Ngeeee.....terharu..tergumbira...dan tercayang...




Hah...!!! apakah....Bukan menayang okeyyy....Tapi saya memang tak sangka en asben nak belikan....patut la 2,3 hari asik dok tanya...nak ke tidak....saya kata memang saya nak sangat tapi rasanya tak penting...sebab bulan Januari depan kami dah plan nak ke KK...So kena la jimat duit kan...Tapi terkezut lipas la jugak tadi pagi bila en.asben ajak pergi bandar..Katanya nak tengok-tengok je la...kononnnn....Tau-tau terus amik sejibik....hahahaha...time kaceehhhh abang...tapi benda alah ni bukan untuk saya sorang..sebab tujuan utama memang nak belikan untuk anak-anak...apa tidak...asik berebut iphone nak main angrybird..haduiiiii....akhirnya berkorban jugak untuk anak-anak tersayang...
Takpelah...duit boleh dicari..tapi kebahagiaan dan senyuman anak-anak bukan ada jual kat pasar ikan...yer dak...?

Jadinya...satu hari ni anak,ayah dan mommy jadi jakun dengan benda alah ni...tadi nak test power la konon..nak berbloging guna benda alah ni.. saya tak reti nak uplod gambar kat entry nih....sudahnya saya pakai notebook jer update entry nih...Tu la kalau dah jakun memang camtu kan..pastu malas nak belajar....sampai saya nak buat entry pasal rumah ipar saya pun tak dapat sebab gambar-gambar yang saya ambik tadi masuk dalam memory benda alah ni...Kesian la pulak kan kena gelar BENDA ALAH...elok-elok nama cantik SAMSUNG GALAXY TAB 7.0..

Sebelum mengakhiri entry nih...saya nak ucap syukur pada Allah S.W.T kerana memberi rezeki kepada kami...Rasanya tahun ni rezeki kami sangat murah...selepas satu...satu lagi diberiNya...amin Ya Allah...
Pastu terima kasih jugak pada en asben..yang selama ni bekerja keras siang malam..semata-mata untuk membahagiakan dan memberi kesenangan pada isterinya yang cute ini..serta anak-anak yang menjadi perangsang untuk terus memajukan diri...luv u so much abang...B hargai sangat2 pengorbanan abang...


Inilah yang kami harapkan.....






Inilah yang kami mahukan sebagai rakyat Labuan...Bukan sebab nak berbangga jika ia menjadi jambatan terpanjang di Malaysia..Tapi ia adalah satu keperluan dan kesenangan untuk warga Labuan dan Sabah.

Tak perlu lagi kami nak bersusah payah berbaris panjang nak beli tiket feri..Tak perlu lagi ambulans yang bawa pesakit tunggu hingga feri penuh baru nak jalan...

Andaikata ini hanya akan menguntungkan pemaju kecil,itu rasanya tidak benar...Banyak faktor yang dapat dilihat jika jambatan ini dilaksanakan....Bertahun-tahun kami menunggu jawapan.. Dah berapa kali Datuk Seri  Raja Nong Chik datang ke Labuan...Perdana Menteri pun dah datang...Baru-baru ni Timbalan Perdana Menteri pun datang..Boleh tengok sendiri keadaan Labuan ni macam mana...Apakata Datuk Seri melawat setiap rumah di Labuan ni dan tanya.."nak jambatan..?' hampir semua rakyat di Labuan ni nak sangat jambatan tu...Tapi saya kecewa dengan kata-kata Timbalan Perdana Menteri kita yang datang berkunjung ke Labuan baru-baru ni...

DENGAN PENUH KETAWA SAMPAI BERAIR MATA DIA 

KATA MASA PERASMIAN HALAL HUB DI KIAMSAM ,"

 ORANG LABUAN ! JANGAN MIMPI MAU DAPAT

 JAMBATAN KE MENUMBOK SABAH " 

Kalau yer pun tak boleh dapat jambatan tu,jangan la cakap macam tu..kami ni rakyat Labuan sangat berharap..dan selama ni pun kami menyokong kerajaan...kalau dah kena cakap macam tu...tunggu je la PRU 13 nanti...

Harap-harap dengan adanya jambatan ni,Pulau Labuan yang ku kasihi ni akan terus maju...

EL...Jaga Yana..


   

Hujan yang turun bagaikan mutiara....lalalalala....agak-agak kalau la betul mutiara yang gugur....berbesen-besen saya tadah...hahaha....

Hari ni saya cuti...EL sebab nak jaga Yana...Semalam Yana dijangkiti penyakit kaki,mulut dan tangan...
Terkejut la jugak...mula-mula ingatkan chickenpox...Bila dah bawa pegi klinik,doktor sahkan yana kena penyakit tu..Penyakit ni memang selalu terkena pada budak-budak yang berumur 10tahun kebawah....
 
Sedikit info tentang penyakit ni....

Pengenalan
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10
tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil
membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam
dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh
dalam masa 5-7 hari.
HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke
individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam
dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti,
tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.
HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia
merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau
tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak
ke kanak-kanak lain.
Tanda dan Gejala
Ciri-ciri klinikal termasuk:
• Demam
• Sakit Tekak
• Ulser pada tekak, mulut dan lidah
• Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 - 7 mm) pada tangan, kaki dan kawasan
diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara
ciri-ciri kemunculannya
• Sakit kepala
• Hilang selera makan
Komplikasi
• Biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan
sistem saraf dan jantung
Rawatan
Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya
lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat. Tiada rawatan
khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala. Rawatan
menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh
digunakan bagi merawat demam.
Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam
disebabkan virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam)
boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya
kerana tertelan air garam boleh menyakitkan.
Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga
Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak
mereka mendapat tanda-tanda HFMD. Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan
tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. Jika mereka tidak mahu
minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera
membawa anak mereka ke hospital. Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala
seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut
anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.
Pencegahan
Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan
supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan
supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.
• Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun
sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan
mencuci najis.
• Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
• Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta
mainan.
• Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum
menguruskan anak atau bayi mereka.
• Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
• Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah,
pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka
mempunyai tanda-tanda jangkitan.

Sumber dari : Google

Syukur alhamdulillah sebab yana tak demam dan tak meragam..Cuma bintik-bintik tu je masih ada...Saya mengharap jugak penyakit ni tak berjangkit pada adik Ira...setakat hari ni adik Ira takde pulak tanda-tanda tu..Semoga Yana cepat sembuh sebab risau jugak kalau merebak kat orang lain...