Memaparkan catatan dengan label sedih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sedih. Papar semua catatan

Dah Syawal keempat baru nak bersiaran....


Assalamualaikum.....

Selamat Hari Rayaaaaaaa.....waaahhhhh...meriah tak tahun ni...?
Bagi saya tahun sama seperti tahun-tahun biasa....cuma sedih sikit sebab mama saya takde kat Labuan tahun ni....Dia sekarang kat KL...beraya dengan kakaknya kat sana....adik saya si Moon plak ikut bosnya makan angin...jalan-jalan round Sabah...adik yang bongsu plak terpaksa bertugas dihari raya sebab gantikan orang...tinggallah saya dan abang saya jer beraya dengan keluarga di Labuan ni....

Sebelum tu saya nak sedekahkan Al-Fatihah kepada abang pakcik saya yang telah kembali ke Rahmatullah pada pagi 1 Syawal...Meninggal ketika tidur...Juga kepada ahli keluarga yang telah tiada...semoga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...Amin.....

Dalam saya sedih dan tak berapa happy la kononnya...(pada mulanya saja)..saya bernasib baik masih punya  keluraga mentua...jadi kesedihan tu tak terasa sangat...Malam raya kami dah sibuk didapur....Lepas jer pengumuman raya malam tu,dapur jadi riuh rendah....nasib baik semua dah ready...tinggal nak terjun dalam kuali jer...Tapi malam tu saya berjaga hingga 3pagi sebab tunggu ketupat masak...En.Asben...? ermmmm dia dah awal-awal tido berjemaah dengan anak-anak....Sabar je la ....

Raya pertama berjalan seperti biasa...Selepas bermaaf-maafan dengan keluarga mentua,kami kerumah nenek En.Asben...Lepas tu kami kerumah nenek saya pulak..Ala...setakat di Labuan ni..dalam 10minit dah sampai...bukan jauh pon...hehehe....Tahun ni kat rumah nenek saya agak meriah sedikit walaupun pagi Syawal tu dapat berita sedih sebab sepupu sepapat saya dari Seremban beraya di Labuan tahun ni....Hampir 20tahun kami tak berjumpa....sampai dah tak ingat mana satu...tau nama tapi tak kenal mana orangnya...hehehe..Bila dah berkumpul tu rasa macam tak muat jer rumah nenek tu...hahahaha...ramai sangat...Keluarga belah saya memang ramai...Keluarga besar la katakan....Belah suami tak ramai.....Raya pertama tak banyak tempat nak beraya sebab cuaca tak elok...hujan sepanjang hari sampai ke malam...Maka petang tu kami anak beranak tidur berjemaah je la kat rumah....

Tahun ni saya tak banyak sangat nak pergi beraya rumah orang..En.Asben malas katanya....jadi collection duit raya anak-anak tahun ni pun kurang la..hehehe...Bukan apa,kadang-kadang baru 2 buah rumah kita beraya,dah anak meragam...nak susu la,nak tido la,nak itu la ini la....Bila dah sampai rumah taknak pulak tido ke apa....bengang jer...Pada kawan-kawan di Labuan ,minta maaf la yer sebab tak berkunjung kerumah kamu semua....InsyaAllah tahun depan kalau ada rezeki....

Okehh semua...tu jer nak cerita...takde idea dah...lagipon sekarang tengah mencari mood kerja yang dah hilang.....bosan wehhh....orang lain cuti lagiiiii......



Tema tahun ni biru putih...pilihan En.Asben...

Dikesempatan ini...(walaupun dah raya keempat..) saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan blogger....walaupun kita hanya kenal di alam maya ini,tapi diharapkan sillaturrahim yang terjalain antara kita akan berkekalan hendaknya....Minta ampun dan maaf jika pertuturan dan bicara saya sepanjang berblogging,terguris perasaan kawan-kawan semua...mungkin ada terlebih komen ker,terlebih kritik ker....minta maaf la yer....















Mari KIta Membantu....

