Assalamualaikum...
Kali ni nak cerita pasal keterujaan nak pegi KK..Sebenarnya saya dah penah pegi KK..tapi last saya pegi pada tahun 2008..Waktu tu seminggu lagi nak bersalin permata sulung saya..wahhh...bayangkan dengan perut saya yang boroi tuh..dengan susah payahnya saya berjalan..tapi sampai jugak ke kaki Gunung Kinabalu...hehehehe...
Kalau dari Labuan nak pegi KK kita boleh guna perkhidmatan laut atau udara...maknanya naik feri atau naik kapal terbang..tapi sapa2 yg ada kereta sendiri lagi best kalau naik feri..lagi satu boleh tengok pemandangan tempat orang sepanjang perjalanan ke KK...
Kalau nak ke KK melalui jalan laut, salah satunya adalah menggunakan perkhidmatan feri dari terminal Feri Labuan. Feri Wawasan Perdana ini adalah sebuah feri yang besar dan mampu memuatkan sekitar 80 buah kereta untuk setiap perjalanannya. .
Ikut suka la samada nak berada terus di kenderaan masing-masing atau naik ke atas ditempat duduk yang disediakan. Untuk menikmati pemandangan laut yang membiru boleh gak berada di tempat duduk atas sambil menonton filem yang ditayangkan oleh pihak pengurusan untuk menghiburkan penumpang.Kalau nak duduk kat luar,pastikan yg ada anak kecil dijaga sentiasa..takut2 nanti budak2 lari ker apa ker..tau2 dah terjun gi laut..isssyyhhh..naya jer..
Bilik berhawa dingin ini menyediakan lebih 400 tempat duduk bagi kemudahan penumpang. Bilik VIP juga di sediakan bagi penumpang yang inginkan suasana lebih privacy dan tenang sambil menonton TV. Perjalanan Feri Wawasan Perdana ini mengambil masa dalam 2 jam untuk sampai ke Menumbok..
Dah sampai Menumbok,teruskan je la perjalanan ke KK...Perjalanan ke KK mengambil masa dalam 3jam..Untuk yg baru 1st nak gi KK mungkin tak la boring dalam kereta sbb boleh tengok pemandangan yang cantik2...
Bila dah sampai ke KK,boleh pilih mana nak stay..banyak hotel kat sini..tp kalau yg pegi ramai2 rasanya bagus tinggal kat Mariner Court...Harga pun berpatutan dan yg bestnya depan laut...cantik wooo...
Secara ringkasnya antara tempat yang boleh dikunjungi untuk berjalan-jalan dan membeli-belah adalah Centre Point-Pusat Membeli-belah, Wisma Merdeka-Pusat Membeli Belah, 1Borneo-Pusat Membelah-belah, Suria Sabah-Pusat Membeli Belah, Pasar Kraftangan Filipina-Pasar menjual barangan kraftangan, Pasar Malam Sinsuran dan Pasar Malam Kampung Air-Menjual kraftangan dan pakaian, Pasar Malam Filipina-Tempat makan-makan, Muzium Sabah serta pulau-pulau peringanan di Sekitar Bandaraya Kota Kinabalu seperti Pulau Manukan dan Pulau Gaya.
Centre Point
Tamu Jalan Gaya
Antara Barangan yang dijual..
Barangan Kraftangan...
ABC Campur di Pasar Filipina
Ikan bakar,udang dan sebagainya..pergghhhh....
Wisma Merdeka..salah satu tempat shopping gak..
KK Plaza...
1 Borneo the biggest hypermall in east Malaysia
Hehehe...banyak lagi tempat nak tunjuk tapi banyak sangat..kang terlebih cerita tak best plak...kena pegi KK sendiri dan tengok sendiri keadaannya..baru suprise...
1 ulasan:
Huwaaaa.. Tq sb buat entry nie..:)
Catat Ulasan