Boleh ker..?



Persoalan...
BOLEHKAH seseorang itu mengambil insurans nyawa atau insurans lain? Apakah hukumnya jika seseorang itu mengambil insurans bagi diri sendiri dan keluarganya?

Jawapan...
Insurans konvensional yang tidak mengandungi unsur perjudian, penipuan dan penindasan diharuskan oleh syarak, manakala insurans nyawa hukumnya haram. 
Menurut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Kedua pada 1 hingga 2 Oktober 1970, insurans am iaitu selain daripada insurans nyawa adalah harus. 

Jika hendak mengambil insurans, semak dulu sama ada syarikat terbabit mengikut syariah atau tidak. Biasanya syarikat insurans yang halal mesti mempunyai panel syariah sebagai rujukan dan pengawal segala aktiviti dijalankan.


# saving jer tak cukup kalau takde protection...betul tak..?
Kalau ada lebih boleh invest..

Kay Kay Again...



Tet..tet.tet..tet..hp nokia tak berapa nak canggih bunyi bervibrate dalam handbag...Iskkk...sape pepagi dah mesej ni..Mesti bos ni...Takkan en.asben plak sebab baru jer antar kat bawah tadi..

" Pls b ifrm tt u need 2 attd d National Best course in KK on 18th to 20th May..Accomodation will b provided..rgds Shi."

Haaa....gitu la mesej yang saya terima dari bos pagi tadi...tak sempat bukak lampu opis..Alahaii....training lagik...
Yang tak bestnya asik buat kat KK jerk..Bila nak buat kat tempat lain...Yang kat Kuching bulan Julai ni rasanya tak dapat pegi kot..sebab tak qualified...Yang lagi sedih tak qualified nak naik Star Cruise dari Phuket ke Krabi...iskkk...

Sebenarnya saya malas nak pegi..tapi bila pikir nak memajukan diri sendiri,kena la pegi jugak...
Yang untung bukan orang lain..diri sendiri jugak..pegi je la jawabnya..



# En.Asben belum bagi keputusan nak bercuti ke KayKay raya tahun ni..


Manusia...



Manusia terbahagi kepada empat golongan,
Manusia yang tahu,
dan dia tahu bahawa dia tahu,
maka dia adalah manusia yang berilmu,
dan layak dijadikan pemimpin.

Manusia yang tahu,
tetapi dia tidak tahu bahawa dia tahu,
maka dia sedang tertidur,
dan dia perlu dibangunkan.

Manusia yang tidak tahu,
dan dia tahu bahawa dia tidak tahu,
maka dia perlu dibimbing,
agar dia segera cergas.

Manusia yang tidak tahu,,
dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu,
maka dia haruslah dijauhi.