Assalamualaikum...
  Alhamdulillah...selesai dah puasa ke-4....
Dalam kita gembira menyambut Ramadhan yang mulia,tak sangka masih ada yang bersedih...
Tadi terbaca kat blog kak Izwa...Seorang wanita yang kehilangan suaminya...
Suami beliau keluar rumah tanpa ic, wang, handphone pada 2 Ogos yang lalu jam 3 pagi 
(memakai baju melayu merah dan seluar hitam)
Suami beliau dikatakan keluar kerumah utk mengambil tafsir al-Quran dlm kereta, 
10 minit kemuadian tidak masuk kembali kedalam rumah hingga kini...


kalau ada maklumat tentang ITHNIN NGADIMAN boleh call sarjan radha

 0126059997 atau SITI AL IZZAH 0133101221 atau mak beliau 0163743248

Korang boleh pergi halaman SITI AL IZZAH untuk keterangan lanjut...
Kebetulan malam ni malam jumaat,sama2lah kita mendoakan kesejahteraan suami beliau dan berharap agar suaminya pulang dalam keadaan yang selamat.....



AKHIRNYA....

Assalamualaikum....

Malam ni saya rasa emosi sikit....Sedih ..gembira...bercampur baur perasaan saya...
Sebelum ni saya ada cerita tentang bapa kandung saya yang telah lama saya tak jumpa...
Kira-kira 12 tahun saya tak bertemu dengan bapa kandung saya tu...Dimana dia tinggal pun saya tak tahu...
Akhirnya malam ni kerinduan saya terbayar....Abang saya telah kirimkan no telefon bapa saya...
Dengan perasaan yang bercampur baur dan gementar,saya memberanikan diri untuk menghubungi bapa saya.
Mengalir airmata saya apabila dapat bercakap dengan bapa saya...Sungguh saya rasa sedih sebab saya dah lama tak jumpa dia...Yang buat saya terharu...dia bagitau saya yang dia tak pernah lupakan saya dan abang saya...
Syukur Alhamdulillah...Betapa saya gembira bercampur sedih bila mendengar kata-katanya tu...
Semoga umur kami dipanjangkan agar kami dapat bertemu semula...
Saya mengharapkan agar bapa saya sentiasa sihat dan dilindungi Allah S.W.T...

Maafkan Aku Sahabat

Assalamualaikum


Maaf...
aku bukanlah sahabat yang baik..aku bukanlah seorang sahabat yang kau perlukan disisimu..aku juga bukan matahari yang sanggup membakar diriku untukmu ataupun bulan yang sanggup menerangi malammu...
aku hanyalah insan biasa yang sering alpa..yang sering melakukan kesalahan dan kesilapan berulang kali..

mungkin kau memang perlukan sahabat dan teman yang lebih baik dari diri ini
kerana aku tidak pernah meminjamkan telingaku padamu..tangan ini pula hanya akan kuhulur pabila dipinta..mata ini pula sering terlepas pandang..mulut ini sering menyakiti hatimu..

pergilah sahabat..
bukan niat di hati ini ingin menghalau kamu dari hidupku..tapi aku mahu kau dapatkan yang terbaik untuk hidupmu..aku pasti, tanpa aku disisimu, hidup kamu pasti akan lebih baik..
kebahagiaan itu milik kamu
dan jua milikku
aku akan berasa gembira jika melihat kau bahagia
dan aku tak sanggup melihat kau derita bersahabat denganku


 PERSONA  SINI
CHURP CHURP SINI
CUPCAKES  SINI




Kenapa ku tiada...?

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua....
Kalau Yuyu Zulaikha Comey cuma ada satu saja gambar ayahandanya...
Macam mana dengan saya...? Saya langsung tiada apa-apa yang nak dijadikan kenangan...
Kenapa baru hari ni saya nak buat entry tentang bapa...? kenapa tidak semalam...? semalam kan Hari Bapa...
Kalau ikutkan hati saya langsung taknak buat entry mengenai bapa saya..
Sebab...?
Saya dah pernah cerita mengenai bapa saya....Saya akan sedih kalau saya cerita kisah bapa saya...
Bapa saya mungkin masih hidup...Cuma saya tak tau dimana dia berada....


airmata mengalir lagi..tak dapat dibendung...
ayah...
ku terlalu merinduimu..
bilakah kita dapat bersua..
ayah...
ku sayangkan ayah..
Kenapa kita dipisahkan??
Kenapa kita tak dapat bersama seperti mereka2 yang lain..
terlalu dalam kerinduan ini pada mu ayah...
diri ini ingin mengucup pipimu..
mengucup dahimu..
diri ini teringin bersama meluangkan masa denganmu...


