* happy Birthday To Me *


Tarikh hari ini sudah menunjukkan angka 09 untuk bulan Ogos ni. Tak sangka pulak ye, pejam celik pejam celik rupanya genaplah sudah 26 tahun aku hidup kat atas muka bumi ciptaan tuhan yang sungguh sempurna ini. Alhamdulillah. So, aku rasa sangat bersyukur kerana aku diberi peluang untuk menikmati segala ciptaannya even masih banyak lagi yang belum aku terokai bak kata iklan yang selalu keluar kat berita TV3 tu yang bunyinya lebih kurang begini “banyak tempat untuk dilawati, banyak lagi untuk diterokai. Pergilah bercuti.” Something lika that la. Hehe..
Tahun ini sama juga macam tahun-tahun yang sudah dimana tiada birthday party yang akan aku buat kerana semua itu bukanlah satu benda wajib buat aku. Cukuplah sekadar aku bersyukur kerana diberi peluang untuk hidup dan merasai kehidupan pada usia 26 tahun. 
Walaupun kini usia aku sudah menjangkau 26 tahun, tapi aku dapat rasakan tiada apa yang istimewa atau dalam bahasa orang putihnya ‘nothing special’ yang aku lakukan sepanjang aku melalui kehidupan 25 tahun lepas sehinggalah pada hari semalam. Langsung tiada yang menarik dan amazing yang boleh aku banggakan apatah lagi buat mereka yang ada di sekeliling aku especially family aku...Cuma 1 je..kini aku punya keluarga sendiri..aku punya suami yang terlalu baik dan yang aku cinta..aku punya 2 permata hati yg sentiasa menghiburkan hatiku yang aku sayang..
Arghh, apasal air mata aku tiba-tiba mengalir ni? Sepatutnya hari ini adalah hari yang patut aku lalui dengan penuh kegembiraan bukannya kesedihan. kan hari ini adalah hari ulangtahun aku. Maaf la semua, ter’emo sket. Apa pun, aku berjanji kat diri aku yang aku akan berusaha untuk membahagiakan insan2 yg aku sayang..dan berharap agar Allah S.W.T memberi kesempatan itu buat aku. Amin.
Kepada kawan-kawan pula, tak kisah la kawan yang memang dah kawan atau kawan yang cuma kenal kat alam maya ni, aku juga nak minta maaf kat korang kerana aku bukanlah manusia yang begitu sempurna untuk terlepas dari tidak melakukan kekhilafan samada ianya secara sengaja ataupun tidak sengaja. aku minta maaf banyak-banyak ok. Biarlah aku melalui usia ku yang ke-26 ini dengan langkah yang sifar dari dosa yang pernah aku lakukan kat kalian. Insya’Allah.
Last but not least, aku nak bagi tahu korang semua yang aku sayang kat korang. Oh ya, ada sesiapa nak bagi special present kat aku? I’m waiting here..

Tiada ulasan: