Anak Kampung - Jimmy Palikat (Versi 2011 With Lirik)

Assalamualaikum...


Ari ni memang bosan...jadi bosan2 ni

saya layan je lagu ni...maklum la ari ni pun masih cuti Pesta Keamatan...

Korang pun layannnnnn la jugak..





Suami ku nak berteman.....

Assalamualaikum.....

Sebenarnya jarang saya blogging malam...tapi malam ni lain sikit...
sebabnya saya berblogging di ofis tempat suami saya bekerja...
Hai...la abang..orang semua cuti..balik kampung...abang plak kene kerja...
Tapi takpe abang...B suke sbb abang akan dapat triple....muahahaha..
bekerja di hari cuti umum....saye suke..saye suke...
oh..ya..kenapa saya berada di opis suami...?
sebab tadi saya dan family mentua dinner kat luar...
dan suami saya pun ikut sekali...pastu katanya dia mintak teman kat opis...
saya tanya..."boleh ker.."
sepatutnya tadi suami saya nak balik awal...
tapi HQ dr Semenanjung call...ada barang nak loading...
kata suami saya...barang kalau nak loading,tak kira ari cuti atau tidak...
jadi terpaksa la suami saya OT lagi...ni dah pukul 9 mlm...
ntah pukul berapa la nak siap...
Yana pun dah boring tunggu ayah...si kecik saya terpaksa
saya suruh mentua saya bawak balik..sebab tadi dah meragam nak susu dan tido...
ermmm..takpe abang..demi mu ku sanggup tunggu....muahahaha...
yang penting esok saya nak belajar bawak kereta...
hehehe..walaupun saya dah ada lesen tapi saya nak biasakan bawak kereta manual...
ok la....setakat ni jerk....sok2 sambung lagik...
daaa.....

Cuti tapi BOSANNNNN......

Assalamualaikum.....

Hari ni Labuan cuti sempena Pesta Keamatan...esok pun cuti jugak....
Tapi cuti2 ni bosan la pulak.....sebab takde pegi mana-mana...
Tambah pulak asben keje ari ni....wahhhh..triple la yer cik abang oiiii....
Pape pun selamat bercuti pada yang tengah SYOKKKKK bercuti...
Pada yang bekerja selamat menjalankan tugas.....

Abg Ben punya pasal....

Assalamualaikum...

1st of all nak ucapkan Selamat Menyambut Pesta Keamatan untuk warga Sabah dan Labuan...

Haaaa....yg ni saya nak citer sikit...Ini semua kerana saya ikut segmen 
maka dalam beberapa jam saja follower saya telah meningkat...
walaupun tak ramai tapi saya puas ati sebab ada jugak yg sudi 
nak terjah blog saya yang tak seberapa nih...
Terima kasih kepada yang dah menjadi rakan baru saya...
lepas ni saya akan melancong ke tempat anda semua yer...tunggu kedatangan saya...

P/s: bentang karpet merah boleh...? muahahahaha

BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER

Assalamualaikum...


berita baik untuk korang yang ada follower dibawah 500....
muahahaha..macam saya ni jangankan 500...50 pun belum sampai...
Pape hal korang boleh jenguk kat SINI kalau nak join...

Nak join ? Jom... mudah jer ..buatkan satu entri ..

1. letak header ben ashaari blog
2. Tajuk : BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER ..dan linkkan ke entri ni ..
3. Tinggalkan url korang di ruangan entri ni .. tu jer.. senang je kan ?

Header Baru Ciptaan Sendiri....

Assalamualaikum....

Saya memang tak reti nak buat header..
tapi dok belek-belek photobucket pastu photoscape...
setengah hari jugak la saya nak menyiapkan...
belum tolak waktu makan dan rehat sekejap...mencari ilham...
akhirnya....inilah yang terhasil.....simple jer....
*

*

*

*
 tadaaaa....cantik tak...? kalau cantik puji la sikit...muahahaha....
tak cantik,dok diam-diam....

Who or What is HANA TAJIMA...?

Assalamualaikum....

Ya Allah Ya Tuhan...selama ni saya ingat Hana Tajima ni nama
untuk shawl yg tengah pemes skrg ni..Rupanya nama orang....
Pagi tadi saya dok belek youtube..tengok cara nak pakai shawl...
belek punya belek pastu siasat sikit...Rupanya nama orang yang buat tutor HANA TAJIMA....
Hana Tajima ni atau nama sebenar dia Hana Tajima-Simpson
seorang designer dan pengasas MAYSAA LONDON...
Dia ni campuran Jepun(sebelah bapa)dan Inggeris (sebelah ibu)...
dah 6tahun die memeluk agama Islam..
Syukur Alhamdulillah...
Soooooooooo Sweeeetttttt saya tengok die nih...stylo plak tuh....
cantik memang cantik....
*

*

*

*




jom kumpul duit rayaaaa....

Assalamualaikum...

Hai korang nak duit raya tak...?
Apakata korang join kat SINI
Memang best...tunggu apa lagi...
dah join...ajak kawan2 korang sekali...





Mood Cutiiiiiiiii...Hoooyyeeaaayyyy....

Assalamualaikum.....

Hari ni dah hari Rabu....pastu Khamis...dah tu Jumaat...pastu.....CUTIIIII.....
Untuk warga Sabah dan Labuan memang best sebab cuti panjang hingga hari Selasa...
macam biasa setiap tahun 30 dan 31 Mei Sabah dan Labuan akan menyambut Pesta Keamatan
atau Pesta Menuai..Pesta ini diraikan oleh kaum Kadazan Dusun yang merupakan kaum terbesar 
di negeri Sabah....Kalau dah namanya Pesta Keamatan mesti ada Unduk Ngadau...
Unduk Ngadau ni kira pertandingan ratu cantik la untuk kaum Kadazan Dusun...
Amoi2 kadazan ni memang cantik2...kalah kita orang melayu..hehehe...


Dah cuti pesta Menuai,sambung plak cuti Hari Gawai...Hari Gawai ni lebih kurang jer perayaannya
dengan Pesta Keamatan...Kesyukuran selepas menuai padi dan biasanya diadakan selepas selesai menuai padi...Hari Gawai biasanya disambut pada 1 Jun...
Ermm...mana2 orang Sarawak yang kerja di Labuan atau Sabah,panjang la cuti dorang...
heheheh memang best....
Apa2 pun selamat bercuti..dan yang balik kampung tu berhati2 di jalan raya yer...
Semoga selamat pergi dan selamat sampai di destinasi masing-masing....


Terima Kasih Semua....Korang memang AWESOME....

Assalamualaikum....

Gara-gara Abg Ben buat SEGMEN KREATIF BEN ASHAARI,
sikit sebanyak ada gak mengenali dan menerjah ke blog saya...
huahuahua..terima kasih bebanyak....

Terima kasih gak untuk blogger yang menggunakan nama saya ZALETA
sebagai watak utama atau tambahan dalam cerita korang...
Cerita korang memang kreatif dan terbaikkkkkk....
Mereka adalah...:-
2. Abg Jay

SEGMEN BLOGLIST ABGTEROR | TANAH TUMPAH DARAHKU

Assalamualaikum.....


say nak join ni....korang nak ker...kalau nak korang klik SINI
Pastu korang jawab soalan-soalan kat bawah ni...

SOALAN

1. Dimana anda dilahirkan?
W.P.Labuan
2. Dimana anda dibesarkan?
Selangor dan W.P.Labuan
3. Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror.
W.P.Labuan
4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut.
1. Ramai rakyat Malaysia tak tau kat mana Labuan sedangkan dah 27thn jd WILAYAH
2.Sebab ni tempat lahir saya.
3.Pulau bebas cukai....:)

Pastu korang masukkan url ENTRY korang di ruangan komen untuk pengesahan penyertaan

Sedap takkkkk....?


Assalamualaikum...


DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe


nak share ngan korang semua....
macam saya ni duk Labuan,SR ni takde...jadi memang susah la nak dapat makan...
Nak pegi Kota KInabalu pun jauh la sangat...


kata Malaysia ni negara islam,tapi makanan kenapa boleh tercampur ngan
benda2 haram ni...
Dorang guna dua benda ni dalam campuran tu...
Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’
Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut. 
Pasni saya rasa baik makan ubi kayu jer....kat belakang rumah agak2 ada
tanah luas korang tanam la apa2 ehh...selamat sikit nak makan....
pape hal korang boleh pegi kat  SINI untuk senarai kek yang mengandungi
bahan terlarang tu....
Pastu kat SINI untuk cawangan2 SR...kot2 korang penah pegi....


SEGMEN KREATIF BEN ASHAARI KEMBALI

Assalamualaikum....

Korang nak join tak...?

Cara nak join ...
  1. Buat satu entri.. letak header ben ashaari blog ..
  2. Tajuk SEGMEN KREATIF BEN ASHAARI KEMBALI dan linkkan ke entri  kat SINI ...
  3. Tinggalkan url entri korang beserta NAMA PENA BLOGGER korang di ruangan entri ini .. tu jer .. hehehe ..


terima kasih ... TUTUP JAM 2 PETANG ..
CEPAT...CEPAT...

Apam Polkadot yg tak jadi polkadot.....

Assalamualaikum...

Selamat hari Isnin....Hari malas untuk semua orang..tul tak...? hehehe
Malam tadi saya terajin la sangat...sebenarnya dah lama nak cuba buat...
malam tadi baru berkesempatan....
*

*

*
 tadaaaa...apam ku yg comel lagi gebu...hahaha..
tapi corak serabut sbb polkadot tak jadik....

nak resipinya...? jap ehhh...
*

*


Resipi ni dapat dr kawan FB..Kak Yuslinda....
nanti korang cuba la....

Pemergian.....

Assalamualaikum....

Semalam 21 Mei 2011 kita semua dikejutkan dengan berita yang menyayat hati...
Tragedi tanah runtuh berulang lagi...Kali ni di Hulu Langat ,Selangor...
Melibatkan anak-anak yatim dari Madrasah At-Taqwa

Sumber: Berita Harian 22 Mei 2011

Hujan lebat jejas operasi menyelamat mangsa tertimbus tanah runtuh
KUALA LUMPUR: Sepuluh penghuni rumah anak yatim maut dan tujuh lagi masih terperangkap dalam kejadian tanah runtuh membabitkan kediaman Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat, dekat sini, petang semalam. 
Kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu membabitkan 25 penghuni pusat berkenaan dan sehingga jam 11.00 malam tadi, sembilan disahkan selamat.Hujan lebat yang turun sejak jam 5.30 petang menyukarkan operasi mencari dan menyelamat untuk membawa keluar baki sembilan penghuni termasuk seorang kakitangan pusat itu yang belum ditemui dan dipercayai berada di bawah timbunan runtuhan tanah serta bangunan dewan serba guna.
Penduduk dan pasukan mencari dan menyelamat menemui mangsa pertama yang hidup jam 3 petang. Dalam tempoh sejam selepas itu, mereka menemui tiga lagi mangsa terselamat. 
Mayat mangsa pertama ditemui jam 4.25 petang diikuti mangsa kedua jam 5.06 petang dan mayat ketiga jam 6.27 petang. Empat lagi mangsa hidup berjaya dikeluarkan termasuk yang ke sebelas pada jam 7.40 malam tadi. 
Semua mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Hospital Kajang dan Hospital Ampang. 
Dua daripada mangsa yang terbunuh adalah pasangan adik beradik Mohd Zaim Azahari, 14, dan Mohd Azed Azahari, 10, 
Seramai 500 anggota penyelamat terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, Polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), St John Ambulans, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) meneruskan operasi dalam keadaan cuaca gelap dan hujan lebat. 
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang turut berada di tempat kejadian mengakui gerakan mencari sukar disebabkan hujan lebat serta masih berlaku pergerakan tanah yang berkemungkinan menyebabkan kawasan itu runtuh sekali gus membahayakan anggota penyelamat. 
Kejadian itu berlaku ketika sekumpulan hampir 30 penghuni bersama guru berada di sebuah dewan serba guna berhampiran blok penginapan mereka untuk menjalani latihan penuh persembahan nasyid sempena satu majlis serahan bantuan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang dijadualkan jam 5 petang semalam.
Kediaman itu menempatkan tiga blok bangunan termasuk penginapan tiga tingkat, surau dan dewan serba guna yang dijadikan tempat kuliah serta dewan makan. 
Akibat kejadian itu, sebahagian bangunan pertama blok hadapan musnah teruk dan runtuh di bahagian kanan manakala satu lagi bangunan tidak terjejas.
Beberapa penduduk di situ mendakwa mereka mendengar bunyi dentuman dan runtuhan sebelum bergegas ke tempat kejadian untuk membantu mangsa. 
Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menggunakan khidmat helikopter unit udara PDRM bagi membantu mengesan mangsa serta meninjau keseluruhan kawasan kejadian.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Habsah, berkata kawasan di sekitar Batu 14 itu dikelilingi bukit serta mempunyai banyak anak sungai yang menyebabkan mudah berlaku runtuhan atau pergerakan bawah tanah.
Katanya, kawasan kejadian terletak di antara Sungai Gahal dan Sungai Congkak yang dikatakan antara punca pergerakan tanah mendap secara perlahan sebelum runtuh petang semalam. 
“Kawasan ini memang menjadi kawasan tadahan air bawah tanah. Jika hujan lebat lebih 30 minit, pasti akan berlaku banjir kilat kerana tanah di situ sudah banyak air,” katanya. 

Pada masa yang sama,industri hiburan kita juga telah kehilangan seorang lagi seniwati vateran iaitu
Mahyon Ismail,ibu kepada pelakon Faizal Hussien.

Marilah sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah untuk mereka yang telah pergi...Semoga roh mereka  
ditempatkan bersama orang-orang yang beriman....Amin.....

B'Day Babah Sanusi

Assalamualaikum....

Malam tadi saya pegi rumah bapa kawan saya Sarinah...Uncle Sanusi a.k.a Babah
menyambut ulangtahun kelahiran dan doa selamat untuk rumah baru babah...
Happy birthday untuk Babah...Semoga Babah panjang umur,dimurahkan rezeki dan 
sihat selalu....
*

*

*

*

*






 mak dara & anak dara...

T-shirt untuk Blogger

Assalamualaikum....

Kepada blogger2 diluar sana....
korang tak teringin ke nak miliki T-shirt
yang dibuat khas untuk korang....


cantik kan...?
baik korang cepat....
papehal korang gi kat SINI
murah weiii.....

Test JPJ Part II

Assalamualaikum....

Hoooyeaayyy...hoooyyeeaaayyy....
Rasa nak lompat dan peluk jer Tuan Joe tadi...
sebab dah MELULUSKAN test driving tadi...
huahuahuahua....
Walaupun masa kat track terutama kat bukit tu kaki
saya ketar2 weiii.....tapi lulus la jugak...
Pasni boleh la lumba kereta siap drift lagik...hahahah


dalam litar...


jalan raya....

tengah tunggu ni siap....

Blog Review oleh seseorang....?

Assalamualaikum....

Hahahaha...diriview oleh seseorang...? sape..?
abg stalker la....saya memang sengaja dan suke blog saya ni direview....
huh gedik sungguh bunyinya....
terima kasih yer sebab sudi review blog nih walaupun tak seberapa...
dan terima kasih jugak sebab memberi komen2 tentang blog ni...
saya terima dengan hati terbuka...
 PEACE!!!






Selamat berhujung minggu

Assalamualaikum...

Hari ni hari Sabtu....
macam biasa la cik asben keje...(sebenarnya isnin-jumaat jer)
tapi nak cari duit lebih...OT la...kadang2 sampai malam...
Esok hari minggu tak tau la asben keje ke tak...
dalam sebulan ni asben selalu OT sampai malam...
pastu hari sabtu ahad pun kadang-kadang kene suruh turun keje jugak...
begini la kalau orang keje ngan Oil & Gas Company...
Esok pagi saya ada latihan memandu...kalau cik asben ada kat rumah senang sikit...
boleh tolong tengokkan anak2...
sbb mak mentua saya sure pegi lawat adik ipar saya kat asrama...
malam tadi asben ada bagitau,katanya nak ambik cuti hari isnin,sebab selasa kan cuti hari wesak..
saya kata elok la tu sebab hari isnin saya ada test JPJ...
lagipun asben dah dekat setahun belum cuti lagi...asik keje jer...
kadang2 saya bosan jugak..tapi bila pikirkan yang die cari rezeki saya
sabar je la...tabahkan hati...
nanti yang senang dikemudian hari sapa...?
kami jugak kan...
ermmm....papepun pada korang....
selamat bersuka ria dihujung minggu....


i luv abg stalker....

Assalamualaikum....

Hahahaha....terkezut ngan tajuk entry diatas...?
takde maknanya....
ni abg stalker punya pasal....?saje nak cari publisiti murah....muahahahaha
jangan marah yer abg stalker...kang lari plak akak stalker...
jgn gosip dah le....

2 sbb nape blog saya ni nak direview...:-

1. nak jugak disayangi cam abg stalker...mana leh abg stalker jer...(kes jeles ke ape nih..)
huahuahua.....

2.sebab nak blog saya ni dikenali (walaupun blog ni cam rojak) pastu lau ada sape2 nak beri tunjuk ajar,ker,kritikan membina ker....maklum la saya budak baru belajar(wlupun sebenarnya dah jd mak budak)...huahuahua...

dah tu jek la....nak tulis banyak2 kene reject plak.....

korang nak kene skodeng gak ker...
klik SINI

Yang selalu terjadi....

Assalamualaikum....

CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.


KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini… mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :

(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa… nak buat
macam mana?


tetapi yg seharusnya ialah…

C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman

S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa

H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

dialog ringkas:

Ani : "Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau Muda?"
Ena : "Surat warna Hijau Muda itu bererti "Aku Cinta Padamu"
Ani : "Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?"
Ena : "itu melambangkan Suasana Pilu"
Ani : "Kalau kertasnya berwarna Merah?"
Ena : "Asmara Yang Membara"
Ani : "Kalau kertasnya warna Putih?"
Ena: "Suci, Bersih dan Jujur "
Ani : "Kalau kertasnya Kuning?"
Ena: "Melambangkan Hati Yang Gersang"
Ani : "Kalau Merah Jambu?"
Ena: "Sedang Jatuh Cinta"
Ani : "Kalau kelabu?"
Ena : "Melambangkan Hati Yang Sedang sedih"
Ani : "Kalau kertasnya Hitam?"
Ena : "Itu namanya kertas karbon.. bodoh!

Cara Memenangi Hati Mertua....

Assalamualaikum....

Sebaik sahaja selesai diijab kabul, secara rasmi kita menjadi miliknya.Kalau dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai isterinya yang sah.Namun kita sebenarnya bukanlah hanya berkahwin dengan dirinya, bahkan juga seluruh anggota keluarganya."

Bagi yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin, tentu tidak menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang mata dengan keluarga mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi bila memikirkan
cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua.

Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri dengan beberapa tips yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya bukan hanya bermula selepas sah bergelar isteri, seeloknya sedari awal pertunangan lagi. Kalau kena gaya dan caranya, tidak mustahil anda akan jadi menantu kesayangan.

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat
dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang 'mulut lepas', anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan
secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar.

Credit to : Ukiran Cinta

Summer Time...


Assalamualaikum....


Musim panas datang lagi.....esehh.....korang kepanasan ker....
Jangan merungut ok....Kang Allah bagi hujan,banjir korang marah plak....
dah jadi lumrah la...mesti ada panas,pastu hujan,pastu turun salji plak...
agak2 kalau Malaysia ni turun salji camne la yer...hehehehe

Papepun ni saya nak share sikit...
tips menghadapi musim panas...

1. korang rajin-rajinkan lah diri tu bawak air masak, lagi besar bekas lagi bagus,kalau rasa nak bawak tong pun ...takde hal punyooo...

2. untuk wanita atau perasan diri tu puteri lilin. bawak la payung untuk mengelak dapat cahaya matahari terus ke kulit, cahaya UV boleh menyebabkan dapat cancer, dah la korang pakai mekap tebal-tebal...

3. kalau jemur baju, terbalikkan lah baju korang tue, nanti fiber kat baju tue pun cepat rosak, lagi-lagi untuk seluar jeans...pastu takyah la jemur lama sgt sampai ke petang..agak2 tengahari bleh la angkat...sampai petang kang dah mcm biskut plak..kerasss..hehehe...

4. pakai pakaian yang mudah serap peluh, yang terbaik baju cotton la, kang korang gak yang rimas dan tak selesa kan...


5. yang ada anak, jangan biarkan anak korang main tengah hari buta, kang demam tak pasal-pasal korang juga yang susah,..



6. jaga kesihatan korang, agak-agak rasa nak demam, cepat-cepat makan ubat ok...


7. jangan terlalu bergantung pada aircond, kalau boleh guna kipas je lah...aircond sejuk..pastu bila keluar rumah terus panas terik...silap-silap boleh pitam....

8. Patu.. PASTIKAN ok..PASTIKAN korang sentiasa mandi, hapak wooo, peluh-peluh lepas tu tak nak mandi...pergi mana-mana yang ada aircond, pergghhh....boleh mati,pengsan lak orang sekeliling nanti...

Apa2 pun..selamat menjalankan aktiviti korang dengan sabar...
Tak lama musim panas...agak2 lepas raya...abis la...
erkkk...maknanya bulan puasa dalam musim panas.....
lagi PANASSSSSS la jawabnya....
SABAR YER......

Petua - petua menghadapi pertengkaran

Assalamualaikum....


Perkahwinan dan pertengkaran adalah satu perkara yang biasa di alam rumahtangga. Tiada orang yang tak pernah bertengkar seumur hidup. Jarang kita temui sesebuah rumahtangga yang tak pernah bertengkar walaupun sekali semenjak pasangan hidup bersama kerana hidup yang tiada pertengkaran adalah hidup yang sendirian. Oleh itu, di antara petua-petua yang boleh diambil ketika menghadapi pertengkaran adalah seperti berikut :

1. Seandainya terjadi pertengkaran, maka janganlah mencari kelemahan pasangan kita. Adalah tidak wajar sekiranya pertengkaran tersebut hanya ingin mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk menyelesaikan masalah secara bersama.

2. Jika pertengkaran itu menyentuh tentang satu topik, maka janganlah masalah-masalah lain juga dimasukkan sama, kerana ianya secara tidak langsung akan menjadikan suatu pertengkaran tadi menjadi lebih besar yang boleh membawa bencana ke atas rumahtangga.

3. Pasangan suami isteri dinasihatkan agar membatasi kekasaran jika berlaku pertengkaran. Jangan sesekali bertindak di luar kawalan umpamanya menggunakan fizikal seperti memukul, melemparkan barang dan sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah, malah akan menimbulkan masalah yang lebih besar.

4. Di dalam pertengkaran, gunakan bahasa yang sesuai agar pasangan tidak tertekan. Kata-kata yang menyakitkan hatinya seperti:-
"Ini semua salah kau bodoh...!", "Engkau bodoh...!", "Engkau selalu melakukan kesalahan...!" dan sebagainya. Sebaliknya gunakanlah perkataan yang lembut seperti, "Hati saya terluka kerana perbuatan awak...", "Awak tak sedar, betapa hancurnya hati saya..." dan lain-lain.

5. Sejurus selepas bertengkar, jangan biasakan diri dengan suka menyendiri, kemudian menjauhkan diri dari pasangan hidup. Jangan memisahkan diri kerana ia tiada nilainya sama sekali dalam perkahwinan. Bahkan ia merugikan hubungan suami isteri.

