"Cute & Sweet Pregnant mummy "Contest



Ni kak izwa punya pasal la ni...
dah la memang suke ikut contest2 ni...
haaa..kan dah ikut jugak...heheheh
Ni gambarnya

*

*

*

Name saye : Rosita Bt Indera Sharil
Mase mengandung ni : Tahun 2008
Anak : Yang pertama...
seminggu lagi nak bersalin nih...

Jom la join kawan2ku : -
1.Alin
2.lady

nanti ' LIKE' kat sini tau....


Ujian Pap Smear...

Assalamualaikum...

Pagi tadi saya ke klinik desa..ada temujanji untuk ujian PAP SMEAR...ngeeee...
Ramai yang kata ujian ni sakit la,menakutkan la...tapi bila dah melaluinya...takde la sakit mana pun..
takde la ngeri sangat...Kononnya yang menakutkan alat yang digunakan tu..
Dipanggil SUDU MULUT ITIK...hehehe ada 2 je...

Apakah itu PAP SMEAR,bila ia dilakukan dan kenapa...?
Bacalah kat bawah ni yer...

*

*

Apakah Itu Pap Smear


Apakah Pap Smear?
Pap Smear (Ujikaji Pap) adalah ujian sampel sel diambil dari pangkal rahim wanita. Ujian ini digunakan untuk melihat perubahan dalam sel-sel dari serviks yang menunjukkan kanser serviks atau keadaan yang boleh berkembang menjadi barah.
Ini adalah alat yang terbaik untuk mengesan keadaan prakanker dan tersembunyi, ketumbuhan yang kecil boleh menyebabkan barah serviks. Jika dikesan awal, kanser serviks boleh diubati.
Calitan paparan percubaan harus bermula pada usia 21 tahun. Dianjurkan skrining rutin setiap dua tahun untuk wanita 21-29 tahun. Perempuan tertentu 30 tahun dan lebih tua yang telah tiga kali berturut-turut hasil tes normal, pengujian boleh dilakukan setiap tiga tahun.
Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?
Calitan Pap dilakukan semasa pemeriksaan pelvik. Seorang doktor menggunakan alat yang disebut spekulum untuk memperluaskan pembukaan faraj sehingga serviks boleh disemak. Spatula plastik dan berus kecil digunakan untuk mengumpul sel-sel dari serviks.Setelah sel diambil, mereka ditempatkan dalam penyelesaian. Solusinya adalah dihantar ke makmal untuk percubaan.
Adakah Pap Smear Menyakitkan?
Pap smear tidak menyakitkan, tetapi pemeriksaan pelvik mungkin sedikit tidak selesa.


Ketika Bila Saya Tahu Keputusan Pap Smear?
Mungkin diperlukan beberapa minggu untuk mendapatkan keputusan ujian. Jika anda belum mendapat jawapan daripada doktor setelah 3 minggu, sila buat panggilan untuk melihat apakah keputusannya.
Apakah Keputusan Pap Smear Bermaksud?
Calitan Pap yang normal berarti sel-sel dari leher rahim terlihat normal. Pap smear yang tidak normal berarti sel-sel yang tidak terlihat normal. Calitan Pap ulangi Kadang-kadang diperlukan. Ujian yang berbeza juga mungkin perlu dilakukan, seperti kolposkopi (menggunakan mikroskop khas untuk menyemak serviks dan faraj). Calitan Pap kadang-kadang boleh menunjukkan tanda-tanda jangkitan tetapi tidak boleh dipercayai untuk paparan untuk penyakit menular seksual (PMS). Ujian lain yang diperlukan untuk menentukan kewujudan STD. Ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu membuat calitan Pap setepat mungkin. Ini termasuk mengelakkan seks, douching, dan krim faraj selama 48 jam sebelum ujian.


Apa yang Terjadi Jika Keputusan Tidak Normal?
Pap smear yang tidak normal tidak selalu bererti bahawa sel-sel kanser yang ditemui semasa pemeriksaan. Ada banyak penyebab keputusan adalah yang tidak normal. Doktor anda akan menilai keputusan untuk menentukan adakah pengujian lebih lanjut diperlukan.


Mengapa Anda Harus Ulangi Pap Smear?
Sebuah ulangi calitan Pap mungkin diperlukan jika anda mempunyai jangkitan pada saat ujian atau jika tidak ada cukup sel-sel yang dikumpul selama ujian. Sejak penurunan kadar hormon estrogen pada wanita juga boleh mempengaruhi keputusan adalah, wanita menopause mungkin harus memuat estrogen sebelum mereka mengulang peperiksaan.
Jika keputusan adalah ulang masih normal, doktor mungkin mengesyorkan bahawa anda mempunyai kolposkopi untuk menilai lebih lanjut masalah.


Apakah Itu Colposcopy?
Kolposkopi merupakan pemeriksaan leher rahim dan dinding vagina. Semasa pemeriksaan, spekulum dimasukkan ke dalam faraj (seperti yang dilakukan dalam calitan Pap). Doktor anda terlihat melalui alat pembesar yang dipanggil serviks colposcope untuk mengesan masalah yang tidak boleh dilihat oleh mata sendiri. Selama kolposkopi, yang colposcope tetap di luar vagina. Biopsi (contoh rangkaian) dari daerah serviks tidak normal boleh diambil.
Kolposkopi tidak selalu diperlukan akan selepas abnormal calitan Pap. Pastikan anda menanyakan doktor anda tentang pilihan-pilihan lain.


Berapa kerap anda harus dapatkan ujian Pap Smear?
Calitan paparan percubaan harus bermula pada usia 21 tahun. Dianjurkan skrining rutin setiap dua tahun untuk wanita 21-29 tahun. Perempuan tertentu 30 tahun dan lebih tua yang telah tiga kali berturut-turut hasil tes normal, pengujian boleh dilakukan setiap tiga tahun. Untuk wanita berisiko rendah 30 tahun dan lebih tua yang mempunyai keputusan calitan yang normal dan ujian HPV negatif, rescreening harus dilakukan dalam tiga tahun.
Wanita dengan faktor-faktor risiko tertentu, seperti menjadi HIV positif (membawa virus penyebab AIDS), sistem kekebalan tubuh yang lemah akibat kemoterapi, transplantasi organ, penggunaan steroid kronik, atau mempunyai sejarah dietilstilbestrol (DES) eksposur sebelum kelahiran, mesti terus akan diputar lebih sering.
Apakah simptom yang kamu harus perhatikan ketika menjalani Pap Smear?
Kondisi pra-kanser serviks jarang menimbulkan gejala. Untuk masalah yang harus dikesan, pemeriksaan panggul dan calitan Pap biasanya diperlukan.Ketika hadir dalam kanser serviks, gejala yang paling umum adalah perdarahan yang tidak biasa. Pendarahan boleh mula dan berhenti di antara tempoh haid yang teratur, atau mungkin berlaku selepas hubungan seksual atau douching. Abnormal dari faraj adalah gejala lain. Sakit adalah TIDAK tanda amaran awal daripada penyakit. Gejala-gejala ini tidak yakin tanda-tanda barah. Tetapi pastikan anda melihat doktor jika gejala-gejala tersebut berkembang.
Perlukah anda dapatkan calitan Pap Jika anda mempunyai histerektomi?
Calitan Pap boleh dihentikan selepas jumlah histerektomi (pengangkatan rahim dan leher rahim), kecuali dilakukan pembedahan untuk pra-invasif serviks atau kanser invasif atau kanser rahim lain. Perempuan yang telah menjalani histerektomi separa dengan sisa serviks harus terus memiliki calitan Pap rutin. Semak dengan doktor anda untuk menentukan adakah anda masih memerlukan calitan Pap. Bahkan perempuan yang tidak lagi memerlukan calitan Pap harus bertemu dengan doktor setiap tahun untuk pemeriksaan panggul.
Sumber dari Nona Manja

KEK LAPIS CADBURY

Assalamualaikum...

Kali ni resipi Kek Lapis Cadbury..Ada orang panggil Kek Lapis India..
Mana2 pun boleh..rasanya memang sedappppp..
Kat bawah ni bahan2 dan caranya yer...cuba la...


Bahan2

10biji telur gred A
2gelas gula castor
1tin susu pekat cap junjung
16oz Golden Churn Butter
1sudu kecil esen vanilla
3gelas tepong hong kong
1 sudu besar cocoa powder van houten
1sudu brownning
1gelas horlicks
1 sudu besar ovellette
1bungkus candy cadbury

Cara2

Pukul telur berasingan hingga kembang
Pukul Mentega golden churn & gula castor,esen vanilla,ovelette hingga kembang
Masukan susu pekat pukul lagi
Satukan telur + butter tadi.
Masukan tepung hong kong sedikit demi sedikit sehingga habis.

panaskan oven,bahagikan kepada 2 bahagian
Bahagian 1 -Masukan horlicks sedikit demi sedikit kacau sebati

Bahagian 2 - Masukan brownning + cocoa powder

Masukan ke dalam loyang 8x8 bahagian putih dahulu 3sudu besar,bakar api atas sahaja.
selepas itu masukan bahagian cocoa 3sudu besar juga ratakan baru letakan candy cadbury tadi,bakar
selepas itu masukan 3sudu besar lagi bahagian putih.bakar lagi
Buat sampai adunan habis.

*

*

*
Ni lah jadinya...Raya tahun InsyaAllah saya nak buat...


P/S : Resipi dan gambar kredit Kak Tasya dan Kak Dayang

KEK ROLL TAPAK KUDA

Assalamualaikum...

