Motor Hilang

Salam semua...

Hari ni citer sedih..pagi semalam,hubby nak gi keje..Dengan semangatnye la nak pegi nih..Sampai je depan pintu aku dan hubby terhenti..dan hubby terus tanya "mana motor..?"..aku pun jawab la "ntah ..."apa lagi hubby punya frust...Motor dah kena curi..Terus dia teringat masa sahur pagi tu die ada terdengar bunyi kat luar rumah..masa tu die main game..dari malam sampai ke pagi dia main..aku makan sahur sambil tengok tv..ada gak aku terdengar tp aku ingatkan kucing..takde la aku nak intai..hubby pun tak intai..die kata selalunya walaupun bunyi sikit je mesti die intai..tapi entah nape kali ni die tak intai..pastu motor plak tak lock..mang senang la pencuri tu bawak lari..selalu die lock..kali ni die tak lock..semuanya dengan soalan kenapa..kenapa tak lock..? kenapa tak intai..?..nasib la badan...
Motor tu ada setahun lebih je lagik nak habis bayar..motor tu jugak la satu2nya kemudahan hubby nak pegi keje..cari rezeki...tapi bila motor tu dah hilang,umpama hubby aku dah patah kaki...bukan tak boleh naik kereta..tapi dengan keadaan ekonomi sekarang,kami nak save bajet..keta wira tu plak asyik nak meragam je..ni nak raya lagi..gaji pun bukan besar sangat...aku plak tak keje...sabar je la dengan dugaan Tuhan ni..moga kami ni terus tabah dan sabar..mungkin ada hikmah disebalik kejadian ni..mudah2an lepas ni kami dilimpahkan rezeki blipat ganda..amin...

MULANYA DISINI....

 MULANYA DISINI

Tibanya di sini
Bagai terulang lagi
Kisah yang indah
Antara kita berdua
Sehingga di sini
Tiada berpaling lagi
Kita berteman
Seiring jalan dan sehaluan
Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai
Mulanya di sini
Ku kenali dirimu
Sehingga kini
Sehingga ke akhir waktu
Akhirnya di sini
Ku kenali hatimu
Sehingga kini
Kita akan terus berlagu
Di hadapan kita ada jalan
Menuju di kejauhan ada sinar menanti
Di penghujung perjalanan ini
Oh... sambil bernyanyi
Mendendang senandung yang syahdu
Riangnya hati dan indah duniaku

* happy Birthday To Me *


Tarikh hari ini sudah menunjukkan angka 09 untuk bulan Ogos ni. Tak sangka pulak ye, pejam celik pejam celik rupanya genaplah sudah 26 tahun aku hidup kat atas muka bumi ciptaan tuhan yang sungguh sempurna ini. Alhamdulillah. So, aku rasa sangat bersyukur kerana aku diberi peluang untuk menikmati segala ciptaannya even masih banyak lagi yang belum aku terokai bak kata iklan yang selalu keluar kat berita TV3 tu yang bunyinya lebih kurang begini “banyak tempat untuk dilawati, banyak lagi untuk diterokai. Pergilah bercuti.” Something lika that la. Hehe..
Tahun ini sama juga macam tahun-tahun yang sudah dimana tiada birthday party yang akan aku buat kerana semua itu bukanlah satu benda wajib buat aku. Cukuplah sekadar aku bersyukur kerana diberi peluang untuk hidup dan merasai kehidupan pada usia 26 tahun. 
Walaupun kini usia aku sudah menjangkau 26 tahun, tapi aku dapat rasakan tiada apa yang istimewa atau dalam bahasa orang putihnya ‘nothing special’ yang aku lakukan sepanjang aku melalui kehidupan 25 tahun lepas sehinggalah pada hari semalam. Langsung tiada yang menarik dan amazing yang boleh aku banggakan apatah lagi buat mereka yang ada di sekeliling aku especially family aku...Cuma 1 je..kini aku punya keluarga sendiri..aku punya suami yang terlalu baik dan yang aku cinta..aku punya 2 permata hati yg sentiasa menghiburkan hatiku yang aku sayang..
Arghh, apasal air mata aku tiba-tiba mengalir ni? Sepatutnya hari ini adalah hari yang patut aku lalui dengan penuh kegembiraan bukannya kesedihan. kan hari ini adalah hari ulangtahun aku. Maaf la semua, ter’emo sket. Apa pun, aku berjanji kat diri aku yang aku akan berusaha untuk membahagiakan insan2 yg aku sayang..dan berharap agar Allah S.W.T memberi kesempatan itu buat aku. Amin.
Kepada kawan-kawan pula, tak kisah la kawan yang memang dah kawan atau kawan yang cuma kenal kat alam maya ni, aku juga nak minta maaf kat korang kerana aku bukanlah manusia yang begitu sempurna untuk terlepas dari tidak melakukan kekhilafan samada ianya secara sengaja ataupun tidak sengaja. aku minta maaf banyak-banyak ok. Biarlah aku melalui usia ku yang ke-26 ini dengan langkah yang sifar dari dosa yang pernah aku lakukan kat kalian. Insya’Allah.
Last but not least, aku nak bagi tahu korang semua yang aku sayang kat korang. Oh ya, ada sesiapa nak bagi special present kat aku? I’m waiting here..

"Jadilah orang yang bernilai; bukan sekadar orang yang berjaya" - Albert Einstein

"Yang dekat itu hati; Yang jauh itu masa; Yang besar itu nafsu; Yang berat itu amanah; Yang indah itu solat; Yang tajam itu lidah" - Imam Al-Ghazali

"Apa sahaja yang anda lakukan tidak penting, tetapi yang sangat penting adalah anda melakukannya" - Mahatma Ghandi

"Apakah maknanya simpati dan kesedihan kita, jika nikmat yang dirasai di negara sendiri tidak kita hargai”. -Tun Dr. Mahathir Mohamad, 30 Ogos 1982, Kuala Lumpur
Perutusan Hari Kebangsaan Ke-25

Untuk tatapan kita bersama...

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian. 
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7.Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t