Saya harap bapa saya sentiasa dalam keadaan sihat dan dilindungi Allah S.W.T...
Semoga satu hari nanti saya akan bertemu bapa saya,jika diizinkan Tuhan...
Kepada bapa saya...Indera Sharil Lithman...Selamat Hari Bapa...
Walaupun bapa jauh dimata,Eta tetap sayangkan bapa..

Hari Bapa Tidak Bermakna


Assalamualaikum....

Lagi 3 hari je kita akan menyambut Hari Bapa...
Tapi kenapa kita masih dengar cerita-cerita begini...?
Artikel dibawah ini menunjukkan dimana kasih sayang seorang bapa...?

MUAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Batu Pahat pada 6 Jun lalu meninggal dunia dipercayai akibat didera bapa kandungnya.
Tay Chin Zhi yang dimasukkan ke hospital itu disahkan mati pada hujung minggu lalu dipercayai akibat kecederaan dalaman, kesan lebam turut ditemui pada sebahagian badannya.

Luahan hati seorang suami...

Assalamualaikum....

Kalau korang ada tengok konsert AF9 malam tadi mungkin korang ada perasan
Jimmy Shanley meluahkan perasaannya...Sedih saya dengar...
Bertambah sedih bila membaca luahan hatinya di BN..Mengalir airmata saya..
Tak kisah la kalau orang nak kata mungkin dia nak cari simpati..
Tapi andaikata kita berada di tempatnya...mampukah kita untuk menghadapi
dugaan yang maha berat ini...

Di bawah ni saya kongsikan luahan hati Jimmy...

