Bila Allah memberi rezeki...

Assalamualaikum...

Apa kabar korang semua....dah lama tak bersiaran kan...Lupa bayar bil Astro...hahaha Astro jugak yang kena...tak pasal-pasal...
Wokeh..taknak melalut panjang...

Rezeki...memang rezeki tu Allah yang bagi...Cuma kita kena berusaha untuk mencari rezeki tu..Rezeki ada dimana-mana bak kata orang..Pernah suatu ketika ada seseorang mengatakan rezeki saya sempit..saya akan hidup susah sepanjang hidup..ada juga yang kata saya tak dapat hidup bahagia...ada juga yang kata saya takkan dapat hidup senang...

Maaf yer..saya nak tanya...siapakah mereka yang lantang sangat bersuara mengatakan semua itu kepada saya...siapakah mereka yang memandai nak tentukan nasib masa depan saya..? siapakah mereka yang tersangat pandai menilik tentang rezeki saya..?
Segala nasib saya,hidup saya,rezeki saya terletak ditangan Allah...Hanya Dia yang berhak menentukan kehidupan saya macam mana...Bukan kamu...kamu..kamu...atau kamu....bukan....
Apakah perasaan kamu bila saya sendiri yang berkata begitu pada kamu semua...?
Saya sedih dengan sikap orang yang begini...

Saya nak bagitau korang semua..sejak akhir-akhir ni,rezeki saya dan keluarga amat murah...syukur kepada Allah S.W.T..Bermula dari kelahiran anak kedua saya,saya rasa rezeki bertambah murah...Suami saya mendapat kerja baru..kemudian 2 bulan lepas saya pun dapat kerja baru jugak...Bulan lepas,rezeki suami saya ada lebih,dia belikan saya handphone baru walaupun tak secanggih mana...Dan bila en.asbeni ingin mengubah cara hidup dan nak beri keselesaan kepada keluarga kecil kami ni,akhirnya dapat juga kami berkereta baru..hasil titik peluh sendiri tanpa bantuan orang lain..Satu yang saya nak puji sikap en.asben ialah dia akan berusaha untuk mendapatkan apa yang dia nak...Dia sanggup kerja lebih masa semata-mata nak beri kesenangan dan keselesaan kepada anak dan isterinya...terpaksa mengorbankan masa untuk berhibur dengan anak-anak..(bukan mengabaikan yer...)Saya rasa en.asben mewaris dari sikap bapa mertua saya,kerana begitulah juga cara bapa mertua saya...Hingga sekarang bapa mertua saya bekerja sebagai pemandu teksi...Dengan usianya yang dah menjangkau 50-an masih kuat untuk bekerja hingga larut malam...

Saya maafkan mereka-mereka yang pernah mendoakan yang buruk-buruk pada saya..Saya hanya insan biasa,begitu jugak dengan orang yang menghina saya...Allah itu Maha Adil..Semoga Allah saja yang dapa menbalas segalanya..Saya doakan mereka itu sedar akan kesilapan mereka...

Peace No war...

Demam si " TARABAS " dah mula....

Assalamualaikum....

Agak-agak sape yang baca tajuk mesti ramai yang tau kan....?
Sapa-sapa yang dah tengok cerita ni memang rindu berabis la dengan mamat hensem
" Tarabas " atau "Ramualdo "...Tak pun si cute comey lotey " Fantaghiro "..
Sekarang cerita " Cave of the Golden Rose " dah kembali ditayangkan di TV9...
Setiap Ahad jam 10malam....
Saya tak tau sebenarnya...Tapi bila ada kawan saya share pautan di facebook saya teruja la...
Sanggup tunggu malam tadi walaupun mata dah mengantuk...hahaha...

Pertama kali saya tengok cerita ni mungkin dalam tahun 1998...saya pun tak ingat..tapi masa tu 
ditayangkan di TV Brunei...(Labuan jer yang dapat siaran dari Brunei nih)....
Masa tu pun tengok dah setengah jalan....huhuhu...
Bukan saya sorang yang suka dengan cerita ni...raaaammmmaaaiiiiiii...sangatttt....
Lepak sini kalau nak share pasal cerita ni...

ok takmo cerita panjang...layan gambar jek...



Fantaghiro

Tarabas

Ramualdo

Minggu depan jangan lupa tengok lagi...hehehe


Hotel Labuan terbakar....

