HARI IBU VS HARI BAPA

Setiap kali tiba HARI IBU ramai yang memberikan hadiah atau ucapan kepada ibu,mama,mummy,mak,umi atau apa saja panggilan...Ramai yang meraikannya..kadang-kadang cukup meriah...cukup dengan kek dan bunga serta hadiah...
Tapi pernahkah antara kita semua pernah meraikan HARI BAPA..? Seringkali hari bapa dilupakan,diabaikan...Jarang menyambut hari bapa seperti hari ibu...Apakah pengorbanan seorang bapa tidak sama dengan seorang ibu..?
Bapa juga banyak pengorbanannya kepada keluarga..Keluar dari rumah seawal pagi untuk mencari rezeki demi isteri dan anak-anak tersayang...saya akui,ada sesetengah bapa seakan-akan tidak peduli apa yang berlaku dirumah..tapi percayalah..bukannya dia tidak mengambil tahu hal dirumah..apa yang anak-anak buat,anak-anak dah makan atau belum,anak-anak dah buat kerja sekolah atau tidak...Jangan kamu rasakan seorang bapa itu diam,dia tidak memantau keadaan sekeliling...Ibu lah yang akan memberi segala laporan harian kepada bapa..
Bila bercerita tentang bapa,saya amat sedih sekali...kerana saya tak berpeluang bercerita tentang bapa saya...Saya tak tahu tentang bapa saya...Bukan saya tak kenal bapa saya,tapi bapa saya telah berpisah dengan mak saya sejak saya kecil...Pertama kali saya berjumpa bapa saya ketika berumur 13 tahun..Selepas itu hingga sekarang saya tidak lagi pernah berjumpa bapa saya...saya tak tau samada dia masih hidup atau tidak..saya sedih sebab tak berpeluang merasai kasih sayang dari seorang bapa..saya tak tahu bagaimana rasa nikmatnya kasih sayang seorang bapa..
Kini saya telah berkahwin,saya cuma ada bapa mertua..Bapa kandung tak sama dengan bapa mertua kerana salah satunya bukan muhrim...Siapa lah saya yang nak menumpang kasih pada bapa mertua...Kini saya mempunyai dua orang anak..saya harap anak2 saya tidak menerima nasib yang sama seperti saya..saya berharap ayah mereka sentiasa bersama mereka sehingga akhir hayat..Takkan ada ayah yang lain..
Kepada yang masih mempunyai bapa,hargailah bapa anda...tak kisah la samada bapa anda seorang yang baik,tegas,garang,atau apa saja karektor bapa anda,kenangkanlah mereka walau sekejap...Sekurang2nya anda pernah merasai kasih sayang bapa,pernah membesar dengan bapa,hidup bersama bapa atau menjaga bapa...saya tak berpeluang untuk merasai semua itu..saya teringin sangat dan saya rindu sangat untuk mengalai pengalaman itu...
Tapi pada yang sama...hargailah juga kehadiran seorang ibu...Kerana jasa ibu amat besar kepada kita semua..

Ayah Dan Ibu ~ Sudirman

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

2 ulasan:

wahida berkata...

sedih sbb dah lama tak rasa kasih sayang ayah...sob sob...

* Rosita * berkata...

same la saya....