INAI masih merah di jari, isteri dah lari. Kami sempat duduk serumah selama 20 hari tetapi kalau diikutkan, saya hanya dapat bersamanya 10 hari. Bulan madu saya pun tidak seperti orang lain.
Mulanya rancangan diatur untuk pergi berbulan madu ke destinasi lebih jauh dan romantik tetapi kerana keadaan kami tidak seperti pasangan pengantin baru yang lain, kami rancang untuk pergi ke Koh Samui, Bangkok dan Bali saja. Itupun, apabila sampai di Koh Samui, dia dah ‘lari’. Katanya, dia hendak ke Bangkok seorang diri.
Saya dah letih hendak memikirkan apa berlaku antara saya dan dia. Perasaan saya bercampur baur. Semakin lama dia pergi, semakin jauh. Dia ada anak angkat dan dia lebih suka tidur bersama anak angkatnya daripada melayan suaminya.
Saya dah tak kuasa hendak menyembunyikan perkara sebenar kerana semua orang dah tahu. Kalau ikutkan hati, hendak jadi apa pun jadilah, tetapi bila memikirkan anak kami yang sedang dikandungnya, hati saya jadi sebak, pilu dan sedih. Apa hendak jadi dengan saya, ada isteri macam tak ada isteri.
Dia sempat bermalam di rumah saya di Putra Heights, semalam saja. Apabila dia mahu duduk bersama saya, alangkah gembira rasa hati kerana dalam angan-angan saya dapatlah kami hidup bahagia seperti orang lain.
Di rumah itu semua saya sediakan, bahkan makan minum pun saya yang buatkan. Kain baju, saya hantar dobi. Dia tak perlu buat apa-apa dan saya tak kisah asalkan dia gembira. Bangun pagi, sarapan sudah terhidang. Namun, dia lari juga dari saya. Apa lagi perlu saya buat untuk menambat hatinya, bingung jadinya.
Sejak dia keluar rumah dan tak balik lagi, setiap hari saya menunggunya. Apabila terdengar kereta berhenti depan rumah, pantas tangan menyelak langsir, manalah tahu kalau dia yang balik. Berbulan saya menunggu tetapi hampa belaka. Dah kering air mata mengenangkan keadaan rumah tangga kami.
Saya tahu dia mengandung pun daripada orang lain dan wartawan yang bertanya kepada saya. Hancurnya hati, sebagai suami saya tak tahu apa-apa mengenai isteri. Orang lain lebih tahu daripada saya.
Sudah bermacam cara saya buat untuk mengambil hatinya, tetapi dia tetap tak mahu berjumpa saya. Kalau orang lain bahagia berkahwin, tetapi saya pula hanya mendapat malu dan sengsara. Saya tidak pernah berniat menumpang hartanya atau keluarganya, cuma mengharapkan sebuah rumah tangga yang bahagia.
Sebelum berkahwin, saya tidak pernah membenarkan mana-mana media mengambil gambar rumah, tetapi selepas berkahwin saya terpaksa melakukannya untuk membuktikan saya memang mampu menyara hidup kami berdua. Saya tidak mengambil sesen pun harta keluarganya.
Sebaik saja tahu dia mengandung, teringin benar hati ini untuk menjaganya, membawanya menjalani pemeriksaan di klinik dan melihat gambar imbasan bayi kami. Namun, saya tak merasa itu semua.
Saya ini bapanya, tetapi tiada apa yang dapat saya lakukan. Saya hanya boleh membayangkan saat-saat indah itu. Saya juga tak tahu bila dia hendak bersalin, khabarnya dalam sehari dua ini. Meronta hati ini untuk mengetahui jantina bayi itu.
Sebagai menyambut kehadiran orang baru itu, saya membeli peralatan bayi. Saya melihat dan membeleknya setiap hari, semakin saya memandangnya, terasa sangat sedih. Kasihan si kecil itu. Sebaik saja mendengar tangisannya nanti, saya mahu mengazankannya tetapi adakah saya akan dapat peluang itu. Saya mahu menjaganya kerana saya tahu, saya boleh menjadi bapa yang baik.
Pada awal kehamilannya, ibu mentua saya berjanji mahu menyerahkan bayi itu kepada saya tetapi sekarang rentak percakapannya sudah lain. Sudah terlalu banyak mereka menabur janji, saya tak tahu janji mana satu yang betul.
Saya serahkan segala-galanya pada Allah SWT. Bagaimana dan macam mana rupa bayi itu, saya mahu menjaganya dengan sepenuh kasih sayang.
Saya tak tahu dia ini macam mana orangnya, macam tak ada hati perut. Ke manakah pergi kewarasannya sebagai manusia. Dia lebih pentingkan kawannya daripada suami. Setiap orang ada kisah silam dan saya pun bukan orang yang sempurna.
