Vita-Lea Iron Formula



Nama Produk : Vita-Lea Iron Formula (juga dikenali sebagai multivitamin)
Kandungan 1 botol  : 120 butir
Cadangan Pemakanan : 1 butir sehari

Multivitamin & Multimineral
Multi yang Hebat

Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki.  Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindunganPakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh.  Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.
Penggunaan harian, Vita Lea boleh:
  •  Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*

Perbezaan Shaklee
Kemajuan Saintifik
  • Disokong oleh tujuh kajian klinikal
Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif
  • Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru. 
Kualiti yang luar biasa
  • Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan
Vitamin D        - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
Vitamin E        - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
Kalsium           - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
Boron               - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan  
                            tulang*
Magnasium      - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah 
                            normal dan denyutan jantung*
Biotin               - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
Lain-lain          - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Untuk Info dan Order:
Shaklee Independent Distributor | SID : 1097986
WhatsApp / SMS : 016-8818413

Vivix ( Anti-aging)

Nama Product : VIVIX™
Kandungan sebotol : 150 ml
Cadangan pemakanan : 1 sudu teh sehari


Revolusi Terbaru dari Shaklee
Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Bakal dipatenkan tidak lama lagi.  Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.







Untuk Info dan Order:
Shaklee Independent Distributor | SID : 1097986
WhatsApp / SMS : 016-8818413

Resepi ESP

1st time minum ESP dulu pun saya tak tau boleh campur dengan minuman lain..Sebab kalau minum camtu jer memang tak terminum...bukan saya sorang..ramai yang tak lalu nak minum sebab berasaskan soya...akhirnya saya cuba campurkan dengan milo...ermm...sedap..nak pulak kalau sejuk...soooo. yummeehh....so,kat bawah ni ada beberapa resepi yang korang boleh try campur dengan ESP...Selamat mencuba...



[✔] ESP + Air suam

[✔] ESP+ Fresh Milk (sama ada susu kotak atau susu tepung)

[✔] ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP)

[✔] ESP + Susu Anmum

[✔] ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee

[✔] ESP + Nesvita 3in1

[✔] ESP + jus twister tropicana

[✔] ESP + Ribena

[✔] ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)

[✔] ESP + Milo/Horlicks

[✔] ESP + sirap

[✔] ESP + fresh milk + 1sudu madu + 1sudu oat + 1sudu serbuk koko (blend) *boleh mix setengah sudu kecikserbuk Shaklee fiber (jika ada)

[✔] ESP + KOKO + OAT

[✔] ESP + Milo/Serbuk Coklat Cadbury + SUSU HL

[✔] ESP + kurma + oat+ susu tepung + madu + air msk (blend)

[✔] ESP + kurma + kismis + badam + fresh milk

[✔] ESP + meal shakes + MILO

[✔] ESP + Nestle Bliss (sejuk2 dari peti ais)

[✔] ESP + Kurma + nestum (bukan 3 in 1) + susu tepung

[✔] ESP + kurma + badam + avocado + ais(blend sekali)


## jangan bancuh dengan air panas..sebab nanti protein dia akan hilang...

Untuk Info dan Order:
Shaklee Independent Distributor | SID : 1097986
WhatsApp / SMS : 016-8818413

Vitamin Untuk Pesakit Gout


Gout disebabkan oleh urik asid yang berlebihan di dalam darah. Mendapan kristal urik asid (monosodium urate) di persekitaran sendi ataupun di dalam sendi menimbulkan keradangan yang menyebabkan sakit sendi.
Tanda-tanda dan gejala-gejala penyakit gout
  • Sakit sendi berlaku secara tiba-tiba, terutama di ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.
  • Sendi menjadi bengkak.
  • Sendi menjadi panas, merah dan teramat sakit.
  • Demam.
Rawatan Gout
Tujuan rawatan adalah untuk:
  • Mengurangkan sakit sendi.
  • Mengurangkan kekerapan serangan.
  • Mengelakkan komplikasi penyakit gout.
Shaklee ada menawarkan set supplement untuk penyakit Gout.

Alfalfa : Menyah toksin dari badan secara semula jadi dan selamat. ia turut menyingkirkan asid urik dalam badan

Performance Drink : Mengekalkan kandungan cecair di dalam badan,(perlu juga minum air putih/air masak setiap masa. Minum sedikt tetapi kerap)

Omega Guard/AJHT : Memberi keselesaan pada sendi.


Jika berminat nak dapatkan vitamin shaklee yang terbaik ni,saya pengedar yg sah.Boleh hubungi saya jika nak buat tempahan atau pertanyaan.

Untuk Info dan Order:
Shaklee Independent Distributor | SID : 1097986
WhatsApp / SMS : 016-8818413


Promosi Januari 2014 Alfalfa Complex




Salam tahun baru...tak terlambat kan...? baru 15hb...jom pakat ramai-ramai borong Alfalfa...Promosi bulan Januari...boleh share2 ngan kawan2 atau family...

Kebaikkan Alfalfa Complex Shaklee :-

1. Mengurangkan toksin dan merendahkan kolesterol
2. Mengandungi enzim penting untuk penghadaman makanan
3. “Milk booster” bagi ibu yang menyusukan anak
4. Mengurangkan keputihan di kalangan wanita
5. Merawat asthma, resdung dan eczema
6. Mengurangkan paras gula di dalam darah
7. Merawat masalah sembelit dan gastrik
8. Menghangatkan hubungan suami isteri 
9. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
10. Memberi kelegaan semasa haid 
11. Membesar dan menegangkan payudara
12. Merawat arthritis
13. Memulihkan urat selepas bersalin
14. Menghilangkan kelesuan dan tekanan
15. Mencuci hati,darah & usus (detoks)

Beli 6botol percuma 1botol...suka tak..suka tak...berbaloi kan...beli sekarang sebelum 31 Januari 2014.

Untuk Info dan Order:
Shaklee Independent Distributor | SID : 1097986
WhatsApp / SMS : 016-8818413

2 Bulan dah...



Budak tecik kekenyangan...

2bulan 8hari..

Berat : 5.03kg

Tinggi : 63.5cm



rindu gilerrrr.....


Wahhh....lama gilerrr tak update....takpe...pas saya resign saya akan terus berblog macam dolu-dolu....rindu gilerrrr nak berblog....blog pun dan bersawang haaa...banyak habuk...( iskkk payah no menaip pakai ipad nih...pc kat umah ni rosak..dah antor gi spital)

Nak borak apa nih...? ermmm...untuk yang belum tau. sekarang saya preggy untuk kali ketiga...baru masuk 4bulan...excident punya pasal....hahaha boleh gitu....rezeki Allah..terima saja...kot2 dapat boy boleh tutup kilang...muahahaha...doakan saya dan baby sihat walafiat yer...amin...

Alhamdulillah sepanjang 4bulan ni saya tak mabuk...takde morning sickness..takde fenin2...mengidam pun takde mengidam apa pun...semua boleh cari..takde yang pelik2..

Kali ni en.asben suruh saya berhenti kerja sebab kesian ngan mak mertua...kesihatan tak mengizinkan untuk mak mertua nak jaga anak saya yang 2org tu...so saya dengan rela hati saya akan berhenti kerja hujung bulan Jun nanti...boleh la saya berblog puas2 yeeehhaaaa....

nota : pssttt....en.asben pulak yg selalu mengidam...dua tiga menjak asik nak makan apam balik katernyerrr....^_^

Reward Untuk Diri Sendiri



Inilah hasil tangkapan setelah setahun berjuang dan mengumpul duit...muahaha..
akhirnya terpancing la benda alah ni..
Terima kasih Ya Allah atas rezeki yang diberikan..
Pertama kali membeli sesuatu yang mahal hadiah untuk diri sendiri..
Sesungguhnya En.Asben pun bangga dengan pencapaian saya..Alhamdulillah..

## kumpul duit nak bagi reward untuk en.asben dan anak2 pulak..

Ketam Buttermilk Idaman ku Selalu....

