~ Shah Alam Trip ~

Helluuu....dah dua hari berlalu baru nak cerita kat sini...masih penat dan takde masa nak update..Trip kali ni ke Shah Alam..Bukan pergi bercuti..tapi pergi atas jemputan company en.asben keje...Solar Alert...Jemputan majlis berbuka puasa...Jauhnya nak berbuka...Selalunya buat kat Labuan..tapi kali ni company terlebih bajet kot...lagipun HQ memang kat Shah Alam..Labuan ni branch jer..
Ok uols..malas nak cerita panjang...Korang layan gambar je la yer..

(Jumaat 03.08.12)
Baru lepas check in..tengah tunggu MH2609 ke Kuala Lumpur...
Amboi...naik MAS mak jemah anak beranak....
Ala...kena support...bukan senang nak dapat benda FREE...yer tak..?

* sila abaikan tarikh kat gambar tu..salah setting daaaa...



Nak jugak berposing...(gambo silau sikit..)


Kat sini la kami tinggal 2hari 2malam..Kami sampai dari Labuan jam 7.45petang..
Dari airport naik teksi turun kat KL Sentral..Abang ipar ambik kat sana terus hantar pegi Shah Alam..
sampai hotel dalam jam 11.30malam..
( hotel dan tiket kapal terbang company bayar..hehehe)



Bilik kami...404..terpaksa gabung katil bila nak tido..
kalau tak nanti gedebuk anak jatuh ke bawah...hehehe..




Bilik mandi...



(gambar kabur sikit..) Cermin belakang tu bilik mandi...seksi uuuuu..
berangan nak buat bilik mandi macam tu kalau ada rumah sendiri nanti..
oo..yer..1st time jumpa hotel yg ada sediakan sejadah dan Al-Quran..
Selalu kitab agama lain jer..

********************************


(Sabtu 04.08.12)
Majli Berbuka Puasa Solar Alert 
Kat Shah Alam Convention Centre.
1 meja jer dari Labuan..


Penuh 1 dewan...Semua staff dan keluarga dari HQ,Kemaman dan Labuan...


Lepas dari Majlis Berbuka..balik hotel tukar baju..
Cuci mata kat i-City pulak..masa tu dah tengah malam..
kalau kat rumah time macam ni memang dah lending..


mom + yana
Nak jugak tau naik merry goeslow nih..






Yana nak naik sangat train ni..




Cuba tengok masa kat gambar tu..dah pukul 2pagi...kami balik dari i-City
terus bersahur kat hotel..




Anak-anak dan anak buah..ada yang dah layu..ada yang masih segar matanya...


Ahad petang kami balik ke Labuan..penat la jugak walaupun 2hari jer..
Terima kasih kak izwa dan abg ipar saya kerana sudi la bawak kami ni jenjalan 
kat Shah Alam tu..raya nanti kami pulak bawak diaorang jalan-jalan 
kat Kay Kay...yeeeehhhaaa...


** payah nak pilih gambar..tambah pulak update blog ni pukul 10malam...
otak tak jalan sebab bantal bucuk dah memanggil namaku..muahaha..

1 ulasan:

piko berkata...

lahaii seronoknye la dapat p jalan jalan.. ;))