Lupakanlah cerita lama dan bina hidup baru. Rupa-rupanya itu cuma harapan dan impian saya seorang, sedangkan ingatan dan fikirannya entah ke mana. Ingatkan selepas berkahwin, dapatlah lebih mengenali hati budi isteri tetapi kami semakin terpisah jauh.
Ketika mula mengandung dulu, alasan berjauhan dari saya kononnya tidak tahan bau badan suami. Alahan orang mengandung. Saya terima, tetapi sampai berapa lama. Orang lain mengandung juga, kalau tak tahan bau badan pun, setakat berpisah bilik namun masih tinggal sebumbung.
Dengan sekian banyak alasan, saya dah muak mendengarnya. Selepas bersalin nanti, entah apa pula alasan diciptanya. Ada juga saya dengar, selepas bersalin dia mahu membawa anak kami lari ke luar negara. Aduhai hati… sudah terlalu lama ‘engkau’ menderita. Bilakah akan berakhir.
Dalam kegelisahan dan kehampaan ini, tiada tempat hendak mengadu. Sejak kecil, emak dan ayah sudah pergi menghadap illahi. Hanya kepada Allah SWT saya serahkan segala-galanya. Dia ke umrah bersama keluarganya pun tidak minta izin saya.
Apapun, saya tetap mendoakan kebaikan untuknya dan dengan harapan tinggi menggunung moga kelahiran bayi itu nanti akan menyatukan kami semula.
Bersama sekeping hati yang duka, saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini. Saya memanjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya memberi ketenangan dan kekuatan untuk menempuh hidup ini.
Alhamdulillah, sekembalinya dari Tanah Suci, saya rasa tenteram dan tidak lagi terikut-ikut kata hati. Saya akan lalui saja apa yang ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Untuk mendapatkan kekuatan, saya baca buku motivasi dan agama.
Sesungguhnya sebagai isteri, tidak sukar untuk mencari keredaan Allah. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Seorang perempuan yang menegakkan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan mematuhi suaminya akan memasuki syurga melalui pintu mana saja dia suka.” Andai kata dia mahu kembali kepada saya, saya sedia memaafkannya dan menerimanya. Saya mahu bayi yang bakal lahir itu mempunyai keluarga sempurna.
Imbas kembali detik melalui tempoh pertunangan, pernikahan dan malam pertama, sebaknya hati tidak terkata. Sepanjang tempoh pertunangan pun, dia tak mahu rapat dengan saya. Ada saja yang tak kena.
Dua minggu sebelum berlangsungnya kenduri dan majlis persandingan, kami ambil gambar praperkahwinan di Cameron Highlands, itu pun dah kecoh.
Oleh kerana jodoh kami kuat, kami bernikah juga. Selepas itu pun, banyak benda yang merepek-repek dan huru-hara jadinya. Tiba malam hendak bersanding, dia tetap dengan perangainya.
Jika orang lain naik pelamin dengan wajah ceria, saya rasa biasa saja. Malam pertama, pasangan pengantin baru diulit bahagia, saya pula lain ceritanya.
Jika dia tak mahu juga berubah dan masih tidak dapat menerima saya sebagai suami, tunggulah kes di mahkamah nanti. Kalau boleh, saya tak mahu masalah kami dibawa ke mahkamah kerana akan mengundang aib, tetapi saya terpaksa melakukannya kerana perlu pertahankan hak saya.
Peliknya, dia berkahwin dengan saya bukan kerana dipaksa keluarga tetapi atas kemahuannya sendiri. Pada hari jadinya tahun lalu, apabila ditanya ibu bapanya, dia mahu hadiah apa, katanya dia hendak berkahwin dan ciri lelaki yang diidamkannya adalah saya. Kami pernah berjumpa lima tahun lalu dan pernah mengambil gambar bersama.
Kebetulan ketika ibunya datang berjumpa saya, saya masih solo dan segala-galanya diatur untuk menjodohkan kami berdua. Entahlah, saya tak tahu hendak kata apa lagi. Agaknya kerana saya penyabar, Allah SWT berikan saya ujian ini.
Sesungguhnya Allah SWT berikan ujian itu mengikut tahap kemampuan hamba-Nya. Jika itulah ketentuan hidup saya, moga Allah SWT kuatkan iman dan hati ini untuk menghadapinya.
Saya tak suka hendak bercerai-berai, tambahan saya artis. Nanti masyarakat ingat, artis ini tak ada kerja lain, asyik bercerai saja. Apabila orang dah tahu kisah rumah tangga saya, hendak keluar rumah pun malu dengan jiran tetangga.
Apabila kawan datang ke rumah ajak keluar makan, baru saya keluar. Beratnya tanggungan ini. Hanya Allah SWT yang mengerti derita saya.”
Sabar lah Jimmy...Mungkin allah S.W.T nak menduga...
Semoga Jimmy terus tabah yer...

