Layakkah di gelar "ANAK"...?

Assalamualaikum....


Ayah atau ibu...mereka tetap orang yang patut kita hormati...kita sayangi...Seburuk mana pun sikapnya...sejahat mana pun mereka,mereka tetap ayah dan ibu kita...jadi kenapa dilakukan sebegini...? Keratan berita dibawah ni,ingin saya kongsikan kepada semua...kerana kejadian ini memang benar-benar berlaku pada hari Selasa lepas...Sama-samalah kita mengambil iktibar...

Anak tinggalkan ayah di masjid

7th September, 2011
LABUAN: Seorang lelaki warga emas rakyat tempatan yang dipercayai ditinggalkan oleh anaknya ditemui di perkarangan Masjid Negeri An Nur Wilayah Persekutuan Labuan, petang Selasa.
Menurut mangsa Wahid Hussin, 71, beliau yang sebelum ini ditahan di Hospital Kuala Penyu kerana mengidap sakit lelah telah pergi ke Labuan dua hari lalu selepas doktor mengesahkan beliau sihat dan dibenarkan keluar dari wad.
Beliau yang tidak ditemani oleh sesiapa telah mengambil keputusan untuk terus pergi ke Labuan untuk menemui salah seorang anaknya, malangnya selepas beberapa jam berada di rumah anaknya, beliau telah diarah mengikuti salah sebuah kereta yang kemudiannya pemandu kereta berkenaan menurunkan mangsa di kawasan masjid An Nur.
“Kamu tunggu saja di sini… nanti ada orang akan ambil kamu,” kata pemandu kereta berkenaan sebelum meninggalkan pergi.
“Bagaimanapun selepas lama menunggu tiada seorang pun datang mengambil saya,” ceritanya sambil mengalirkan air mata kerana tidak dapat menahan sebak atas perbuatan anaknya yang sanggup melakukan beliau sedemikian rupa.
Dalam pada itu, beliau turut mendakwa anaknya itu bukan saja sanggup meninggalkan beliau, tetapi juga turut mengambil wang saku hasil sumbangan orang ramai semasa beliau berada di hospital Kuala Penyu.
Terdahulu sebelum itu, dua pekerja awam Masjid An Nur menemui mangsa dalam keadaan lemah di tepi kawasan pokok bunga berhampiran masjid berkenaan.
Melihat keadaan mangsa yang lemah kedua-dua pekerja itu membawa mangsa masuk ke dalam perkarangan masjid untuk diberi bantuan sebelum diserahkan kepada pihak pengurusan masjid untuk tindakan selanjutnya.
Dalam pada itu, pihak pengurusan Masjid An Nur menemui sekeping kertas yang bertulis tiga nama berserta nombor telefon masing-masing tercatit nama Nilam (anak), Sanip (anak) dan Alias (adik) yang disimpan dalam beg pakaian mangsa.
Berdasarkan kepada maklumat itu, pihak pengurusan telah menghubungi penama berkenaan dan berjaya menghubungi salah seorang daripada mereka yang bernama Alias. Manakala dua lagi yang dipercayai anak mangsa gagal dihubungi.
Semasa berada di masjid Ann Nur, Alias mengakui mangsa adalah abangnya tetapi berlainan ibu yang sering menjadi mangsa anak-anaknya.
Alias turut mendakwa abangnya yang mempunyai tujuh anak itu tidak pernah untuk mengambil berat mengenai masalah bapanya. Lebih menyedihkan lagi abangnya yang sering merindukan kasih sayang anaknya itu sudah tidak mempunyai isteri kerana meninggal dunia sejak 12 tahun lalu.
Ketika ditanya satu soalan, Alias menjelaskan beliau bersama seorang lagi kakaknya pernah menjaga abangnya itu (Wahid) tetapi dimarahi oleh anak-anak Wahid supaya tidak mencampuri urusan mereka.
Berikutan kejadian itu, Alias telah mengambil keputusan menyerahkan kes abangnya itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, selain membuat laporan polis berhubung tindakan anak-anak Wahid yang enggan menjaga bapanya.
Sementara itu, Pegawai Unit Warga Emas Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Labuan, Jamil Jemon yang turut berada di Masjid Jamik An-Nur pagi kelmarin berkata, pihaknya yang menerima laporan mengenai kejadian itu akan mendapatkan perintah mahkamah supaya kes Wahid dapat ditempatkan di rumah warga emas di Sri Kenangan Seremban Negeri Sembilan atau di Rumah Orang Tua Papar Sabah bagi mendapatkan kehidupan yang lebih sempurna mengikut Akta Orang Papa 1977.
Jamil berkata, buat sementara ini warga emas itu akan ditempatkan di rumah perlindungan sementara JKM Labuan.


Mulanya saya terbaca difacebook..dan saya ingin berkongsi pendapat ustaz Sharizal ini dengan semua....baca dan fahamkan...baru kita nilaikan...




  • Sharizal Saffian Dizaman saidina omar ..ada bapa mengadu pada Omar tentang derhakanya anaknya padanya..setelah diselidiki Omar memutuskan Bahawa ayah itulah yg "DERHAKA" pada anaknya..pelik Ada ibubapa yg derhaka pada anak2nya.... Kita sering menuding jari pada Anak..Pernah kah kita Tanya..mengapa Anak buat begitu pada ibubapanya..dan mengapa kisah yg berlaku pada zaman syaidina Omar tidak kita teliti....hanya sekadar perkongsian ilmu..utk kita lebih melihat hikmah,tidak hanya berhukum :-)
    19 jam yang lalu ·  ·  9 orang
  • Azhar Othman Ini lah ceritanya... http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/52027
    19 jam yang lalu · 
  • Sharizal Saffian Ibu bapa ang derhaka bukan sahaja hanya kepada mereka yang mendera anak2 mereka dengan puntung rokok (contohnya) di dunia, tetapi ialah ibu bapa yang membiarkan anak2 mereka di bakar oleh api neraka di akhirat kelak. Anak2 tidak dibekalkan dengan ilmu agama secukup dan sewajarnya.

    Seorang ayah dtg mengadap khalifah Umar al Khatab r.a. mengadu akan anak lelakinya. Maka Umar pun memanggil si anak dan menasihatinya bahawa si anak wajib taat kepada kedua ibu bapanya dan tidak mengabaikan hak2nya. Lalu anak itu menjawab: “ Wahai Amirul Mukminin, bukankah seorang anak juga mempunyai hak terhadap orang tuanya?”

    “ Sudah tentu,” jawab Umar r.a.

    “Apakah hak tersebut wahai Amirul Mukminin?”

    “Bahawa bapanya wajib memilih untuknya ibu yang baik, memberikannya nama yang baik juga, serta mengajarkannya al-Quran.”

    “Wahai Amirul Mukminin, bapaku tidak melakukan itu semua. Ibuku seorang majusi (penyembah api), namaku Ju’al (maknanya kotoran kumbang) dan beliau tidak pernah mengajarku walau satu ayat daripada al-Quran.”

    Umar r.a lalu menoleh kepada si bapa dan berkata “Engkau datang kepadaku untuk mengadu ketidaktaatan anakmu, padahal engkau terlebih dahulu gagal melaksanakan tugas2mu kepadanya. Engkau telah melakukan kesalahan kepadanya sebelum dia melakukan kesalahan kepadamu.”

    Adakah kita ini ibu bapa yang derhaka?
    19 jam yang lalu ·  ·  8 orang
  • Sharizal Saffian يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْماً بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
    Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
    Surah Al-Hujuraat, Ayat 6
    19 jam yang lalu ·  ·  11 orang

Tiada ulasan: