2 HARI LAGI...

Assalamualaikum....
ermmm...pejam celik pejam celik tinggal 2 ari je lagi...
apanye yg dua hari...? rasanya baru semalam saya mengandung pastu melahirkan anak kedua saya,Ryana Zahirah Bt Mohd Rizal...2 hari lagi adik Ira akan menyambut ulangtahunnya yg pertama...saya dan hubby takde wat perancangan apa2...tengok lah camne..tunggu je nanti hari jumaat ni 4hb Februari 2011...

ni la si kecik saya...


~ Penghijrahan yang lebih baik ~

Assalamualaikum....
Rasanya dah berbulan saya tak menulis di blog ni...Sibuk ngan FB je..Sibuk ngan anak2 lagi..Lagipun saya takde cerita menarik nak dikongsikan...
Baca tajuk diatas,mesti tertanya2..penghijrahan apa..?..Alhamdulillah..tanggal 1Muharam 1432 yang lalu dengan rasminya saya telah memakai tudung..Memakai hingga ke akhir hayat saya Insyaallah...Alhamdulillah juga ,suami dan ahli keluarga menerima dangan baik..terima kasih kepada suami kerana memberi galakkan..juga kepada sepupu saya kak suzana..Sebenarnya niat dihati dah lama nak pakai tudung cuma baru sekarang nama saya diseru untuk bertudung...Saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah membuka hati saya untuk bertudung diusia yg masih muda..Rasanya belum terlambat untuk saya berubah demi kebaikan..Saya bertudung bukan kerana ingin dipuji cantik atau nak dikatakan alim..Tapi saya bertudung kerana ini tuntutan agama...
Bila dah bertudung ni,saya merasakan ada sedikit perubahan pada diri saya..Saya seorang yang cepat marah,tapi sekarang saya sedang mencuba mengawal marah saya...Dan dari segi percakapan dan pergaulan, saya berusaha untuk membataskannya...Saya berharap selepas ni akan ada lagi perubahan2 yang lebih baik untuk diri saya dan keluarga..Insyaallah...

Ini imej baru saya...


Kek Coklat Lembap

Bahan-bahannya:-

2 biji Telur
1 cawan Minyak masak
1 cawan Gula pasir
1 cawan Gula perang
1 sudu teh Esen Vanila
1 ½ cwn Susu Segar perisa coklat
½ cawan Air yg dicampur 2 sudu kecil Nescafe
2 sudu teh Sodium Bikarbonat
1 sudu teh Baking powder
½ cawan Serbuk Koko
2 cawan Tepung gandum

Topping:-

½ cawan Koko
½ cawan Susu pekat manis
1 sudu besar Minyak masak


Caranya:-

1. Pukul telur hingga kembang.Masukkan gula dan pukul lagi.
2. Masukkan minyak masak
3. Ayakkan semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit selang seli dengan bahan A.Gaul sebati.
4. bakar pada suhu 170’c selama 1 jam.
5. Untuk topping,masukkan semua bahan masak secara double boil atau masakkan seperti biasa dengan api yang kecil.

10.10.10

Salam...

10.10.10...apa yang istimewa pada tarikh ni...? kalau bagi bangsa cina kemungkinan ia satu tarikh yang bertuah bagai mereka..Pada tarikh ni ramai jugak la yg melangsungkan hari2 istimewa mereka spt perkahwinan gemilang Datuk Dr Sheikh Muzaffar..Tahniah utk beliau..dan utk Aqasha...Tahniah untuk mereka semua semoga gembira dan bahagia..


10.10.10 juga menjadi berita gembira kepada beberapa ibu diseluruh dunia yang melahirkan anak pada 10.10.10..dan lebih menakjubkan apabila seorang ibu telah bayi perempuan yg dinamakan Niamh Bond..Bayinya dilahirkan pada 10.10.10 pada pukul 10 pagi,10 minit,10saat..Dia amat terkejut namun bersyukur dengan kelahiran bayinya..Dan di beberapa buah hospital juga mencatatkan sejarah apabila seramai 10 bayi dilahirkan pada tarikh 10.10.10..Sungguh istimewa..


Tapi dalam kegembiraan kita menyambut tarikh 10.10.10 terjadinya satu kemalangan ngeri ditanah air kita pada tarikh 10.10.10...Mungkin sesetengah dari kita menganggap tarikh ini membawa tuah tapi bagi mangsa kemalangan,tarikh ini membawa satu mala petaka yang tak disangka.Dalam kejadian yang melibatkan 2 bas,3 kereta dan 1 van mengakibatkan 12 maut dan selebihnya cedera...Bagi keluarga mangsa tarikh ini menjadi satu sejarah pahit dalam hidup mereka dan TRAGEDI OKTOBER ini akan sentiasa bermain dalam ingatan mereka..


Apapun yang berlaku pada tarikh ini samada suka,gembira,duka atau sedih..kita janganlah terlalu taksub dengan tarikh ini..anggap sajalah seperti hari2 biasa.Semoga apa yang kita lalui semalam,ia akan menjadi satu sejarah,hari ni satu permulaan dan esok satu kemungkinan..

Kek Cheese Lembut macam Span

Salam..
Dah lama tak update..rindu plak...tengok tajuk kat atas tu..sebenarnya minggu lepas aku buat kek..saja- saja la buang boring..kebetulan barang pun yang senang nak dapat..bahan-bahan pun tak banyak..Apalagi,bila tido je 2 anak daraku tu,aku pun mulakan la operasi...1st time buat rasa teruja,takut pun ada..takut tak jadi..tapi bila kek tu dah siap masak..hurmmm..licinnn..semua orang dalam rumah kata sedap..Mr.Hubby ku pun kata sedap..dia kata boleh la bisnes..Nak ke resipinya..?Resipi ni aku dapat kat blog orang..terima kasih kat dia..haa...salin la resipi ni..korang mesti cuba..cepat,ringkas dan sedap..sampai ipar aku pun minta ajar buat kek ni..sekali 2 biji dia buat..dalam masa 2 hari dah habis katanya...

Bahan-bahan :-
6keping         Slice Cheese
300ml           Susu Segar (saya guna dutch lady fresh milk)
100gm          Butter
6biji              Telur (asingkan yang putih dgn kuning)
125gm          Gula
100gm          Tepung
1 sudu kecil   esen Vanila

Caranya :-

1.Siat slice cheese kecil2.Kemudian campurkan dengan susu segar..Masak atas api sederhana dan gaul sentiasa sampai cheese tu larut atau cair..Kemuian masukkan bautter dan kacau lagi hingga butter cair..pastu tutup api dan biarkan ditepi.Biar sejuk sendiri.
2.Dalam bekas lain,pukul putih telur dengan gula hingga kembang.Gunakan kelajuan yg maksimum supaya cepat kembang..pukul sampai jd creamy.(terbalikkan mangkuk adunan tu,kalau adunan tu tak jatuh maknanya dah kembang n jadi la tu.)
3.dalam bekas lain lagi,pukul telur kuning hingga kembang..(agak2 la yer)kemudian masukkan sebatian cheese tadi dalam kuning telur dan gaul sebati.
4.masukkan tepung sikit demi sikit.kaup balik.masukkan esen vanila.
5.akhir sekali masukkan putih telur yang dipukul tadi dan gaul rata.pastu masukkan dalam loyang.6.bakar dengan kaedah waterbath.(maksudnya letakkan air atas dulang,baru letakkan loyang dalam dulang tu).Tutup loyang dengan foil.bakar pada suhu 170c selama 20minit.Kemudian kurangkan suhu kepada 150c bakar lagi selama 40minit..


Tadaaa..ni la yang aku buat..sori..lupa amik gambar sebelum potong..dah potong baru teringat..sebab masa tu tak sabar nak rasa..hehehe..