Entry kali ni resipi kek roll..Kek ni memang sedap..
Kek ni kena simpan dalam peti ais..Nak makan baru keluarkan..sedapppp...
Yang buat sedapnya ialah coklatnya...Coklat mahal..sedap la..mahal ker..?
Ni haaa..coklatnya...

*

*

Coklat Nutella wei...ok kat bawah ni bahan2 dan caranya yer...korang cuba la nanti...

(Sumber Resipi : Aini Salim)

Bahan
10 biji kuning telur
5 biji putih telur
225g gula castor
110g tepung gandum atau tepung halus (saya gunakan tpg Hong Kong)
10g susu tepung atau tepung aiskrim vanilla
135ml mentega cair
1 sudu makan rata penstabil (ovalette)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh perasa coklat (saya gunakan chocolate emulco)
1/2 sudu teh serbuk penaik
coklat nutella atau pes kacang hazel

Cara :
1. Satukan telur, gula dan penstabil, lalu pukul perlahan hingga naik dan pekat. Masukkan tepung, susu dan serbuk penaik. Pukul lagi hingga rata.
2. Masukkan mentega cair dan esen vanila, kacau rata.
3. Ambil 5 senduk adunan dan masukkan perasa coklat. Kacau hingga rata. Baki adunan yg plain dimasukkan ke dalam piping bag.
4. Sediakan 2 loyang berukuran 10x10x1 inci, alas dengan kertas dan sapu dengan mentega. Tuang adunan coklat dan ratakan di dalam loyang. Kemudian, picitkan adunan plain dari piping bag- sejalur demi sejalur hingga menutup adunan coklat tadi.(sbb kalau kita tuangkan adunan plain tadi ke atas adunan coklat yg dah rata tu dgn senduk/sudu, tentu ianya tak menjadi rata).
5. Bakar didalam ketuhar bersuhu 180c selama 20-25 minit. Sejukkan seketika.
6. Keluarkan kek dari dalam loyang. Potong tepi keliling kek. Sapu Nutella atau pes kacang hazel di atas lapisan coklat dan lipat dua kek tu. Bungkus dengan kemas dan simpan didalam peti sejuk.





Kek lapis Kotak Pandan

Assalamualaikum...

hari ni nak buat entry resipi plak...ada orang panggil kek ni kek lapis anyaman tikar..
tak kisah la..janji sedap...banyak2 kek lapis..yang ni je saya pandai buat...
senang la konon...belajar dari mak saya...mak saya selalu amik tempahan untuk hari raya...
tahun lepas saya buatkan untuk mak mentua saya...1st try tunjuk bakat..huahuahua....
kat bawah ni bahan dan cara membuatnya yer...

KEK LAPIS KOTAK PANDAN

Bahan-bahannya :-

18 biji kuning telur
1 biji putih telur (saya tak pakai pun)
150gm gula halus
50gm tepung gandum
20gm susu pekat (agak2 2 sudu makan)
10gm susu tepung (saya guna nespray)
250gm Mentega..( pakai 1 buku jer)
1 sudu makan Ovelette
2 susu kecil pandan paste
Pewarna ikut suka..(saya guna 2 warna saja)
1 botol jem (untuk jadikan gam)

Cara-caranya :-

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.Kemudian masukkan kuning telur,susu pekat dan pukul lagi.
pastu masukkan tepung gandum,susu tepung,ovelette dan pandan paste...pukul lagihingga sebati..
2. Bahagikan adunan tadi kepada dua mangkuk.letakkan pewarna ke dalam mangkuk tadi ( kiranya ada dua warna la..Contoh merah dah hijau)
3. Mangkuk yang berisi warna merah dibakar selapis selapis sebanyak 4 lapis dengan menggunakan loyang 9"x9".Begitu juga dengan adunan bewarna hijau tadi.Buat seperti yang merah tadi.
Kemudian potong mengikut tinggi kek.
4. Buat adunan sekali lagi mengikut bahan2 diatas kecuali pandan paste.Biarkania bewarna plain dan bakar selapis2 sebanyak 3 lapis mengunakan loyang 8"x8".
5. Susun kek yang berwarna tadi seperti anyaman tikar.kemudian lapiskan lagi dengan warna plain tadi 3 lapis.Kemudian susun lagi kek seperti yang tadi.
6. Akhir sekali lapiskan 3 lapis warna plai sebagai penutup.
Hasilnya akan jadi seperti ini...

*

*

*

Ini saya buat ala kadar jer...raya tahun ni kalau ada rezeki,saya nak buat KEK LAPIS INDIA dan KEK ROLL TAPAK KUDA
Dua2 kek ni memang famous kat Labuan dan Brunei..Tak tau la kalau kat Semenanjung...nanti saya bagi resipinya yer...kek yang kat atas ni cuba la...