Hai...dah lama tak bersiaran kan...asik tergendala jer...huhuhu..macam ASTRO jugak...
( ehh..per kena mengena ngan ASTRO plak..)
Hari ni saya masak ketam buttermilk...huhuhuhu...2,3 hari mengidam..terbayang-bayang ketam tu..Ajak en.asben makan kat anjung ketam,dia taknak..katanya.."nanti abang beli ketam..b masak..."
wokeh la en.asben...
Tengahari pas keje tadi saya ngan en.asben pegi pasar cari ketam...akhirnya dapat la jugak ketam yang fresh..hidup-hidup lagi...6ekor/2kg..agak mahal sikit la..tapi puas hati..autie tu siap bagi yang semua ada telur ketam...yummeehh..Rupanya mak mertua saya pun ada beli ketam..dia suruh saya masak..
Malam tu menu utama kami ketam buttermilk yang mabeles...habis hingga menjilat pinggan...muahahaha..

Resepinya saya cari kat google jer..

Bahan :-

Ketam ( dibersihkan pastu direbus)
3-4 ulas bawang putih dicincang
2 sudu besar butter
1 biji telur ( dipukul sebati..takyah sampai kembang)
1 tangkai daun kari
3-4 cili taiwan..(ikut suka korang)
1 cawan susu cair( saya suka lebih)
garam dan gula secukup rasa

Caranya :-

1. Cairkan mentega dan tumis bawang putih,daun kari dan cili taiwan sampai naik bau..( adik ira dari ruang tamu terus ke dapur...sedapnyer bauuuuu...)

2. Masukkan telur sikit-sikit sambil dikacau.

3. Masukkan susu dan biarkan sampai mendidih.

4. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.Pastu masukkan ketam..Gaul sebati.
Agak-agak dah nak masak tu saya tuangkan tepung jagung yang dah dibancuh dengan air...supaya kuahnya nampak pekat.

Sila la mencuba..rugi kalau tak cuba...









ADA 3 POLISI TAPI SATU PUN TAK BERGUNA...


Seorang wanita 42tahun terkejut bila dapat tau yang dia tak boleh membuat tuntutan bagi kehilangan pendapatan untuk mana-mana tiga polisi penyakit kritikal selepas didiagnos dengan kanser payudara peringkat awal, atau peringkat 0.


Terdapat definisi untuk memenuhi tuntutan penyakit kritikal.

Insurans penyakit kritikal atau perlindungan penyakit kritikal adalah produk insurans, di mana penanggung insurans biasanya membuat jumlah bayaran tunai sekaligus jika pemegang polisi didiagnosis dengan salah satu daripada penyakit kritikal yang disenaraikan di dalam polisi insurans.

Perlindungan penyakit kritikal pada asalnya dijual dengan tujuan untuk menyediakan perlindungan kewangan kepada individu yang mengikuti diagnosis atau rawatan penyakit yang dianggap kritikal.

APA YANG BERLAKU JIKA ANDA TELAH DIDIAGNOS DENGAN PENYAKIT KRITIKAL PERINGKAT AWAL?

AIA / AIA AFG TAKAFUL mempunyai PENYELESAIAN  untuk anda



EARLY PAY CRITICAL ILLNESS RIDER

Monday Sudah

 
 
 
 

Haiiii.....Monday sudah...Jangan nak merungut yer pepagi nih..semangat sikit...hehehe...
2Hari 2malam Labuan dibasahi hujan...berenti sekejap,hujan balik...So, 2hari ni cuaca agak lembab..Harap otak tak lembab pagi ni..hehehe

Minggu ni kerja saya agak rilex sikit sebab bos takde...Cuti-cuti ke Phuket...jeles ai...

Okey..nak mengupdate kerja mana yang tak update lagi tuh...

## bos pesan...kalau tak update takde ole2...huh...ugut ke tuh...cehhhh

~~ 5 Tahun Bersama ~~

 
Pak..kepak..kepak..kebum.kebum..
Hahaha...camtu ehh bunyi kompang...Amboi..terimbas kenangan 5 tahun lalu..
Saat bergelar isteri kepada en.asben pada 07 September 2007..Heaven..saat itu sangat indah...
5 tahun berlalu...cepatnyeeee lahai masa tu berlari ekk...tak terkejar..makin dikejar makin kuat dia lari ala-ala Husain Bolt...Rasanya macam baru jer jumpa pastu bercinta,bertunang pastu kahwin...dan sekarang dah punya 2 cahayamata...Syukur Alhamdulillah..Hubungan kami masih bertahan sehingga kini..Harapan saya hubungan yang suci ini akan terus berkekalan sehingga akhir hayat..dan kalau boleh bertemu semula di syurga..Aminnnnn...
Sepanjang hubungan saya dan en.asben..banyak yang saya pelajari dalan hubungan perkahwinan ni..Apa yang dia suka..apa yang dia tak suka..bila dia  marah..bila dia sedih..bila dia sibuk..bila dia tertekan..saya sebagai isteri sebenarnya lebih kepada menjadi tulang belakang kepada en.asben..Saya banyak menyokong kerjaya en.asben..Saya selalu menjadi pendengar setia pada setiap masalah kerjanya..
Kepada en.asben Mohd Rizal Azmi..terima kasih kerana menerima B seadanya..terima kasih kerana menjadi sahabat,kekasih,suami dan ayah yang sangat-sangat penyayang,penyabar dan baik hati..terima kasih juga kerana selalu menjadi penasihat 25% (hehehe) pada B..sebab B tau kadang2 B ni degil..suka ikut kata hati...muahahaha...Di ulangtahun yang ke-5 ni, B berdoa pada Allah S.W.T semoga abang diberi kesihatan yang baik,di panjangkan umur sebab B tak boleh hidup tanpa abang..semoga perkahwinan kita akan terus berkekalan disamping anak-anak dan anak...ehh..ada lagi ker....ngehh..I LOVE U ABANG..
 
 

Nak muda sentiasa macam ni boleh tak...?



Si Jantung dan Si Hati kami...Pelengkap Hidup..

~ Manukan With Love ~

Hamboiii....raya kat pulau tahun ni...hahaha...asalnya memang Pulau Labuan pun..
Walaupun dah berkali-kali kami ke Bandar KK tapi tak pernah lagi ke pulau-pulau yang ada disekitar Bandar KK..Kali ni,raya kedua kami bertolak dari Labuan bawa kereta..Bukan bawa kereta jer..bawa keluarga abang ipar sekali..sebab diaorang belum pernah ke Sabah..
Esoknya raya ketiga,dalam jam 7pagi kami bertolak ke Jeti Jesselton..Dari situ,kami naik bot yang akan bawa kami ke Pulau Manukan..Sebelum tu kena la beli tiket dulu..Masa beli tiket tu,nasib baik kami dapat diskaun..save la bajet sikit...
# maaf,lupa dah bape harga sebenar..tiket pun tak simpan...iskkkk...
Layan gambar je la ehh..
Tengah tunggu bot



Dalam bot..nak ke pulau..yeeehhaaa...


Dah sampai...amik gambar dulu...



ambik gambar lagi..


Ini tandanya kami betul-betul kat Pualau Manukan..


ayah ngan yana mandi laut tak ingat dunia..





Adik Ira ngan Adik Sufiya ni takmo mandi laut..main pasir jer..


Nak Balik dah....

Insyaallah..kalau ada rezeki tahun depan nak pegi lagi...kali ni nak bawak mak dan abah mertua..
semua-semua la..pegi ramai-ramai

Raya..Raya...Raya...

Selamat Hari Rayaaaa....
Dah raya kelima dah ni...masih beraya ker..? atau dah tutup pintu...
tahun ni saya cuti berabis...seminggu..Isnin depan baru masuk keje..nak puas-puas bercuti..
Raya tahun ni macam tahun-tahun yang sudah jugak..Beraya di Labuan...Laki bini orang Labuan..so,pepagi raya takde nak gaduh nak raya mana...
Tahun ni tema kelabu..kesian anak-anak...tak sempat buat baju kurung sebab orang taknak ambik tempahan lagi..puas cari yang readymade..takde jugak..
## raya kedua kami bawak keluarga abang ipar cuti-cuti ke KK...

Terima Kasih Ya Allah..Daku dah 28tahun..

 



Pertama sekali nak ucap syukur alhamdulillah dan terima kasih pada 
Tuhan yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih atas kurniaan
 hari yang cukup bermakna buat diri saya..
Di hari yang sangat indah ini saya masih lagi diberi kesempatan 
untuk bernafas dimuka bumi-Nya ini...

