Nanny 911

Assalamualaikum...

Anak adalah anugerah Allah yang tak ternilai...Kita sebagai ibu bapa memikul tanggungjawab yang besar untuk mendidik anak...Bagaimanakah cara yang paling bagus untuk mendidik anak...?bagaimana pula untuk menghadapi anak yang nakal...? Pening kepala dibuatnya....

Korang pernah tengok Nanny 911 di NTV7...? Setiap hari Rabu jam 8.30 malam.Program ni memang bagus ditonton untuk kita yang bergelar ibu bapa..Sangat-sangat berguna tips-tips yang ditunjukkan...


Nanny 911 adalah sebuah rancangan realiti mengenai pasukan pengasuh yang membantu keluarga di Amerika Syarikat pengendalian kanak-kanak nakal mereka.
Pada acara itu, pengasuh ini akan mematuhi corak hidup keluarga dan komunikasi pada hari pertama serta menganalisis siapa yang bersalah.
Para pengasuh mempunyai 7 hari untuk:
  • melatih kedua-dua ibu bapa dan anak-anak untuk bekerja sebagai satu pasukan
  • melatih ibu bapa dengan cara yang betul komunikasi ibu bapa dan anak 
  • melatih semua orang menghormati antara satu sama lain.

Antara 3 orang Nanny tu saya paling suka Nanny Deborah...Walaupun dia nampak garang tapi saya suka cara dia berinteraksi dengan budak-budak...Dan bila hari terakhir dia nak tinggalkan family tu mesti dia menangis..saya pun ikut nangis jugak...huuuaaa...

Jangan lupa tengok episod baru hari Rabu ni..saya selalu jugak miss sebab berebut TV dengan anak-anak.Walaupun dah ada 2 TV kat rumah ni tapi masih jugak berebut...hehehe...ye lah..satu tu mentua saya nak tengok berita..yang satu lagi anak plak nak tengok kartun...ke saya kena beli satu lagi Tv...? muahahahaha






Tiada ulasan: