~ Penghijrahan yang lebih baik ~

Assalamualaikum....
Rasanya dah berbulan saya tak menulis di blog ni...Sibuk ngan FB je..Sibuk ngan anak2 lagi..Lagipun saya takde cerita menarik nak dikongsikan...
Baca tajuk diatas,mesti tertanya2..penghijrahan apa..?..Alhamdulillah..tanggal 1Muharam 1432 yang lalu dengan rasminya saya telah memakai tudung..Memakai hingga ke akhir hayat saya Insyaallah...Alhamdulillah juga ,suami dan ahli keluarga menerima dangan baik..terima kasih kepada suami kerana memberi galakkan..juga kepada sepupu saya kak suzana..Sebenarnya niat dihati dah lama nak pakai tudung cuma baru sekarang nama saya diseru untuk bertudung...Saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah membuka hati saya untuk bertudung diusia yg masih muda..Rasanya belum terlambat untuk saya berubah demi kebaikan..Saya bertudung bukan kerana ingin dipuji cantik atau nak dikatakan alim..Tapi saya bertudung kerana ini tuntutan agama...
Bila dah bertudung ni,saya merasakan ada sedikit perubahan pada diri saya..Saya seorang yang cepat marah,tapi sekarang saya sedang mencuba mengawal marah saya...Dan dari segi percakapan dan pergaulan, saya berusaha untuk membataskannya...Saya berharap selepas ni akan ada lagi perubahan2 yang lebih baik untuk diri saya dan keluarga..Insyaallah...

Ini imej baru saya...


2 ulasan:

Izwa Kamaruddin berkata...

sgtt cantik..:)

Tanpa Nama berkata...

alahamdulillah....sgt manis bertudung