KEK ROLL TAPAK KUDA

Assalamualaikum...

Entry kali ni resipi kek roll..Kek ni memang sedap..
Kek ni kena simpan dalam peti ais..Nak makan baru keluarkan..sedapppp...
Yang buat sedapnya ialah coklatnya...Coklat mahal..sedap la..mahal ker..?
Ni haaa..coklatnya...

*

*

Coklat Nutella wei...ok kat bawah ni bahan2 dan caranya yer...korang cuba la nanti...

(Sumber Resipi : Aini Salim)

Bahan
10 biji kuning telur
5 biji putih telur
225g gula castor
110g tepung gandum atau tepung halus (saya gunakan tpg Hong Kong)
10g susu tepung atau tepung aiskrim vanilla
135ml mentega cair
1 sudu makan rata penstabil (ovalette)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh perasa coklat (saya gunakan chocolate emulco)
1/2 sudu teh serbuk penaik
coklat nutella atau pes kacang hazel

Cara :
1. Satukan telur, gula dan penstabil, lalu pukul perlahan hingga naik dan pekat. Masukkan tepung, susu dan serbuk penaik. Pukul lagi hingga rata.
2. Masukkan mentega cair dan esen vanila, kacau rata.
3. Ambil 5 senduk adunan dan masukkan perasa coklat. Kacau hingga rata. Baki adunan yg plain dimasukkan ke dalam piping bag.
4. Sediakan 2 loyang berukuran 10x10x1 inci, alas dengan kertas dan sapu dengan mentega. Tuang adunan coklat dan ratakan di dalam loyang. Kemudian, picitkan adunan plain dari piping bag- sejalur demi sejalur hingga menutup adunan coklat tadi.(sbb kalau kita tuangkan adunan plain tadi ke atas adunan coklat yg dah rata tu dgn senduk/sudu, tentu ianya tak menjadi rata).
5. Bakar didalam ketuhar bersuhu 180c selama 20-25 minit. Sejukkan seketika.
6. Keluarkan kek dari dalam loyang. Potong tepi keliling kek. Sapu Nutella atau pes kacang hazel di atas lapisan coklat dan lipat dua kek tu. Bungkus dengan kemas dan simpan didalam peti sejuk.





6 ulasan:

So Shy Lady berkata...

pandai eta, org srawak ke? ;)

Eta berkata...

hai lady...tak la..eta orang labuan..tapi ada la belajar sikit dr mak..sbb mak ada belajar buat kek lapis sarawak...kek roll ni baru nak cuba..belum penah buat lagi...

Tanpa Nama berkata...

Hi. Nak tanye. Klau saya tk menggunakan tepung susu atau tepung aiskrim vanilla, boleh tak?

* Rosita * berkata...

Boleh jer..

* Rosita * berkata...

Boleh jer..

Tanpa Nama berkata...

ne sukatan dapat berapa rol kek kak