Terlalu pantas masa tu berlari sampai tak terkejar dibuatnya..
Rupanya dah 28tahun umur saya hari ni..(muda lagi ker...) hehehe...
Sebenarnya masih banyak impian saya yang belum dicapai sepanjang hidup saya ini...
Biasa la tu kan..tak semua impian jadi kenyataan..
Ia kadang-kadang datang tanpa kita duga..Dan kita kena usaha untuk capai impian tu..

Dalam kesederhanaan,saya tetap bersyukur..Di ketika ni,saya punyai sebuah keluarga kecil...
Saya punya suami yang sangat memahami,sangat penyayang dan sangat baik hati...
saya punya dua orang anak perempuan yang sangat comel dan selalu menghiburkan hati saya..
saya punya adik beradik yang selalu bersama saya...saya punya keluarga mertua yang sangat baik..
dan paling penting saya punya kawan-kawan yang sentiasa ada bersama saya 
tak kira dalam apa jua keadaan..

Terima kasih pada yang beri ucapan Selamat Hari Jadi kepada saya hari ini...
Terima kasih juga doa-doa kalian...
semoga kita semua dilindungi Allah S.W.T..
amin Ya Rabbal Alamin..


~ Shah Alam Trip ~

Helluuu....dah dua hari berlalu baru nak cerita kat sini...masih penat dan takde masa nak update..Trip kali ni ke Shah Alam..Bukan pergi bercuti..tapi pergi atas jemputan company en.asben keje...Solar Alert...Jemputan majlis berbuka puasa...Jauhnya nak berbuka...Selalunya buat kat Labuan..tapi kali ni company terlebih bajet kot...lagipun HQ memang kat Shah Alam..Labuan ni branch jer..
Ok uols..malas nak cerita panjang...Korang layan gambar je la yer..

(Jumaat 03.08.12)
Baru lepas check in..tengah tunggu MH2609 ke Kuala Lumpur...
Amboi...naik MAS mak jemah anak beranak....
Ala...kena support...bukan senang nak dapat benda FREE...yer tak..?

* sila abaikan tarikh kat gambar tu..salah setting daaaa...



Nak jugak berposing...(gambo silau sikit..)


Kat sini la kami tinggal 2hari 2malam..Kami sampai dari Labuan jam 7.45petang..
Dari airport naik teksi turun kat KL Sentral..Abang ipar ambik kat sana terus hantar pegi Shah Alam..
sampai hotel dalam jam 11.30malam..
( hotel dan tiket kapal terbang company bayar..hehehe)



Bilik kami...404..terpaksa gabung katil bila nak tido..
kalau tak nanti gedebuk anak jatuh ke bawah...hehehe..




Bilik mandi...



(gambar kabur sikit..) Cermin belakang tu bilik mandi...seksi uuuuu..
berangan nak buat bilik mandi macam tu kalau ada rumah sendiri nanti..
oo..yer..1st time jumpa hotel yg ada sediakan sejadah dan Al-Quran..
Selalu kitab agama lain jer..

********************************


(Sabtu 04.08.12)
Majli Berbuka Puasa Solar Alert 
Kat Shah Alam Convention Centre.
1 meja jer dari Labuan..


Penuh 1 dewan...Semua staff dan keluarga dari HQ,Kemaman dan Labuan...


Lepas dari Majlis Berbuka..balik hotel tukar baju..
Cuci mata kat i-City pulak..masa tu dah tengah malam..
kalau kat rumah time macam ni memang dah lending..


mom + yana
Nak jugak tau naik merry goeslow nih..






Yana nak naik sangat train ni..




Cuba tengok masa kat gambar tu..dah pukul 2pagi...kami balik dari i-City
terus bersahur kat hotel..




Anak-anak dan anak buah..ada yang dah layu..ada yang masih segar matanya...


Ahad petang kami balik ke Labuan..penat la jugak walaupun 2hari jer..
Terima kasih kak izwa dan abg ipar saya kerana sudi la bawak kami ni jenjalan 
kat Shah Alam tu..raya nanti kami pulak bawak diaorang jalan-jalan 
kat Kay Kay...yeeeehhhaaa...


** payah nak pilih gambar..tambah pulak update blog ni pukul 10malam...
otak tak jalan sebab bantal bucuk dah memanggil namaku..muahaha..