Petua - petua menghadapi pertengkaran

Assalamualaikum....


Perkahwinan dan pertengkaran adalah satu perkara yang biasa di alam rumahtangga. Tiada orang yang tak pernah bertengkar seumur hidup. Jarang kita temui sesebuah rumahtangga yang tak pernah bertengkar walaupun sekali semenjak pasangan hidup bersama kerana hidup yang tiada pertengkaran adalah hidup yang sendirian. Oleh itu, di antara petua-petua yang boleh diambil ketika menghadapi pertengkaran adalah seperti berikut :

1. Seandainya terjadi pertengkaran, maka janganlah mencari kelemahan pasangan kita. Adalah tidak wajar sekiranya pertengkaran tersebut hanya ingin mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk menyelesaikan masalah secara bersama.

2. Jika pertengkaran itu menyentuh tentang satu topik, maka janganlah masalah-masalah lain juga dimasukkan sama, kerana ianya secara tidak langsung akan menjadikan suatu pertengkaran tadi menjadi lebih besar yang boleh membawa bencana ke atas rumahtangga.

3. Pasangan suami isteri dinasihatkan agar membatasi kekasaran jika berlaku pertengkaran. Jangan sesekali bertindak di luar kawalan umpamanya menggunakan fizikal seperti memukul, melemparkan barang dan sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah, malah akan menimbulkan masalah yang lebih besar.

4. Di dalam pertengkaran, gunakan bahasa yang sesuai agar pasangan tidak tertekan. Kata-kata yang menyakitkan hatinya seperti:-
"Ini semua salah kau bodoh...!", "Engkau bodoh...!", "Engkau selalu melakukan kesalahan...!" dan sebagainya. Sebaliknya gunakanlah perkataan yang lembut seperti, "Hati saya terluka kerana perbuatan awak...", "Awak tak sedar, betapa hancurnya hati saya..." dan lain-lain.

5. Sejurus selepas bertengkar, jangan biasakan diri dengan suka menyendiri, kemudian menjauhkan diri dari pasangan hidup. Jangan memisahkan diri kerana ia tiada nilainya sama sekali dalam perkahwinan. Bahkan ia merugikan hubungan suami isteri.

6. Jangan cuba menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran kerana cara ini akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih hebat.

7. Jangan membiarkan pihak ketiga ikut serta dalam pertengkaran keluarga. Kehadiran pihak ketiga misalnya mertua, ipar, adik beradik hanya akan menambahkan kecurigaan dan mungkin menambah menyala api pertengkaran. selesaikan secara baik antara suami isteri.

8. Elakkan dari bertengkar di hadapan anak-anak kerana ini akan menjadikan anak-anak bingung dan mengalami tekanan perasaan. Jika ini berlaku, secara tidak langsung akan wujud banyak lagi masalah lain.

Test JPJ..? ngeeee....

Assalamualaikum.....


Ngeeeee....Isnin depan 16hb Mei test JPJ...
mampuihhh...
Harap-harap jangan la fail.....
Bab mengulang tu yang malas....
kalau mengulang FREE takpe...ni nak bayar lagi...
dah tu tak alang-alang bayarannya....
haduiii..cekik darah betul la...
Abang2 JPJ...Isnin depan jangan bagi saya gabra yer....
Walaupun lambat lagi tapi...
jantung ni rasa nak gugur dah....
ketar2 kaki ni kang nak tekan clucth.......
Ya Allah....Kau tenangkan la hatiku nanti...
Jangan la bagi Aku gabra.....
Kawan2....doakan la saya yer...huhuhuhu...

SELAMAT HARI IBU


Assalamualaikum....



Orang kata aku lahir dari perut mak.. 
(bukan org kata...memang betul) 


Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak 
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak 
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak 
Bila bangun tidur, aku cari.... mak 
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak 
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak 
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak 
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak 
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak 
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak 
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak 
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak 
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak 
Aku selalu teringatkan .... mak 
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak 
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak 
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak 
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! " 
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak 
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak 
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak 
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak 
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak 
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak 
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak 
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak 
Yang selalu berleter kat aku... mak 
Yang selalu puji aku.... mak 
Yang selalu nasihat aku.... mak 
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak 
Aku ada pasangan hidup sendiri.... 
Bila seronok, aku cari....pasanganku 
Bila sedih, aku cari.... mak 
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku 
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak 
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku 
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku 
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku 
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak 
Selalu.. aku ingat pasanganku 
Selalu.. mak ingat kat aku 
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku 
Entah bila... aku nak talipon mak 
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku 
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak 

Renungkan: 
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? 
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". 
Berderai air mata jika kita mendengarnya........ 



Tapi kalau mak sudah tiada..... ..... 
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT.... 



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... 
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..... 
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya..... 
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... 
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... 
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..... 
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya...... 
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu: 



1) Tolong pergi kedai : RM4.00 
2) Tolong jaga adik : RM4.00 
3) Tolong buang sampah : RM1.00 
4) Tolong kemas bilik : RM2.00 
5) Tolong siram bunga : RM3.00 
6) Tolong sapu sampah : RM3.00 
Jumlah : RM17.00 



Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. 
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA 
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA 
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA 
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA 
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA 
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA 



Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, 
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Korang semua pernah tak merasa  atau mengalami apa yang tersenarai diatas....?
korang sangat bertuah jika ada....kerana saya tidak bertuah macam korang...
walau apa pun saya tetap sayangkan mama saya...
kini saya telah berkahwin dan mempunyai ibu mertua...
saya juga sayangkan ibu mertua saya seperti say sayangkan mama saya...
saya cemburu melihat ipar-ipar saya yang punyai ibu penyayang
seperti ibu mertua saya....
saya juga telah menjadi seorang ibu kepada dua puteri...
saya harap dan berdoa,saya akan menjadi ibu yang baik...
dan saya tak mahu anak2 saya merasa apa yang pernah saya rasa...

