Jalan-jalan 2008...

Assalamualaikum...

Haa.... gara2 saya bongkar fail nak cari gambar masa tengah mengandung,
akhirnya saya nak buat entry pasal kami sekeluarga jalan-jalan kat Sabah....
Hahaha sebenarnya dah lama dah..peginya tahun 2008 baru sekarang nak citer...dulu saya belum 
jadi blogger lagi...
Ok sambil kita layan gambar sambil saya bercerita yer...

*
*
*
Ni kat atas feri..baru bertolak dari Labuan..pukul 7.30pagi menuju ke Menumbok,Sabah..
Kami bawa 2 kereta...Ni mentua saya..adik ipar yg bongsu dan anak buah...
*
Masih atas feri..Ni Mr.Hubby saya..yang suke sgt nak bgambar...
*
Dah sampai bandar KK..sebelum check -in kami lawat dulu tempat ni...Bukit Bendera namanya
Dari atas ni kami boleh nampak bandaraya KK...
*
Tempat tinggal kami..Mariner Court Apartment..dapat bilik yang menghadap ke laut..
Tengok sunset...cantik...Depan tu ada Anjung Selera...
*
Keesokkan pagi...sebelum bertolak ke Kundasang..
*
Amik gambar dulu...sebelum jalan..
*
Singgah isi minyak dan Mcd..Yang pakai spek tu adik ipar yang bongsu..yg tengah tu anak buah..
yg kuning tu kekasih lama..hahahaha...
*
Dalam perjalanan ke Kundasang,singgah jap kat warung tepi jalan ni..Masa ni kat daerah Tuaran..
Makan Lokan Bakar..sedapppp..minum air kelapa...air kelapa bakar pun ada jugak...
*
Cuba teka kat mana..? kami dah sampai di Kundasang..Oleh sebab tempat penginapan yg dekat ngan Gunung Kinabalu dah penuh,jadi kami stay kat sini je..Fairy Garden Resort dekat2 ngan ladang strawberry...
*
Mr.Hubby lagi...ni beranda dari bilik...(pssstt...asik die je bergambar...)..hahaha
Resort ni takde aircond atau kipas sebab memang dah sejuk kalau waktu malam...macam duduk dalam peti ais...
*
Lepas check in petang tu kami ke Kolam Air Panas Poring terletak di daerah Ranau..
Dorang semua mandi kat dalam kolam,,kami yang tak mandi ni rendam kaki je la..
Kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan.
*
hehehe..Nak tunggu penuh lama sangat..dorang masuk je dalam tu...Sebenarnya ada jugak kolam air sejuk 
tapi masa tu hujan plak...jadi mandi kat sini ..lagipun berbumbung..
*
Kolam yang kat belakang hubby tu punca air panasnya..Dah kena pagar sebab memang panas sangat..
*
Kolam terbuka...mandi ramai2...hahaha sanggup ker..?
Lepas dari Poring kami balik ke resort..malam tu takde apa2 aktiviti..kami semua berehat 
sebab esok paginya kami nak ke kaki Gunung Kinabalu dan terus
balik ke KK....
*
Sebelum balik amik gambar dulu...
*
Kami di kaki gunung..nampak tak kat belakang tu...Puncak Kinabalu..
masa ni kabus memang tebal..sejuk jangan cakap la...mungkin lebih kurang cam kat Genting Highland kot..
*
Tempat ni memang disediakn untuk bergambar ke atau apa saja..berlatar belakangkan Gunung Kinabalu..Lepas dari melawat kaki gunung,kami teruskan perjalanan balik ke Kota Kinabalu..Check in di Mariner Court Apartment..tapi kali ni kami dapa bilik yang menghadap bandar KK pulak...
*
Hari terakhir kami di KK..sebelum balik ke Labuan,kami sarapan dulu dan singgah di Anjung Selera kat Tanjung Aru...Pagi dorang tak buka,kami cuma nak bergambar je berlatar belakangkan Pulau Gaya dan Pulau Manukan...Ehhh kalau tak silap..lupa la...
*
Ni ipar saya...kat belakang tu saya tak ingat pulau apa...Kalau tak silap Pulau Gaya...

Errmmm.. tu la serba sedikit cerita saya...seminggu lepas balik dari KK.saya melahirkan anak pertama...hehehe..anak saya jalan2 dalam perut jer...
InsyaAllah,kalau takde aral melintang hujung tahun ni bapa mertua saya nak bawa jalan2 ke Sabah lagi...
Kali ni mungkin lagi ramai sebab ipar saya yang kat KL tu akan ikut sama...bertambah meriah sebab dengan cucu-cucu...eee...tak sabarnya....

















Tiada ulasan: