EL...Jaga Yana..


   

Hujan yang turun bagaikan mutiara....lalalalala....agak-agak kalau la betul mutiara yang gugur....berbesen-besen saya tadah...hahaha....

Hari ni saya cuti...EL sebab nak jaga Yana...Semalam Yana dijangkiti penyakit kaki,mulut dan tangan...
Terkejut la jugak...mula-mula ingatkan chickenpox...Bila dah bawa pegi klinik,doktor sahkan yana kena penyakit tu..Penyakit ni memang selalu terkena pada budak-budak yang berumur 10tahun kebawah....
 
Sedikit info tentang penyakit ni....

Pengenalan
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10
tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil
membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam
dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh
dalam masa 5-7 hari.
HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke
individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam
dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti,
tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.
HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia
merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau
tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak
ke kanak-kanak lain.
Tanda dan Gejala
Ciri-ciri klinikal termasuk:
• Demam
• Sakit Tekak
• Ulser pada tekak, mulut dan lidah
• Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 - 7 mm) pada tangan, kaki dan kawasan
diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara
ciri-ciri kemunculannya
• Sakit kepala
• Hilang selera makan
Komplikasi
• Biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan
sistem saraf dan jantung
Rawatan
Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya
lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat. Tiada rawatan
khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala. Rawatan
menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh
digunakan bagi merawat demam.
Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam
disebabkan virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam)
boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya
kerana tertelan air garam boleh menyakitkan.
Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga
Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak
mereka mendapat tanda-tanda HFMD. Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan
tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. Jika mereka tidak mahu
minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera
membawa anak mereka ke hospital. Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala
seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut
anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.
Pencegahan
Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan
supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan
supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.
• Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun
sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan
mencuci najis.
• Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
• Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta
mainan.
• Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum
menguruskan anak atau bayi mereka.
• Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
• Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah,
pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka
mempunyai tanda-tanda jangkitan.

Sumber dari : Google

Syukur alhamdulillah sebab yana tak demam dan tak meragam..Cuma bintik-bintik tu je masih ada...Saya mengharap jugak penyakit ni tak berjangkit pada adik Ira...setakat hari ni adik Ira takde pulak tanda-tanda tu..Semoga Yana cepat sembuh sebab risau jugak kalau merebak kat orang lain...

2 ulasan:

fiza berkata...

Samalah kita. Saya EL jumaat aritu sbb nursery terpaksa di tutup gara² HMFD, alhamdulillah anak² tak kena. Tgh musim kot.

:: Mrs.Eady :: berkata...

harap tak merebak kat adik ira je la ek..