12 tahun sudah...

Assalamualaikum....

Alhamdulillah...cuaca hari ni sangat cerah dan tenang....
Hari ini 8 Jun 2011....Genap 12 tahun pemergian arwah atok Hj Abdul Majid B Hj.Yusof
Atok seorang lelaki yang sangat hebat bagi saya..
Dia seorang yang sangat tegas,penyayang,murah hati...
Semasa hayatnya,atok seorang bapa kepada 13 orang anak,atok kepada lebih 20org cucu 
dan moyang kepada lebih 10 orang cicit...
Atok pernah bekerja sebagai Kapten kapal kargo semasa mudanya...
Boleh dikatakan hampir semua pekerja  di Jabatan Laut Labuan
kenal dengan atok...
Sebut saja Hj Majid tinggal di Saguking...Sapa yang tak kenal....Atok juga pernah menjadi Ketua Kampung di Saguking untuk tempoh yang lama
Selepas pencen dari menjadi kapten,atok bertugas di Jabatan Agama Islam Labuan(JAWI)
sebagai Penolong  Daftar Nikah Kahwin...kiranya tok kadi la..
Atok juga pernah menjadi Imam di Masjid Labuan selama beberapa tahun...
Sehinggalah pada suatu hari,ketika atok nak baca khutbah Jumaat,suaranya langsung tak boleh keluar..
Ahli keluarga saya kata atok "kena buat" orang...tak tau la..saya tak berani nak kata apa...
Semasa menjadi Penolong Daftar Nikah Kahwin,atok telah mendapat Pingat Jasa Kebaktian 
dari Sultan Azlan Shah pada tahun 1992 ketika itu Sultan Azlan Shah menjadi Yang DiPertuan Agong yang ke-9.Atok juga mendapat pengiktirafan  dari Agong untuk menjadi Wali Hakim...Maksudnya siapa-siapa yang nak berkahwin dan tiada wali yang sah,(contoh : anak luar nikah atau wali sah meninggal dunia dan yang berkaitan) hanya melalui atok saja mereka dapat berkahwin dengan cara yang sah.Atok menjadi
Penolong daftar Nikah Kahwin sehingga tahun 1998...Ketika itupun atok sudah bertarung nyawa melawan sakitnya...Atok mengidap lelah...beberapa kali kena tahan dihospital...Macam-macam pakar perubatan 
kami bawa termasuk orang-orang yang pandai mengubat...
Macam-macam yang kami dengar..Ada yang kata atok kena buatan orang..
Kononya ada orang dengki dengan atok...
Mungkin orang tu dengki sebab atok baik sangat ngan orang..
Atok memang dikenali dengan sifat yang murah hati..selalu menderma kepada orang yang
memerlukan...Kalau pasal duit ni,atok tak pernah berkira...
baginya duit boleh dicari...tapi kebaikan dan hati yang suci
takde dijual di mana-mana...
Semasa hari-hari terakhirnya..atok dimasukkan ke hospital kerana penyakitnya
bertambah teruk...saya,mama dan sepupu bergilir-gilir menjaga atok dihospital.
Pada hari terakhir hayatnya,pagi tu sepupu saya yang menjaga atok...dalam
pukul 10 pagi atok minta panggilkan nenek untuk temankan dia di hospital...
Mama saya hantar nenek ke hospital.Nenek kata,atok minta suapkan makanan untuknya...
Lepas makan atok kata dia nak tidur sekejap...Tak lama dia tidur,nenek kata
dada atok tak bergerak lagi...Nenek panggil nurse dan doktor untuk tengok keadaan atok...Tapi Allah lebih sayangkan atok..
Ketika itu saya di tingkatan 3 dan bersekolah sesi petang..Semasa di sekolah,saya tak dapat tumpukan pelajaran saya..fikiran saya melayang memikirkan atok...seolah-olah saya tau,yang atok akan "pergi"..
Tekaan saya tepat apabila pakcik saya datang ke sekolah untuk menjemput saya pulang...
Pakcik bagitau atok dah takde...masa tu saya hanya mampu berdiam..
Bila sampai dirumah,saya tengok dah ramai orang yang datang..ramai sangat...
Mama suruh saya bacakan Surah Yassin untuk atok...saya mengambil wuduk dan duduk disebelah jenazah atok.Tatkala saya mebaca Bismillahirrahmanirrahim....airmata saya jatuh tak dapat ditahan lagi...
saya membaca sambil menangis.Hati saya sedih luluh yang amat sangat...
Kini sudah 12 tahun berlalu...masih segar dalam ingatan saya wajah atok...senyumannya,gelak tawanya,marahnya,kasih sayangnya...saya sangat rindukan atok...
Semoga atok tenang disana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...
Kebiasaanya setiap tahun ahli keluarga saya akan membuat kenduri tahlil untuk arwah atok...Tahun ni saya tak tau ada buat atau tak sebab sekarang nenek saya pergi Bintulu ikut makcik saya jalan-jalan ke sana...Mungkin tunggu nenek balik dari Bintulu...
Hari ni sebagai memperingati arwah atok,saya sedekahkan Al-Fatihah untuk atok...saya sedekahkan juga untuk abang atok Hj Talip yang baru saja meninggal dunia 2 bulan lepas...Semoga roh mereka dicucuri rahmat...amin...
Al-Fatihah....




Pemergian.....

Assalamualaikum....

Semalam 21 Mei 2011 kita semua dikejutkan dengan berita yang menyayat hati...
Tragedi tanah runtuh berulang lagi...Kali ni di Hulu Langat ,Selangor...
Melibatkan anak-anak yatim dari Madrasah At-Taqwa