Assalamualaikum

Petang tadi kira-kira jam 4 petang,terdengar siren bomba menuju ke arah Bandar Labuan...
Kebetulan kawasan saya bekerja di bandar...Cuaca pulak hujan renyai-renyai...
Mulanya sebuah jentera bomba saja yang saya ternampak...
Selepas itu semakin banyak...Ambulans pun ada jugak...
Dalam hati saya bertanya..."kat mana yang terbakar...? macam teruk jer..."..
Saya balik kerja naik bas...saya tengok-tengok jugak ke awan...
mana tau ada ternampak asap..tapi saya tak nampak kat mana yang terbakar...
Saya sampai rumah,saya buka Facebook...
saya masuk group We Love Labuan
sebab saya pasti mesti ada yang share tentang kebakaran tu...
Rupanya Hotel Labuan yang terbakar...Hotel tu tak jauh dari stesen bas...tapi kenapa saya tak nampak asapnya tadi...? errmmm...
Sebenanrnya hotel tu tak beroperasi lagi...dah lama saya dengar hotel tu nak dirobohkan...tapi mungkin sebab kedudukan hotel tu berdekatan dengan Dataran Labuan,Pos Malaysia,restoran dan Hotel Sara,maka ia menjadi risiko untuk dirobohkan...
menjadi tanda tanya macam mana hotel yang tak berpenghuni boleh terbakar...Melainkan ada yang menceroboh  masuk ke dalam hotel tersebut...Kalau tak takkan terbakar sendiri...nak kata kemarau tak pulak sebab satu hari ni cuaca mendung dan sekejap-sekejap hujan turun...
Jadi punca kebakaran masih dalam siasatan....



Layakkah di gelar "ANAK"...?

Assalamualaikum....


Ayah atau ibu...mereka tetap orang yang patut kita hormati...kita sayangi...Seburuk mana pun sikapnya...sejahat mana pun mereka,mereka tetap ayah dan ibu kita...jadi kenapa dilakukan sebegini...? Keratan berita dibawah ni,ingin saya kongsikan kepada semua...kerana kejadian ini memang benar-benar berlaku pada hari Selasa lepas...Sama-samalah kita mengambil iktibar...

Anak tinggalkan ayah di masjid

7th September, 2011
LABUAN: Seorang lelaki warga emas rakyat tempatan yang dipercayai ditinggalkan oleh anaknya ditemui di perkarangan Masjid Negeri An Nur Wilayah Persekutuan Labuan, petang Selasa.
Menurut mangsa Wahid Hussin, 71, beliau yang sebelum ini ditahan di Hospital Kuala Penyu kerana mengidap sakit lelah telah pergi ke Labuan dua hari lalu selepas doktor mengesahkan beliau sihat dan dibenarkan keluar dari wad.
Beliau yang tidak ditemani oleh sesiapa telah mengambil keputusan untuk terus pergi ke Labuan untuk menemui salah seorang anaknya, malangnya selepas beberapa jam berada di rumah anaknya, beliau telah diarah mengikuti salah sebuah kereta yang kemudiannya pemandu kereta berkenaan menurunkan mangsa di kawasan masjid An Nur.
“Kamu tunggu saja di sini… nanti ada orang akan ambil kamu,” kata pemandu kereta berkenaan sebelum meninggalkan pergi.
“Bagaimanapun selepas lama menunggu tiada seorang pun datang mengambil saya,” ceritanya sambil mengalirkan air mata kerana tidak dapat menahan sebak atas perbuatan anaknya yang sanggup melakukan beliau sedemikian rupa.
Dalam pada itu, beliau turut mendakwa anaknya itu bukan saja sanggup meninggalkan beliau, tetapi juga turut mengambil wang saku hasil sumbangan orang ramai semasa beliau berada di hospital Kuala Penyu.
Terdahulu sebelum itu, dua pekerja awam Masjid An Nur menemui mangsa dalam keadaan lemah di tepi kawasan pokok bunga berhampiran masjid berkenaan.
Melihat keadaan mangsa yang lemah kedua-dua pekerja itu membawa mangsa masuk ke dalam perkarangan masjid untuk diberi bantuan sebelum diserahkan kepada pihak pengurusan masjid untuk tindakan selanjutnya.
Dalam pada itu, pihak pengurusan Masjid An Nur menemui sekeping kertas yang bertulis tiga nama berserta nombor telefon masing-masing tercatit nama Nilam (anak), Sanip (anak) dan Alias (adik) yang disimpan dalam beg pakaian mangsa.
Berdasarkan kepada maklumat itu, pihak pengurusan telah menghubungi penama berkenaan dan berjaya menghubungi salah seorang daripada mereka yang bernama Alias. Manakala dua lagi yang dipercayai anak mangsa gagal dihubungi.
Semasa berada di masjid Ann Nur, Alias mengakui mangsa adalah abangnya tetapi berlainan ibu yang sering menjadi mangsa anak-anaknya.
Alias turut mendakwa abangnya yang mempunyai tujuh anak itu tidak pernah untuk mengambil berat mengenai masalah bapanya. Lebih menyedihkan lagi abangnya yang sering merindukan kasih sayang anaknya itu sudah tidak mempunyai isteri kerana meninggal dunia sejak 12 tahun lalu.
Ketika ditanya satu soalan, Alias menjelaskan beliau bersama seorang lagi kakaknya pernah menjaga abangnya itu (Wahid) tetapi dimarahi oleh anak-anak Wahid supaya tidak mencampuri urusan mereka.
Berikutan kejadian itu, Alias telah mengambil keputusan menyerahkan kes abangnya itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, selain membuat laporan polis berhubung tindakan anak-anak Wahid yang enggan menjaga bapanya.
Sementara itu, Pegawai Unit Warga Emas Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Labuan, Jamil Jemon yang turut berada di Masjid Jamik An-Nur pagi kelmarin berkata, pihaknya yang menerima laporan mengenai kejadian itu akan mendapatkan perintah mahkamah supaya kes Wahid dapat ditempatkan di rumah warga emas di Sri Kenangan Seremban Negeri Sembilan atau di Rumah Orang Tua Papar Sabah bagi mendapatkan kehidupan yang lebih sempurna mengikut Akta Orang Papa 1977.
Jamil berkata, buat sementara ini warga emas itu akan ditempatkan di rumah perlindungan sementara JKM Labuan.


Mulanya saya terbaca difacebook..dan saya ingin berkongsi pendapat ustaz Sharizal ini dengan semua....baca dan fahamkan...baru kita nilaikan...




  • Sharizal Saffian Dizaman saidina omar ..ada bapa mengadu pada Omar tentang derhakanya anaknya padanya..setelah diselidiki Omar memutuskan Bahawa ayah itulah yg "DERHAKA" pada anaknya..pelik Ada ibubapa yg derhaka pada anak2nya.... Kita sering menuding jari pada Anak..Pernah kah kita Tanya..mengapa Anak buat begitu pada ibubapanya..dan mengapa kisah yg berlaku pada zaman syaidina Omar tidak kita teliti....hanya sekadar perkongsian ilmu..utk kita lebih melihat hikmah,tidak hanya berhukum :-)
    19 jam yang lalu ·  ·  9 orang
  • Azhar Othman Ini lah ceritanya... http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/52027
    19 jam yang lalu · 
  • Sharizal Saffian Ibu bapa ang derhaka bukan sahaja hanya kepada mereka yang mendera anak2 mereka dengan puntung rokok (contohnya) di dunia, tetapi ialah ibu bapa yang membiarkan anak2 mereka di bakar oleh api neraka di akhirat kelak. Anak2 tidak dibekalkan dengan ilmu agama secukup dan sewajarnya.

    Seorang ayah dtg mengadap khalifah Umar al Khatab r.a. mengadu akan anak lelakinya. Maka Umar pun memanggil si anak dan menasihatinya bahawa si anak wajib taat kepada kedua ibu bapanya dan tidak mengabaikan hak2nya. Lalu anak itu menjawab: “ Wahai Amirul Mukminin, bukankah seorang anak juga mempunyai hak terhadap orang tuanya?”

    “ Sudah tentu,” jawab Umar r.a.

    “Apakah hak tersebut wahai Amirul Mukminin?”

    “Bahawa bapanya wajib memilih untuknya ibu yang baik, memberikannya nama yang baik juga, serta mengajarkannya al-Quran.”

    “Wahai Amirul Mukminin, bapaku tidak melakukan itu semua. Ibuku seorang majusi (penyembah api), namaku Ju’al (maknanya kotoran kumbang) dan beliau tidak pernah mengajarku walau satu ayat daripada al-Quran.”

    Umar r.a lalu menoleh kepada si bapa dan berkata “Engkau datang kepadaku untuk mengadu ketidaktaatan anakmu, padahal engkau terlebih dahulu gagal melaksanakan tugas2mu kepadanya. Engkau telah melakukan kesalahan kepadanya sebelum dia melakukan kesalahan kepadamu.”

    Adakah kita ini ibu bapa yang derhaka?
    19 jam yang lalu ·  ·  8 orang
  • Sharizal Saffian يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْماً بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
    Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
    Surah Al-Hujuraat, Ayat 6
    19 jam yang lalu ·  ·  11 orang

4 Tahun bersama

Assalamualaikum...