6. Jangan cuba menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran kerana cara ini akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih hebat.

7. Jangan membiarkan pihak ketiga ikut serta dalam pertengkaran keluarga. Kehadiran pihak ketiga misalnya mertua, ipar, adik beradik hanya akan menambahkan kecurigaan dan mungkin menambah menyala api pertengkaran. selesaikan secara baik antara suami isteri.

8. Elakkan dari bertengkar di hadapan anak-anak kerana ini akan menjadikan anak-anak bingung dan mengalami tekanan perasaan. Jika ini berlaku, secara tidak langsung akan wujud banyak lagi masalah lain.

Test JPJ..? ngeeee....

Assalamualaikum.....


Ngeeeee....Isnin depan 16hb Mei test JPJ...
mampuihhh...
Harap-harap jangan la fail.....
Bab mengulang tu yang malas....
kalau mengulang FREE takpe...ni nak bayar lagi...
dah tu tak alang-alang bayarannya....
haduiii..cekik darah betul la...
Abang2 JPJ...Isnin depan jangan bagi saya gabra yer....
Walaupun lambat lagi tapi...
jantung ni rasa nak gugur dah....
ketar2 kaki ni kang nak tekan clucth.......
Ya Allah....Kau tenangkan la hatiku nanti...
Jangan la bagi Aku gabra.....
Kawan2....doakan la saya yer...huhuhuhu...

SELAMAT HARI IBU


Assalamualaikum....



Orang kata aku lahir dari perut mak.. 
(bukan org kata...memang betul) 


Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak 
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak 
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak 
Bila bangun tidur, aku cari.... mak 
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak 
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak 
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak 
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak 
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak 
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak 
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak 
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak 
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak 
Aku selalu teringatkan .... mak 
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak 
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak 
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak 
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! " 
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak 
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak 
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak 
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak 
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak 
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak 
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak 
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak 
Yang selalu berleter kat aku... mak 
Yang selalu puji aku.... mak 
Yang selalu nasihat aku.... mak 
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak 
Aku ada pasangan hidup sendiri.... 
Bila seronok, aku cari....pasanganku 
Bila sedih, aku cari.... mak 
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku 
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak 
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku 
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku 
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku 
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak 
Selalu.. aku ingat pasanganku 
Selalu.. mak ingat kat aku 
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku 
Entah bila... aku nak talipon mak 
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku 
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak 

Renungkan: 
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? 
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". 
Berderai air mata jika kita mendengarnya........ 



Tapi kalau mak sudah tiada..... ..... 
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT.... 



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... 
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..... 
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya..... 
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... 
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... 
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..... 
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya...... 
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu: 



1) Tolong pergi kedai : RM4.00 
2) Tolong jaga adik : RM4.00 
3) Tolong buang sampah : RM1.00 
4) Tolong kemas bilik : RM2.00 
5) Tolong siram bunga : RM3.00 
6) Tolong sapu sampah : RM3.00 
Jumlah : RM17.00 



Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. 
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA 
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA 
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA 
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA 
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA 
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA 



Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, 
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Korang semua pernah tak merasa  atau mengalami apa yang tersenarai diatas....?
korang sangat bertuah jika ada....kerana saya tidak bertuah macam korang...
walau apa pun saya tetap sayangkan mama saya...
kini saya telah berkahwin dan mempunyai ibu mertua...
saya juga sayangkan ibu mertua saya seperti say sayangkan mama saya...
saya cemburu melihat ipar-ipar saya yang punyai ibu penyayang
seperti ibu mertua saya....
saya juga telah menjadi seorang ibu kepada dua puteri...
saya harap dan berdoa,saya akan menjadi ibu yang baik...
dan saya tak mahu anak2 saya merasa apa yang pernah saya rasa...

SELAMAT HARI IBU
kepada semua ibu-ibu seluruh dunia....