan ilmu agama secukup dan sewajarnya.

    Seorang ayah dtg mengadap khalifah Umar al Khatab r.a. mengadu akan anak lelakinya. Maka Umar pun memanggil si anak dan menasihatinya bahawa si anak wajib taat kepada kedua ibu bapanya dan tidak mengabaikan hak2nya. Lalu anak itu menjawab: “ Wahai Amirul Mukminin, bukankah seorang anak juga mempunyai hak terhadap orang tuanya?”

    “ Sudah tentu,” jawab Umar r.a.

    “Apakah hak tersebut wahai Amirul Mukminin?”

    “Bahawa bapanya wajib memilih untuknya ibu yang baik, memberikannya nama yang baik juga, serta mengajarkannya al-Quran.”

    “Wahai Amirul Mukminin, bapaku tidak melakukan itu semua. Ibuku seorang majusi (penyembah api), namaku Ju’al (maknanya kotoran kumbang) dan beliau tidak pernah mengajarku walau satu ayat daripada al-Quran.”

    Umar r.a lalu menoleh kepada si bapa dan berkata “Engkau datang kepadaku untuk mengadu ketidaktaatan anakmu, padahal engkau terlebih dahulu gagal melaksanakan tugas2mu kepadanya. Engkau telah melakukan kesalahan kepadanya sebelum dia melakukan kesalahan kepadamu.”

    Adakah kita ini ibu bapa yang derhaka?
    19 jam yang lalu ·  ·  8 orang
  • Sharizal Saffian يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْماً بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
    Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
    Surah Al-Hujuraat, Ayat 6
    19 jam yang lalu ·  ·  11 orang