" Mata bertentang mata...
Adakah kau tersa...
Cinta kian memekar...
Di hati kita...
Kau istimewa paling utama untukku...
Manisnya...manisnya senyumanmu..."

adehhh..terjiwang la pulokkk....ala...sekali sekala...bukan selalu pon....
Sebenarnya hari ni genap 4 tahun ulangtahun perkahwinan saya dan cik asben..
Huaaa...tak terasa kan..? Rasa macam baru minggu lepas mengorat cik asben...hahaha
Betul ok...saya yang mengorat en.asben...sebab en.asben pemalu...hehehe

Selama kami bersama selama 4 tahun ni,kami dikurniakan dua puteri comel...
Selama 4 tahun ni jugak la kami cuba membina keluarga yang kecil ini...
Harapan saya,semoga perkahwinan kami ini berkekalan hingga ke akhir nafas kami...
Semoga kami tabah mengharungi liku-liku kehidupan...

untuk abang...
selamat ulangtahun yg ke-4..
terima kasih kerana menerima diri ini...
terima kasih kerana menyayangi diri ini...
terima kasih kerana menyintai diri ini...
terima kasih kerana menasihatkan diri ini....
terima kasih kerana menjadikan diri ini seorang ibu...
terima kasih kerana sabar dengan karenah diri ini...
terima kasih kerana memahami diri ini...
terima kasih atas segalanya...
hingga hujung nyawa
b tetap sayangkan abang...


i dont care who you are...
i dont care where you 're from...
i dont care what you did...
as long as you love me....

Dah Syawal keempat baru nak bersiaran....


Assalamualaikum.....

Selamat Hari Rayaaaaaaa.....waaahhhhh...meriah tak tahun ni...?
Bagi saya tahun sama seperti tahun-tahun biasa....cuma sedih sikit sebab mama saya takde kat Labuan tahun ni....Dia sekarang kat KL...beraya dengan kakaknya kat sana....adik saya si Moon plak ikut bosnya makan angin...jalan-jalan round Sabah...adik yang bongsu plak terpaksa bertugas dihari raya sebab gantikan orang...tinggallah saya dan abang saya jer beraya dengan keluarga di Labuan ni....

Sebelum tu saya nak sedekahkan Al-Fatihah kepada abang pakcik saya yang telah kembali ke Rahmatullah pada pagi 1 Syawal...Meninggal ketika tidur...Juga kepada ahli keluarga yang telah tiada...semoga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...Amin.....

Dalam saya sedih dan tak berapa happy la kononnya...(pada mulanya saja)..saya bernasib baik masih punya  keluraga mentua...jadi kesedihan tu tak terasa sangat...Malam raya kami dah sibuk didapur....Lepas jer pengumuman raya malam tu,dapur jadi riuh rendah....nasib baik semua dah ready...tinggal nak terjun dalam kuali jer...Tapi malam tu saya berjaga hingga 3pagi sebab tunggu ketupat masak...En.Asben...? ermmmm dia dah awal-awal tido berjemaah dengan anak-anak....Sabar je la ....

Raya pertama berjalan seperti biasa...Selepas bermaaf-maafan dengan keluarga mentua,kami kerumah nenek En.Asben...Lepas tu kami kerumah nenek saya pulak..Ala...setakat di Labuan ni..dalam 10minit dah sampai...bukan jauh pon...hehehe....Tahun ni kat rumah nenek saya agak meriah sedikit walaupun pagi Syawal tu dapat berita sedih sebab sepupu sepapat saya dari Seremban beraya di Labuan tahun ni....Hampir 20tahun kami tak berjumpa....sampai dah tak ingat mana satu...tau nama tapi tak kenal mana orangnya...hehehe..Bila dah berkumpul tu rasa macam tak muat jer rumah nenek tu...hahahaha...ramai sangat...Keluarga belah saya memang ramai...Keluarga besar la katakan....Belah suami tak ramai.....Raya pertama tak banyak tempat nak beraya sebab cuaca tak elok...hujan sepanjang hari sampai ke malam...Maka petang tu kami anak beranak tidur berjemaah je la kat rumah....

Tahun ni saya tak banyak sangat nak pergi beraya rumah orang..En.Asben malas katanya....jadi collection duit raya anak-anak tahun ni pun kurang la..hehehe...Bukan apa,kadang-kadang baru 2 buah rumah kita beraya,dah anak meragam...nak susu la,nak tido la,nak itu la ini la....Bila dah sampai rumah taknak pulak tido ke apa....bengang jer...Pada kawan-kawan di Labuan ,minta maaf la yer sebab tak berkunjung kerumah kamu semua....InsyaAllah tahun depan kalau ada rezeki....

Okehh semua...tu jer nak cerita...takde idea dah...lagipon sekarang tengah mencari mood kerja yang dah hilang.....bosan wehhh....orang lain cuti lagiiiii......



Tema tahun ni biru putih...pilihan En.Asben...

Dikesempatan ini...(walaupun dah raya keempat..) saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan blogger....walaupun kita hanya kenal di alam maya ini,tapi diharapkan sillaturrahim yang terjalain antara kita akan berkekalan hendaknya....Minta ampun dan maaf jika pertuturan dan bicara saya sepanjang berblogging,terguris perasaan kawan-kawan semua...mungkin ada terlebih komen ker,terlebih kritik ker....minta maaf la yer....