"KAHWIN BERHUTANG?"


Assalamualaikum...



Kahwin...? Sapa yang taknak kahwin...Tapi bila terpaksa berhutang apa cerita...?
berhutang keliling pinggang hanya untuk berumahtangga semakin menjadi ikutan.Dengan kos persandingan yang tinggi dan hantaran yang kadangkala tak masuk akal membebankan bakal pengantin sehingga ada yang sanggup berhutang.Yang peritnya,anak dah besar panjang,hutang tak selesai lagi...Mana silapnya...

Teringat pulak cerita Bujang Lapok....Bila si isteri minta cerai sebab si suami tak belikan barang kemas...
Lebih kurang begini dialognya...:-

Isteri : Ceraikan aku...ceraikan aku..
Suami : Apa yang kau mengarut..
Isteri : Cuba kau tengok orang sebelah tu...Emasnya..Naaaa...sampai sini...
Suami : Aku tiada wang..
Isteri : Ahhh..kau memang..asal aku minta kau marah..asal aku minta kau marah...
Suami : Dulu masa mau kahwin dengan kau,aku tak ada wang,aku pinjam ceti...Sekarang anak kita sudah 3 orang...hutang ceti pun belum habis aku bayar..bunga makin naik..Ini semua mak bapak kau yang salah...
Minta hantaran sampai 5 ribu...
Isteri : habis...kalau maka bapak aku yang salah,kenapa kau terima...
Suami : Sebab kau sudah berjanji untuk hidup semati dengan aku...itu pasal aku terima...
Kalau aku tau jadi begini..aku pun tak hingin...

Hadoiii...seksa kan..kesian pun ada jugak...
Siapa yang kita nak salahkan...
Tapi banyak faktor yang jadi penyebab orang zaman sekarang berhutang untuk kahwin...
Contoh :-
1. Pendapatan rendah
2.Kos perbelanjaan meningkat / mahal
3.Permintaan melampau-lampau..

Banyak kebaikkan dan keburukkan sebenarnya....Zaman sekarang walaupun cuma buat majlis akad nikah.
4,5 ribu memang tak lari...sebab kos barang-barang sekarang semakin tinggi...
Dinasihatkan pada yang nak kahwin tu kalau boleh elakkan dari berhutang...
Tapi kalau nak tunggu si lelaki kumpul duit.alamatnya jadi andartu la pulak si gadis...Sebab lama sangat nak tunggu duit hantaran tu cukup..Lain la kalau si lelaki ni ada simpan duit dari kecil...:)
Rasanya kalau nak berhutang pun boleh tapi beringatlah nak bayar hutang...
Jangan sampai kena kejar pihak bank pulak nanti...

Pasangan yang ingin berkahwin, sedarlah...
  • Hadis riwayat Ahmad dan al-Hakim, "kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah mudah (rendah) perbelanjaan (mahar)".
  • hantaran kahwin seharusnya adalah pemberian ikhlas pihak lelaki dan bukannya paksaan oleh pihak perempuan
  • janganlah mendekati hutang di awal perkahwinan
  • muafakat antara pasangan sebelum perkahwinan membawa keberkatan yang berterusan dalam perkahwinan
  • jangan gunakan alasan duit tiada untuk tidak berkahwin dan mengambil keputusan untuk terus membujang
  • belajar untuk jadi kreatif dalam menangani bajet yang kecil untuk melangsungkan perkahwinan.
Doa saya semoga anda dan pasangan dapat membina hidup bersama dengan tenang dan tanpa perlu pening memikirkan hutang keliling pinggang. Perkahwinan hanya permulaan kepada lebih banyak keputusan-keputusan penting dalam hidup.



5 ulasan:

not irene berkata...

tapi, ramai perempuan2 kat luar sana tu mengidamkan seperti Seth Tan, walau diri tak secantik Nora Elena...

* Zaleta * berkata...

ngehh....susah la lau camtu

MIMIE AIZA berkata...

nak kawin bukan senng sekarang ni.. kos dia sgt tinggi :)

msredcheesecake berkata...

Kita kena pikir belanja lepas kawen kan?

* Zaleta * berkata...

semua kena pikir....byk tanggungjawab..