KEK LAPIS CADBURY

Assalamualaikum...

Kali ni resipi Kek Lapis Cadbury..Ada orang panggil Kek Lapis India..
Mana2 pun boleh..rasanya memang sedappppp..
Kat bawah ni bahan2 dan caranya yer...cuba la...


Bahan2

10biji telur gred A
2gelas gula castor
1tin susu pekat cap junjung
16oz Golden Churn Butter
1sudu kecil esen vanilla
3gelas tepong hong kong
1 sudu besar cocoa powder van houten
1sudu brownning
1gelas horlicks
1 sudu besar ovellette
1bungkus candy cadbury

Cara2

Pukul telur berasingan hingga kembang
Pukul Mentega golden churn & gula castor,esen vanilla,ovelette hingga kembang
Masukan susu pekat pukul lagi
Satukan telur + butter tadi.
Masukan tepung hong kong sedikit demi sedikit sehingga habis.

panaskan oven,bahagikan kepada 2 bahagian
Bahagian 1 -Masukan horlicks sedikit demi sedikit kacau sebati

Bahagian 2 - Masukan brownning + cocoa powder

Masukan ke dalam loyang 8x8 bahagian putih dahulu 3sudu besar,bakar api atas sahaja.
selepas itu masukan bahagian cocoa 3sudu besar juga ratakan baru letakan candy cadbury tadi,bakar
selepas itu masukan 3sudu besar lagi bahagian putih.bakar lagi
Buat sampai adunan habis.

*

*

*
Ni lah jadinya...Raya tahun InsyaAllah saya nak buat...


P/S : Resipi dan gambar kredit Kak Tasya dan Kak Dayang

2 ulasan:

♥ Mrs.Eady ♥ berkata...

tak penah masak kek & mmg x reti masak kek!huahaha..

Eta berkata...

tak reti jugak..tp mgkin bakat tu waris dr mak kot hehehe..tak la terer sgt..