## kumpul duit nak bagi reward untuk en.asben dan anak2 pulak..
Reward Untuk Diri Sendiri
Ketam Buttermilk Idaman ku Selalu....
Resepinya saya cari kat google jer..
Bahan :-
Ketam ( dibersihkan pastu direbus)
3-4 ulas bawang putih dicincang
2 sudu besar butter
1 biji telur ( dipukul sebati..takyah sampai kembang)
1 tangkai daun kari
3-4 cili taiwan..(ikut suka korang)
1 cawan susu cair( saya suka lebih)
garam dan gula secukup rasa
Caranya :-
1. Cairkan mentega dan tumis bawang putih,daun kari dan cili taiwan sampai naik bau..( adik ira dari ruang tamu terus ke dapur...sedapnyer bauuuuu...)
2. Masukkan telur sikit-sikit sambil dikacau.
3. Masukkan susu dan biarkan sampai mendidih.
4. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.Pastu masukkan ketam..Gaul sebati.
Agak-agak dah nak masak tu saya tuangkan tepung jagung yang dah dibancuh dengan air...supaya kuahnya nampak pekat.
Sila la mencuba..rugi kalau tak cuba...
ADA 3 POLISI TAPI SATU PUN TAK BERGUNA...
Seorang wanita 42tahun terkejut bila dapat tau yang dia tak boleh membuat tuntutan bagi kehilangan pendapatan untuk mana-mana tiga polisi penyakit kritikal selepas didiagnos dengan kanser payudara peringkat awal, atau peringkat 0.
Terdapat definisi untuk memenuhi tuntutan penyakit kritikal.
Insurans penyakit kritikal atau perlindungan penyakit kritikal adalah produk insurans, di mana penanggung insurans biasanya membuat jumlah bayaran tunai sekaligus jika pemegang polisi didiagnosis dengan salah satu daripada penyakit kritikal yang disenaraikan di dalam polisi insurans.
Perlindungan penyakit kritikal pada asalnya dijual dengan tujuan untuk menyediakan perlindungan kewangan kepada individu yang mengikuti diagnosis atau rawatan penyakit yang dianggap kritikal.
EARLY PAY CRITICAL ILLNESS RIDER
Monday Sudah
Okey..nak mengupdate kerja mana yang tak update lagi tuh...
~~ 5 Tahun Bersama ~~
Nak muda sentiasa macam ni boleh tak...?
Si Jantung dan Si Hati kami...Pelengkap Hidup..
~ Manukan With Love ~
Dalam bot..nak ke pulau..yeeehhaaa...
Dah sampai...amik gambar dulu...
ambik gambar lagi..
Ini tandanya kami betul-betul kat Pualau Manukan..
ayah ngan yana mandi laut tak ingat dunia..
Adik Ira ngan Adik Sufiya ni takmo mandi laut..main pasir jer..
Nak Balik dah....
Insyaallah..kalau ada rezeki tahun depan nak pegi lagi...kali ni nak bawak mak dan abah mertua..
semua-semua la..pegi ramai-ramai
Labels:
aktiviti,
cuti,
pulau manukan,
sabah
Raya..Raya...Raya...
Terima Kasih Ya Allah..Daku dah 28tahun..
~ Shah Alam Trip ~
(Jumaat 03.08.12)
Baru lepas check in..tengah tunggu MH2609 ke Kuala Lumpur...
Amboi...naik MAS mak jemah anak beranak....
Ala...kena support...bukan senang nak dapat benda FREE...yer tak..?
* sila abaikan tarikh kat gambar tu..salah setting daaaa...
* sila abaikan tarikh kat gambar tu..salah setting daaaa...
Nak jugak berposing...(gambo silau sikit..)
Kat sini la kami tinggal 2hari 2malam..Kami sampai dari Labuan jam 7.45petang..
Dari airport naik teksi turun kat KL Sentral..Abang ipar ambik kat sana terus hantar pegi Shah Alam..
sampai hotel dalam jam 11.30malam..
( hotel dan tiket kapal terbang company bayar..hehehe)
Bilik kami...404..terpaksa gabung katil bila nak tido..
kalau tak nanti gedebuk anak jatuh ke bawah...hehehe..
Bilik mandi...
(gambar kabur sikit..) Cermin belakang tu bilik mandi...seksi uuuuu..
berangan nak buat bilik mandi macam tu kalau ada rumah sendiri nanti..
oo..yer..1st time jumpa hotel yg ada sediakan sejadah dan Al-Quran..
Selalu kitab agama lain jer..
********************************
(Sabtu 04.08.12)
Majli Berbuka Puasa Solar Alert
Kat Shah Alam Convention Centre.
1 meja jer dari Labuan..
Penuh 1 dewan...Semua staff dan keluarga dari HQ,Kemaman dan Labuan...
Lepas dari Majlis Berbuka..balik hotel tukar baju..
Cuci mata kat i-City pulak..masa tu dah tengah malam..
kalau kat rumah time macam ni memang dah lending..
mom + yana
Nak jugak tau naik merry goeslow nih..
Yana nak naik sangat train ni..
Cuba tengok masa kat gambar tu..dah pukul 2pagi...kami balik dari i-City
terus bersahur kat hotel..
Anak-anak dan anak buah..ada yang dah layu..ada yang masih segar matanya...
Ahad petang kami balik ke Labuan..penat la jugak walaupun 2hari jer..
Terima kasih kak izwa dan abg ipar saya kerana sudi la bawak kami ni jenjalan
kat Shah Alam tu..raya nanti kami pulak bawak diaorang jalan-jalan
kat Kay Kay...yeeeehhhaaa...
** payah nak pilih gambar..tambah pulak update blog ni pukul 10malam...
otak tak jalan sebab bantal bucuk dah memanggil namaku..muahaha..
Update sikit...
tension plus gumbira
Boleh ker..?
BOLEHKAH seseorang itu mengambil insurans nyawa atau insurans lain? Apakah hukumnya jika seseorang itu mengambil insurans bagi diri sendiri dan keluarganya?
Jawapan...
Insurans konvensional yang tidak mengandungi unsur perjudian, penipuan dan penindasan diharuskan oleh syarak, manakala insurans nyawa hukumnya haram.
Menurut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Kedua pada 1 hingga 2 Oktober 1970, insurans am iaitu selain daripada insurans nyawa adalah harus.
Jika hendak mengambil insurans, semak dulu sama ada syarikat terbabit mengikut syariah atau tidak. Biasanya syarikat insurans yang halal mesti mempunyai panel syariah sebagai rujukan dan pengawal segala aktiviti dijalankan.
# saving jer tak cukup kalau takde protection...betul tak..?
Kalau ada lebih boleh invest..
Kay Kay Again...
Manusia...
Langgan:
Catatan (Atom)