Selamat berhujung minggu

Assalamualaikum...

Hari ni hari Sabtu....
macam biasa la cik asben keje...(sebenarnya isnin-jumaat jer)
tapi nak cari duit lebih...OT la...kadang2 sampai malam...
Esok hari minggu tak tau la asben keje ke tak...
dalam sebulan ni asben selalu OT sampai malam...
pastu hari sabtu ahad pun kadang-kadang kene suruh turun keje jugak...
begini la kalau orang keje ngan Oil & Gas Company...
Esok pagi saya ada latihan memandu...kalau cik asben ada kat rumah senang sikit...
boleh tolong tengokkan anak2...
sbb mak mentua saya sure pegi lawat adik ipar saya kat asrama...
malam tadi asben ada bagitau,katanya nak ambik cuti hari isnin,sebab selasa kan cuti hari wesak..
saya kata elok la tu sebab hari isnin saya ada test JPJ...
lagipun asben dah dekat setahun belum cuti lagi...asik keje jer...
kadang2 saya bosan jugak..tapi bila pikirkan yang die cari rezeki saya
sabar je la...tabahkan hati...
nanti yang senang dikemudian hari sapa...?
kami jugak kan...
ermmm....papepun pada korang....
selamat bersuka ria dihujung minggu....


i luv abg stalker....

Assalamualaikum....

Hahahaha....terkezut ngan tajuk entry diatas...?
takde maknanya....
ni abg stalker punya pasal....?saje nak cari publisiti murah....muahahahaha
jangan marah yer abg stalker...kang lari plak akak stalker...
jgn gosip dah le....

2 sbb nape blog saya ni nak direview...:-

1. nak jugak disayangi cam abg stalker...mana leh abg stalker jer...(kes jeles ke ape nih..)
huahuahua.....

2.sebab nak blog saya ni dikenali (walaupun blog ni cam rojak) pastu lau ada sape2 nak beri tunjuk ajar,ker,kritikan membina ker....maklum la saya budak baru belajar(wlupun sebenarnya dah jd mak budak)...huahuahua...

dah tu jek la....nak tulis banyak2 kene reject plak.....

korang nak kene skodeng gak ker...
klik SINI

Yang selalu terjadi....

Assalamualaikum....

CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.


KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini… mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :

(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa… nak buat
macam mana?


tetapi yg seharusnya ialah…

C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman

S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa

H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

dialog ringkas:

Ani : "Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau Muda?"
Ena : "Surat warna Hijau Muda itu bererti "Aku Cinta Padamu"
Ani : "Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?"
Ena : "itu melambangkan Suasana Pilu"
Ani : "Kalau kertasnya berwarna Merah?"
Ena : "Asmara Yang Membara"
Ani : "Kalau kertasnya warna Putih?"
Ena: "Suci, Bersih dan Jujur "
Ani : "Kalau kertasnya Kuning?"
Ena: "Melambangkan Hati Yang Gersang"
Ani : "Kalau Merah Jambu?"
Ena: "Sedang Jatuh Cinta"
Ani : "Kalau kelabu?"
Ena : "Melambangkan Hati Yang Sedang sedih"
Ani : "Kalau kertasnya Hitam?"
Ena : "Itu namanya kertas karbon.. bodoh!

Cara Memenangi Hati Mertua....

Assalamualaikum....

Sebaik sahaja selesai diijab kabul, secara rasmi kita menjadi miliknya.Kalau dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai isterinya yang sah.Namun kita sebenarnya bukanlah hanya berkahwin dengan dirinya, bahkan juga seluruh anggota keluarganya."

Bagi yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin, tentu tidak menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang mata dengan keluarga mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi bila memikirkan
cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua.

Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri dengan beberapa tips yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya bukan hanya bermula selepas sah bergelar isteri, seeloknya sedari awal pertunangan lagi. Kalau kena gaya dan caranya, tidak mustahil anda akan jadi menantu kesayangan.

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat
dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang 'mulut lepas', anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan
secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar.

Credit to : Ukiran Cinta

Summer Time...


Assalamualaikum....


Musim panas datang lagi.....esehh.....korang kepanasan ker....
Jangan merungut ok....Kang Allah bagi hujan,banjir korang marah plak....
dah jadi lumrah la...mesti ada panas,pastu hujan,pastu turun salji plak...
agak2 kalau Malaysia ni turun salji camne la yer...hehehehe

Papepun ni saya nak share sikit...
tips menghadapi musim panas...

1. korang rajin-rajinkan lah diri tu bawak air masak, lagi besar bekas lagi bagus,kalau rasa nak bawak tong pun ...takde hal punyooo...

2. untuk wanita atau perasan diri tu puteri lilin. bawak la payung untuk mengelak dapat cahaya matahari terus ke kulit, cahaya UV boleh menyebabkan dapat cancer, dah la korang pakai mekap tebal-tebal...

3. kalau jemur baju, terbalikkan lah baju korang tue, nanti fiber kat baju tue pun cepat rosak, lagi-lagi untuk seluar jeans...pastu takyah la jemur lama sgt sampai ke petang..agak2 tengahari bleh la angkat...sampai petang kang dah mcm biskut plak..kerasss..hehehe...

4. pakai pakaian yang mudah serap peluh, yang terbaik baju cotton la, kang korang gak yang rimas dan tak selesa kan...


5. yang ada anak, jangan biarkan anak korang main tengah hari buta, kang demam tak pasal-pasal korang juga yang susah,..



6. jaga kesihatan korang, agak-agak rasa nak demam, cepat-cepat makan ubat ok...


7. jangan terlalu bergantung pada aircond, kalau boleh guna kipas je lah...aircond sejuk..pastu bila keluar rumah terus panas terik...silap-silap boleh pitam....

8. Patu.. PASTIKAN ok..PASTIKAN korang sentiasa mandi, hapak wooo, peluh-peluh lepas tu tak nak mandi...pergi mana-mana yang ada aircond, pergghhh....boleh mati,pengsan lak orang sekeliling nanti...

Apa2 pun..selamat menjalankan aktiviti korang dengan sabar...
Tak lama musim panas...agak2 lepas raya...abis la...
erkkk...maknanya bulan puasa dalam musim panas.....
lagi PANASSSSSS la jawabnya....
SABAR YER......