SELAMAT HARI IBU
kepada semua ibu-ibu seluruh dunia....

Mengatasi masalah kuat marah pada anak.....

Assalamualaikum....

Perkongsian ilmu sempena hari ibu....

Buat renungan kita bersama.. para ibu bapa sekalian..Kepada  ibu  bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah. Anak kita adalah cermin diri kita……..


Kanak-kanak  dalam  lingkungan  umur  2-7  tahun  (preschool  memang sering dilabelkan  lasak  kerana  ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga  didapati  ‘tidak  dengar  kata’.  Apa  yang  berlaku  ialah ketiadaan komunikasi  dua  hala  di  antara  ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian  kepada  suara  ibu bapa.  Sebaliknya  perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka  tidak  mempunyai  pengetahuan  (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja  belajar  bercakap,  oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah  sebenarnya  yang  dimahukan  oleh  anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit,  membaling  barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration  (kekecewaan) kerana  hajatnya  tidak  difahami  dan  dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan.
Justeru  itu  siapakah  yang  bersalah?  Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak  berusaha  untuk  memahami  kehendak  si anak.  Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1.  Kanak-kanak  sangat  memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua  ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan  mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan  lakukan  dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya.  Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact  sangat  penting  di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.


2.  Sebaik  sahaja  tuan/puan  pulang  dari  bekerja  dan  mengambil  anak  dari nurseri,luangkan  masa  setengah  jam  terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus  ke  dapur  memasak,  angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada  anak.  Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di  rumah  bersama  bibik  atau  di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta  nyatakan  di  telinganya,  papa/mama  sangat  sayangkannya.  Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb.  Insya  Allah  anak  akan  lebih  mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.


3.  Ajarkan  anak  dengan  perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan  sesuatu  dan  tuan/puan  tidak  dapat  berikannya  kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu  sahaja  atau  bersikap  acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar  anak  agar  tidak  menghiraukan  tuan/puan  sekiranya  tuan/puan  pula yang memanggilnya.  The  right  way to make her listen to you is by listening to her  first.  Kita  tidak  boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah  tidak menjadikan  ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru  setiap  perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.


4.  Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya  yang  tersendiri.  Anak  yang  suka menjerit walaupun tidak mempunyai  apa-apa  sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak  ini  memang  sangat  sukakan  perhatian.  Oleh  itu  jika  anak  ini menjerit, berilah  perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan  sekiranya  dia  menyanyi  dengan  kuat dsb. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh  mengajarkan  kepadanya  bahawa  perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus  kerana  boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka  menjerit,  tuan/puan  boleh  suruh  dia  mengadap  dinding yang kosong dan menjerit  di  situ  berulangkali  sehingga  dia letih. Insya Allah dia akan
kurang  suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin  dia  akan  berhenti  menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya  dia  mengulanginya  semula,  puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah  (gula-gula  dsb)  jika  tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang  menjerit  dalam  satu  hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya,  papa/mama  beri  hadiah  coklat  kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.


5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah  anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut,  jangan  ingati  kekurangan  anak  dan doakan setiap kali selesai sembahyang  agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak  dengan  semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi  dengan  anak.  Boleh  juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah  anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di  ubun-ubun  kepalanya,  cium  dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan  perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama  harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak  suka  kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan  didapati  sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan  surah  AlFatihah,  Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.

Tuan/Puan,

mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.  Semoga  tuan/puan  lebih  bersabar,  jangan  ignore  anak dan cubalah memahaminya.  Fahami  dunia  anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan.  Bayangkan  perasaan  anak  apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba  dibuatnya  hanyalah  meneroka  alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga  galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Saya cadangkan tuan/puan cuba  dapatkan  buku  bertajuk “Personality Plus for Parents” oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb. Sesungguhnya pelaburan yang  ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini.Sekian, semoga Allah mengurniakan
rahmat  dan  kebijaksanaan  kepada  tuan/puan.  Jangan  berputus asa dengan anak kerana  ia  akan  membuatkan  anak  berputus  asa  terhadap  kita  sebagai ibubapanya. Wallahua’lam.

Takde Air 3 hari.....?

Assalamualaikum....


Alahaiiiiii.......biar betul takde air....
Paling susah la kalau takde air...kalau takde karan takpe...
malam tadi dapat tau dari kawan...
1 Labuan takde air...Penutupan sementara untuk kerja-kerja 
pembaikan paip loji air kat Beaufort,Sabah..
Ni la susah....
Sumber air kat Labuan ni dari Sabah....
Labuan ni memang la dikelilingi oleh air,tapi air laut...masinnnnn
tak leh wat minum...hehehe
malam tadi saya ngan adik ipar selongkar stor.keluarkan semua baldi-baldi dan tong...
nak tadah air untuk stok....
tapi alhamdulillah la..pagi ni air masih ada..belum kena tutup lagi..
sempat la jugak nak mandi dan basuh baju....