Sumber: Berita Harian 22 Mei 2011

Hujan lebat jejas operasi menyelamat mangsa tertimbus tanah runtuh
KUALA LUMPUR: Sepuluh penghuni rumah anak yatim maut dan tujuh lagi masih terperangkap dalam kejadian tanah runtuh membabitkan kediaman Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat, dekat sini, petang semalam. 
Kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu membabitkan 25 penghuni pusat berkenaan dan sehingga jam 11.00 malam tadi, sembilan disahkan selamat.Hujan lebat yang turun sejak jam 5.30 petang menyukarkan operasi mencari dan menyelamat untuk membawa keluar baki sembilan penghuni termasuk seorang kakitangan pusat itu yang belum ditemui dan dipercayai berada di bawah timbunan runtuhan tanah serta bangunan dewan serba guna.
Penduduk dan pasukan mencari dan menyelamat menemui mangsa pertama yang hidup jam 3 petang. Dalam tempoh sejam selepas itu, mereka menemui tiga lagi mangsa terselamat. 
Mayat mangsa pertama ditemui jam 4.25 petang diikuti mangsa kedua jam 5.06 petang dan mayat ketiga jam 6.27 petang. Empat lagi mangsa hidup berjaya dikeluarkan termasuk yang ke sebelas pada jam 7.40 malam tadi. 
Semua mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Hospital Kajang dan Hospital Ampang. 
Dua daripada mangsa yang terbunuh adalah pasangan adik beradik Mohd Zaim Azahari, 14, dan Mohd Azed Azahari, 10, 
Seramai 500 anggota penyelamat terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, Polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), St John Ambulans, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) meneruskan operasi dalam keadaan cuaca gelap dan hujan lebat. 
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang turut berada di tempat kejadian mengakui gerakan mencari sukar disebabkan hujan lebat serta masih berlaku pergerakan tanah yang berkemungkinan menyebabkan kawasan itu runtuh sekali gus membahayakan anggota penyelamat. 
Kejadian itu berlaku ketika sekumpulan hampir 30 penghuni bersama guru berada di sebuah dewan serba guna berhampiran blok penginapan mereka untuk menjalani latihan penuh persembahan nasyid sempena satu majlis serahan bantuan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang dijadualkan jam 5 petang semalam.
Kediaman itu menempatkan tiga blok bangunan termasuk penginapan tiga tingkat, surau dan dewan serba guna yang dijadikan tempat kuliah serta dewan makan. 
Akibat kejadian itu, sebahagian bangunan pertama blok hadapan musnah teruk dan runtuh di bahagian kanan manakala satu lagi bangunan tidak terjejas.
Beberapa penduduk di situ mendakwa mereka mendengar bunyi dentuman dan runtuhan sebelum bergegas ke tempat kejadian untuk membantu mangsa. 
Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menggunakan khidmat helikopter unit udara PDRM bagi membantu mengesan mangsa serta meninjau keseluruhan kawasan kejadian.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Habsah, berkata kawasan di sekitar Batu 14 itu dikelilingi bukit serta mempunyai banyak anak sungai yang menyebabkan mudah berlaku runtuhan atau pergerakan bawah tanah.
Katanya, kawasan kejadian terletak di antara Sungai Gahal dan Sungai Congkak yang dikatakan antara punca pergerakan tanah mendap secara perlahan sebelum runtuh petang semalam. 
“Kawasan ini memang menjadi kawasan tadahan air bawah tanah. Jika hujan lebat lebih 30 minit, pasti akan berlaku banjir kilat kerana tanah di situ sudah banyak air,” katanya. 

Pada masa yang sama,industri hiburan kita juga telah kehilangan seorang lagi seniwati vateran iaitu
Mahyon Ismail,ibu kepada pelakon Faizal Hussien.

Marilah sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah untuk mereka yang telah pergi...Semoga roh mereka  
ditempatkan bersama orang-orang yang beriman....Amin.....

Pemergian Insan Yang Dikasihi.....

Assalamualaikum...

Rasanya masih baru lagi saya menulis entry tentang saya 
teringin nak melawat sedara mara di Brunei...
Saya rindu nak kesana dan saya teringin nak melawat atok kat sana..
Tapi mungkin rezeki tidak menyebelahi saya....
Pagi ni saya dikejutkan dengan berita sedih..Perginya insan yang amat saya kasihi...
Walaupun saya jarang berjumpa dengannya,
tapi he is the best father and the best grandfather that i ever had...
So Sad...


Hj Talip B. Adam..itulah namanya...
Arwah adalah abang tiri yang sulung kepada
arwah atok saya..(belah mak)..
Semoga arwah dtempatkan bersama orang2 yang beriman
dan tenang disisi pencipta-Nya...
Al-Fatihah....